CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1320|Reply: 0

WANITA BERKERJA VS WANITA SURIRUMAH

[Copy link]
Post time 17-11-2017 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua...

Aiva selalu terpikir apakah bezanya dan faedah menjadi wanita berkerjaya  dan apakah faedahnya menjadi wanita surirumah

Biarlah aiva sendiri nyatakan pandangan di sini...

selaku wanita yang bekerja banyak perkara yang perlu diagihkan kerja, anak, suami, rumah keutamaan ialah suami ketua keluarga dan apa tujuan kena bekerja salah satu faktor aiva kerja sebab suami aiva bukanlah golongan kaya, berada even aiva nak beli barangan makeup, skincare, pakai duit sendiri adakalanya siap tuang duit belanja rumah, topup barang barang dapur... agihan belanja dengan ncik suami jika suami kekeringan dah tentu duit aiva la keluar dengan rela..

pada sudut pandangan mata hati mata kecil aiva ni..
aiva cemburu jugak dengan wanita surirumah ni, contoh adik aiva sendiri tidak bekerja time suami cuti  kerja....,suami bawak bercuti, aiva lihat suami yang mempunyai isteri tidak berkerja ni lebih berlipat kali ganda bekerja berusaha menyara keluarga... malahan walaupun tahu kerja rumah tiada rehat tak seperti macam di pejabat bolehla melayari internet, forum, facebook sewenang jika tiada date line tapi tetap rehat time ada tidur dan paling best spending time dengan baby, anak -anak membesar mata puas rasanya...

cuma dari sudut negatifnya pihak suami mungkin mengharapkan isteri yang duduk di rumah ni mentadbir rumah dengan perfect sempurna itu adakalanya membuatkan wanita yang duduk di rumah ni berasa tertekan sedikit kerana tidak diiktiraf dan sebagainya..

nampak tak macam berat sebelah pandangan aiva ni seolah menunding jari bahawa bestnya wanita surirumah "Pengorbanan membawa kebahagiaan" tolak pemikiran negatif antaranya keluarga suami tidak pandang tinggi wanita surirumah..., saingan wanita cantik di luar(godaan) kebimbangan suami bekerja melihat wanita lain... satu pejabat? Ini semua membuatkan wanita surirumah terpaksa menghadapinya dan adakalanya membuatkan wanita ini menelan kepahitan hidup berumahtangga...

adakah dengan melalui alam rumahtangga ini mengorbankan sijil kertas diploma atau ijazah dengan menjadi surirumah, wanita terpaksa melalui liku liku pahit terhadap dua perkara ini kebimbangan, kerisauan... Ini yang membuatkan aiva kagum belum lagi kewangan yang mengharapkan suami sahaja... aduh.. bagaimana yer hadapi ini semua...

aiva sendiri pun sebenarnya dah lama rasanya nak berhenti kerja sudah malas nak hadapi politik pejabat
saingan lelaki tak bole tengok perempuan lebih, lelaki malas bekerja tahu mengarah tapi end up kita sapu taik dorang
kerja aiva pun bukanlah mudah seperti yang kerani biasa ker atau kerajaan ker boleh jahit baju sambil sambil tu..
balik rumah kena cover kerja rumah anak lapar diri pun lapar suami pun lapar (tapi aiva beruntung cik suami rajin memasak) cuma tang basuh baju kemudian pastikan kerja rumah anak buat ker tidak

dugaan orang tak sama kan

-peace-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.230192 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list