CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 923|Reply: 3

[Tempatan] Kes Raymond Koh: Jais tak dedah identiti pengadu kepada polis kerana ‘rahsia’

  [Copy link]
Post time 18-11-2017 05:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-11-2017 01:35 PM



Kes Raymond Koh: Jais tak dedah identiti pengadu kepada polis kerana ‘rahsia’

Khairil Ashraf
| November 17, 2017

Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) disoal peguam keluarga Raymond Koh mengenai serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos 2011.



KUALA LUMPUR: Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini dipanggil untuk memberi keterangan di siasatan awam kehilangan Pastor Raymond Koh dan disoal tentang serbuan ke atas majlis makan malan anjuran pastor itu di Gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos 2011.
Terdahulu pada 20 Oktober lepas, saksi ke-3 inkuiri, Pengarah Harapan Community, Sri Ram KS Gopala Iyer berkata Koh pernah mengadu menerima diganggu panggilan dan diekori individu tidak dikenali pada tahun serbuan berlaku hingga 2012.

Menurut laporan media, Jais dan polis menyerbu acara makan malam yang dianjurkan Koh di gereja itu selepas menerima aduan mengenai kehadiran orang Melayu di acara itu. Menurut laporan mStar, ketika serbuan dilakukan kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Koh diculik pada 13 Februari lalu, dan terdapat spekulasi penculikan Koh mungkin berkait rapat dengan dakwaan pastor itu cuba menyebar ajaran Kristian tetapi dakwaan itu dibantah keluarganya.
Pegawai Jais tersebut, Zaaba Zakaria ketika menjawab peguam keluarga Koh, Steven Thiru, berkata beliau tidak mendedahkan identiti pengadu kepada polis kerana “rahsia”.
Beliau menambah polis, yang sedang menyiasat kehilangan Koh, perlu mendapatkan kerjasama pegawai atasannya untuk mengetahui identiti pengadu itu.



“Kita nak menjaga pengadu punya maklumat dari segi keselamatan,” kata Zaaba, dan menambah dia tidak arif peruntukan undang-undang mengenai merahsiakan identiti pengadu daripada polis.
Zaaba juga memberitahu beliau tidak menunjukkan dokumen aduan kepada polis sebelum serbuan 3 Ogos 2011 itu.
Dalam siasatan ke atas kehilangan Koh, Sri Ram ketika ditanya penyiasat siapakah yang beliau rasakan terlibat menjawab: “Polis yang menculik dia”.
Pemerhati polis yang menyaksikan inkuiri itu membantah tuduhan itu tetapi permintaan menarik balik tuduhan itu ditolak panel siasatan.

Koh diculik di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya ketika beliau dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kelana Jaya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah berhampiran menunjukkan 3 kenderaan menyekat kereta Koh dan 8 individu bertopeng melarikan beliau serta kenderaannya dari tempat kejadian.
Sehingga kini, tiada permintaan wang tebusan atau komunikasi dengan penculik, memberi gambaran yang wang bukan motif penculikan itu.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2017 07:37 AM | Show all posts
rahsia pxndxk jais ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak yakin heol dah aruah. Al faaatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 10:44 AM | Show all posts
sebab sebar kristian ka?
merepek la
bersepah minister kt kl tu approach org muslim, aku pun pnah jupe, especially mat salleh
tarak sapa marah pn.
https://www.youtube.com/watch?v=H7VQcnMyMu8

lagipun.

sahabussamahah al ustazah siti bin karim elok2 je sihat smpai skrg, tarak sapa nk culik.
padahal dia lagila banyak sesatkn org muslim dari pastor ni


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.123810 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list