CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2426|Reply: 25

[Tempatan] Rakyat diminta hati-hati dengan panggilan, SMS dari telemarketing

  [Copy link]
Post time 17-11-2017 05:20 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Jika data anda telah diceroboh, jangan terkejut sekiranya menerima banyak panggilan dan mesej yang tidak dikenali.

Anda akan menerima mesej yang menawarkan hartanah, pinjaman dan kredit untuk kasino dalam talian.

Mungkin anda juga akan menerima panggilan yang menyatakan anda mempunyai hutang berjumlah RM5,000 dengan bank ataupun orang tidak dikenali memberitahu bahawa saudara anda ditahan atas kesalahan dadah.

Pakar teknologi maklumat (IT) berkata, mereka menjangkakan peningkatan panggilan berunsur penipuan dan pemasaran susulan kebocoran data peribadi melibatkan 46.2 juta pengguna telefon bimbit.

Pangkalan data itu dipercayai telah diceroboh pada 2014 dan kini tersedia dengan mudah dalam talian selepas seseorang cuba menjual data itu menerusi forum berita teknologi lowyat.net, bulan lalu.

Sehubungan itu, pakar IT menggesa agar rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan panggilan atau mesej yang meragukan.

Pakar sekuriti siber, C.F. Fong, menggesa orang awam untuk mengelakkan komunikasi seumpama itu dan sentiasa memeriksa informasi dengan sumber berkaitan seperti bank atau polis.

"Jika berlaku sesuatu yang penting, pihak bank akan menghantar surat atau pihak polis akan datang ke rumah anda.

"Kebocoran data bukanlah sesuatu yang baharu. Perkara sebegini sudah kerap berlaku, sebab itulah kita sering terima panggilan daripada ejen hartanah dan ceti haram.

"Banyak informasi kita berada dalam talian. Jika anda mempunyai media sosial, anda sebenarnya memberi informasi peribadi anda secara sukarela," ujar Fong, pengasas firma siber sekuriti Malaysia, LGMS.

Ketua pembangunan perniagaan IBM Security Asia Pasific, Nigel Tan berkata, penjenayah mempunyai akses terhadap data yang bocor dan boleh menggunakannya untuk mencuri identiti seseorang.

Ujarnya, ia termasuk mengambil alih akaun emel seseorang dan mendapatkan akses aplikasi appstore dan bank dalam sesebuah telefon pintar.

Pegawai eksekutif dan pengasas bersama Macrokiosk, Datuk Kenny Goh turut menggesa orang ramai supaya tidak panik.

"Mungkin akan ada panggilan atau mesej yang pelik. Tidak kisah sekiranya data anda diceroboh atau tidak, elakkannya jika terima panggilan dari nombor yang pelik atau dari individu tidak dikenali.

"Jika ada mesej atau panggilan yang menjual dan mempromosi barang, laporkan sahaja kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya telco punya kerja ni.....bkn ke nk register tunjuk ic dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya telco punya kerja ni.....bkn ke nk register tunjuk ic dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 07:37 PM | Show all posts
Eleh sebelum masuk berita breach pun, dah macam2 call aku dapat.
Benda dah lama orang dalam kenyang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 bila kite sign up something kat web...perlukan dats peribadi mcm no tel bagai..xlame tu mesti ade org call bende2
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berahun aku asik terima sms dari kasino, slimming ctr la, tah apa2 lagi la...aku ingat diorg pakai hentam je taip no phone, rupa2nya ada tongong yg duk jual data org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2017 11:53 AM | Show all posts
Sebab tu skrg saya jarang pick up cal yg tak save. Google dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekiranya t&c telco ada clause membenarkan perkongsian data pengguna, political views, analysis, etc dgn "partners" mereka, pihak kerajaan perlu memainkan peranan utk melindungi keselamatan/privacy data pengguna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2017 12:26 PM | Show all posts
ha'ah ekk...aku selalu jugak dapat call dari strangers...tp aku tak angkat...biasanya lepas call tu dah tak berbunyi,aku akan search no. tel tu kat site ni: https://number.whoscall.com/en-US/my/60378049315/

kalau no. scammers/fraud/telemarketers, depa akan bagitau,then aku akan block no. tu..

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 11:04 AM | Show all posts
MH3707 replied at 18-11-2017 04:26 AM
ha'ah ekk...aku selalu jugak dapat call dari strangers...tp aku tak angkat...biasanya lepas call tu  ...

download truecaller apps je senang..direct block nombor scammer nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bende dh lame berlaku..nyampah btl caller yg bsungguh kol semate nk promote join kejadah amende tah..janji dpt voucher duduk hotel mewah skian2..boleh bwk sekeluarge..dgn syarat dtg ceramah yg die buat.

xde keje nk hadap bende mcm ni..rimas lg ade la
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 05:28 PM | Show all posts
nazzse replied at 19-11-2017 11:04 AM
download truecaller apps je senang..direct block nombor scammer nih

yeah app truecaller mmg berguna..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Block je la nombor scammer ni..
Aku kalau dpt call dari bukan contact list aku..mmg zass terus masuk dlm auto reject.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dpt call drpd nombor +96221421 tp sy x angkat laa..nombor drpd mana tu ye?sy cuba search tp xde pape..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:54 AM | Show all posts
lama dah benda ni
kalo sms tu aku bodo kan je
tapi kalo dah 3,4 kali call memang makan hamun la
peduli la org nak cakap kesian dia buat kerja dia je yada yada
abis aku punya privasi ada orang peduli??
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 12:58 PM | Show all posts
tak suke dpt  tepon dari tiada no.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 01:03 PM | Show all posts
mcm mne kita nk selamatkan data2 kita dari diceroboh?? so far ape tindakan dikenakan terhadap org yg jual maklumat ni????
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 02:02 PM | Show all posts
salleh keruak babi tu ape tindakan dia?
suh rakyat berhati2 je ke
pastu no action from their side ke
menyalak kemain si salleh mabuk tuak tu
bab jilat bijan dia kedepan dulu
menyalak bukan bidang kuasa
hat yg ni apa tindakan dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry, i mmg x pickup call dari stranger..for safety kekdahnya..kalu btl2 urgent, wasep la sepatah dua kata..so i will call back..dun worry..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 02:39 PM | Show all posts
last week aku dapat panggilan dari 1-300-300...pastu dengar suara mesin lelaki kata panggilan dari pos malaysia..bgtau aku ada barang tak ambil, so kalau tak haritu brg akan dipulangkan kepada penghantar..dah la suara macam main2 je..pastu dia kata panggilan akan di sambungkan kepada pegawai bertugas..tut tut tut..putus... aku cuak dah... call pos malaysia..depa kata scam..no 1-300 tu mmg pos malaysia punta tp cuma panggilan masuk je..panggilan keluar takde..fuh nasib baik tak habis layan panggilan scam tu..kalau tak sure dia akan mintak macam2 details...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.078512 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list