CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 945|Reply: 9

[Tempatan] SARAWAK TOLAK PANEL AUTONOMI PUTRAJAYA, HANYA BERURUSAN DENGAN TPM

[Copy link]
Post time 18-11-2017 11:03 AM | Show all posts |Read mode
SARAWAK tidak akan membincangkan isu hak dan autonomi dengan Jawatankuasa Teknikal Penurunan Kuasa yang ditubuhkan Putrajaya tahun lalu dan hanya akan berunding dengan timbalan perdana menteri atau menteri kanan,” kata Ketua Menteri Abang Johari Openg hari ini.

Katanya, pasukan khas peringkat tertinggi Sarawak ditubuhkan untuk berunding dengan Putrajaya berhubung isu penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) hanya akan berbuat demikian kepada pasukan yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi atau “mana-mana menteri kanan yang mempunyai kuasa”.

Jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan untuk memberi cadangan kepada Putrajaya mengenai bagaimana kuasa boleh diturunkan kepada Sarawak itu diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Menteri Luar Anifah Aman sebagai pengerusi bersama.

Rundingan itu berlarutan sejak penubuhan jawatankuasa berkenaan pada Jun lalu tanpa sebarang perkembangan berhubung cadangannya.

Abang Johari tidak menyebutnya, tetapi ia seolah-olah menyatakan secara tersirat Nancy dan Anifah tidak memiliki kuasa atau dalam jawatan berkaitan untuk membuat keputusan.

“Kami mencadangkan timbalan perdana menteri yang mengetuai pihak berkenaan. Nancy dan Anifah tidak boleh lakukannya,” katanya kepada pemberita pada akhir sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Jawatankuasa terbabit terdiri daripada wakil kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dan ahli sejarah dari dua negeri berkenaan.

Ia bagi mengenal pasti isu ketidakpatuhan dari konteks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan laporan bertulis lain atau dokumen seperti Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Jawatankuasa itu perlu memberi cadangan dan penyelesaian kepada kerajaan persekutuan untuk dipertimbangkan.
Pada Julai lalu, Anifah berkata jawatankuasa berkenaan akan mengadakan pertemuan buat kali terakhir dan selepas itu akan membentangkan cadangan terakhirnya.

Pada Oktober, tanpa sebarang perkembangan berhubung perkara itu, PKR Sarawak menuduh Putrajaya sengaja melengah-lengahkan dan tidak jujur dalam rundingan untuk menurunkan lebih kuasa kepada negeri.

Abang Johari juga berkata, pasukan khas negeri, yang mana pebnubuhannya diluluskan pada sidang dewan Khamis lalu, akan disertai semua timbalan ketua menteri – Douglas Uggah, James Masing, Abang Tengah Ali Hassan.

Mengenai bilakah Petronas perlu mendapatkan kesemua lesen dan pajakan yang perlu untuk meneroka dan melombong petroleum di negeri itu, Abang Johari berkata pasukan khas itu “akan menentukan mekanisma yang terbaik” selepas rundingan dengan kerajaan persekutuan.

https://www.themalaysianinsight.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Anifah sendiri dah kaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 11:15 AM | Show all posts
keluar je la malaysia
kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 11:50 AM | Show all posts
batmana replied at 18-11-2017 11:15 AM
keluar je la malaysia
kan senang

mana boleh keluar malaysia, nanti ranking billionaire kat malaysia kurang , taib mahmud kan billionaire? kalau keluar kita dah hilang aset negara. tu belum masuk lg billionaire derma 2.6 billion.

ini malaysia tanah tumpah billionaire. by 2025 malaysia will surface china in number of billionaire. malaysia will be great economy. gdv will hundred trillion us dollar. ummah china prc dan america jealous dengan billionaire malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 11:54 AM | Show all posts
keluar je lah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 11:59 AM | Show all posts
Jangan keluar malaysia please nanti nak mandi pulau sipadan kena guna pasport.. please jangan keluar malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2017 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ayoo sipadan sakawak kah? sarawak takde tmpt menarik.makanan very zzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba tanya forumner kat sini org serawak nak tak keluar Mulaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2017 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sarawak taknak keluar malaysia pon

Nak tuntut hak je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bersatu nak berpecah Yahudi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062800 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list