CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 812|Reply: 5

[Tempatan] Adik Nik Aziz imami solat hajat selepas Husam gagal halang PAS

  [Copy link]
Post time 18-11-2017 05:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-11-2017 01:29 PM

Adik Nik Aziz imami solat hajat selepas Husam gagal halang PAS

FMT Reporters
| November 17, 2017

Ia selepas bekas naib presiden PAS itu gagal menghalang pemilik Wisma Tok Guru membenarkan pihak lain mengadakan aktiviti.



KOTA BHARU: Kira-kira 5,000 penyokong PAS menyertai Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat Perdana di perkarangan Wisma Tok Guru di Salor malam tadi diimamkan oleh Nik Rozi Nik Mat, iaitu adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia sebagai tanda kesyukuran berhubung pemilikan baharu tanah yang menempatkan wisma tersebut.
Turut menyertai solat berkenaan ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang juga Pesuruhjaya PAS negeri serta pemimpin PAS lain.

Semalam, Adun Salor Datuk Husam Musa gagal dalam usahanya untuk mendapatkan injunksi Mahkamah Tinggi bagi menghalang pemilik tanah yang menempatkan wisma itu Mohd Yasin Yusoff daripada membenarkan mana-mana pihak mengadakan aktiviti di tanah miliknya itu.



Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache berkata mahkamah membuat keputusan itu dengan mengambil kira defendan (Mohd Yasin) selaku pemilik baharu tanah tersebut mempunyai hak kerana sudah membayar serta membeli hartanah itu secara sah.

Isu perebutan tanah itu bermula susulan tanah yang asalnya milik bekas Adun Salor, Datuk Ahmad Rosli Ibrahim, yang menamakan isterinya sebagai pemilik telah dijual kepada Mohd Yasin, yang juga Setiausaha Kerja PAS Kelantan dengan harga RM700,000.

Dalam masa sama, wisma tersebut masih digunakan sebagai Pejabat ADUN Salor oleh Husam yang mendakwa mendapat kebenaran daripada pemilik asal tanah berkenaan. Husam kini naib presiden Amanah.
Berikutan itu PAS memberi notis kepada Husam untuk meninggalkan wisma tersebut dalam tempoh sebulan yang telah berakhir pada 12 Nov lepas.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2017 05:48 AM | Show all posts
celako celako celako...

tapi ku harap kesemua puak ber"kippah" politik n ngo mampos dari malaysia cepat2...serabut je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh membuat aktiviti di situ tp keputusan sebenar masih dlm perbicaraan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tuduhan kapir dah berbalik pada diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tuduhan kapir dah berbalik pada diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh mati ke kalo pindah office lain? Tercalar ego je dude..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.303578 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list