CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1017|Reply: 3

[Tempatan] Pengawal keselamatan tidak mengaku bersalah sokong IS

  [Copy link]
Post time 18-11-2017 05:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-11-2017 01:24 PM



Pengawal keselamatan tidak mengaku bersalah sokong IS
Bernama
| November 17, 2017


Zefrul didakwa memiliki 109 gambar,116 video berkaitan perlakuan dan perbuatan pengganas IS.


KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas 2 pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh, awal tahun ini.
Zefrul Hashim, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.

Tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS dan Abu Sayyaf dengan cara menggalakkan atau mendorong seorang individu dikenali dengan nama ”Zahra Alisya” melalui perbualan dalam aplikasi laman sosial Facebook Messenger di mana tertuduh menggunakan akaun bernama ”Abu Qaqa”.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat Perpaduan 22, Taman Perpaduan, Ulu Kinta, Perak antara 18 Februari dan 9 Mac 2017.



Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan dihukum bawah subseksyen 130J(1) kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun atau denda dan mana-mana harta yang digunakan dalam tersebut boleh dirampas.

Mengikut pertuduhan kedua, Zefrul didakwa memiliki 109 keping gambar dan 116 buah video di dalam telefon bimbit miliknya, di mana kesemua item itu berkaitan perlakuan dan perbuatan pengganas IS pada jam 3.50 petang, 6 Mac lalu di tempat sama.

Pertuduhan mengikut 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Subseksyen 130JB(1) kanun sama, membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda dan item boleh dilucut hak jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Norfaida Mohd Rashidee tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/17/pengawal-keselamatan-tidak-mengaku-bersalah-sokong-is/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2017 05:55 AM | Show all posts
isis sympathizers kalau nak kira banyak sangat..

puak bersunat berjamaah ni majoritinya golongan ni..tapi bila keluar berita yang kureng enak..buat2 tak sokong kondem..konon...walhal nak sangat tgk "isle" dia tu menang cara kejam..

apa fahaman isis yang melencong dari fahaman lobai2 sini..depa pakai hadis sama je..sahih juga..lobai kan kata tak caya hadis kalu..tak "isele"...

kalau ditanya ...sure 99% caya je konsep depa sama isis tu..murtad kena bunuh..mati bunuh kaper jihad etc2..."hina" nabi walaupun cerita dari hadis sahih sendiri wajib kena bunuh...

nasib malay ade sikit2 sekular lagi..mau bagi kat pas or skuad badar..habis jadi afghanistan lawless cowboy..tapi depa kata itu undang2 hukum allah pulak..

tuhan lak kena fitnah tak pasal2...sian tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 11:05 AM | Show all posts
katowjo replied at 18-11-2017 05:55 AM
isis sympathizers kalau nak kira banyak sangat..

puak bersunat berjamaah ni majoritinya golongan  ...

ko duduk dlm tempurung ka?
jenis tak bercampur gaul dgn masyarakat?
atau masih duduk bawah ketiak mak?

ada 20 juta org muslim di malaysia ikut bancian tahun 2016, kamu siap bagi statistik 99% gitu dari
bila hang buat "Kiraan Berpusat 1Malaysia utk sokong statistik gitu?" bila ada org yg beratur 20 juta dpn hang?
ada buat bancian peringkat negara ka dol?

aku tk pnah pn jupe org buat statistik gitu
takat jupe org muslim kt skola, jiran, sedara, dgr ckp mulut org tu terus label cmtu

sempit sangat pemikiran tu,pemikiran hang ni serupa level mcm kanak2 umo 4 tahun, bila tak dibagi gula2/coklat, terus label org tu lokek
tu bongok namanya. xpun bahlul..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 11:24 AM | Show all posts
kahkahkah..batmana makan budu marah...kan betul apa ajaran isis ni amal sejibik sama je ngan 99% melayu duk caya termasuk kau..lagi2 mamat budu..yahudi gitu..kaper gitu..musuh nyata blablabla..

tak ikut isle veersi dia jatuh kaper ..darah kaper halal la..syahid  mayat tak reput la dan banayk lagi mitos

tak caya pi je masjid2 ko tgk..time jumaat sekalipun..sama je..yahudi nasrani kaper blablabla..wajib perangi blablabla..dan ko pun percaya je..

bezanya isis pi "buat"korang sokong malu2 kucing je ikut belakang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052306 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list