View: 3245|Reply: 35
|
[Tempatan]
Masalah kewangan punca ISTERI tumbuk, tendang suami
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 18 Nov — Muka seorang mekanik lebam ditumbuk dan ditendang isterinya yang berang apabila permintaannya mendapatkan wang tidak dipenuhi.
Mangsa, 38 tahun baru pulang dari bekerja ketika kejadian berlaku ekoran isterinya, 35 tahun mahu membayar hutang, lapor Kosmo!.
“Lelaki itu bagaimanapun memaklumkan yang dia tiada wang tetapi wanita berkenaan tidak percaya dan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum isterinya bertindak menumbuk dan menendang muka suami,” kata ketua polis daerah Seberang Prai Tengah.
ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dua anak mereka, 15 dan 17 tahun meleraikan mereka sebelum mangsa ke hospital dan membuat laporan polis.
“Kejadian itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini lelaki berkenaan telah membuat laporan polis tetapi menarik kembali laporannya kerana masih sayangkan isteri dan anak-anak mereka,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahaii. Kasian kat suami. Keje la sis. Main tumbuk plk |
|
|
|
|
|
|
|
ok biasa kes ni, akan diserahkan pada akak.
fizikal isteri biasanya macam big show atau hulk hogan, fizikal suami macam saiful apek atau kawan saiful apek dalam senario siapa tu nama dia?
kepada isteri2 di luar sana jangan gunakan fizikal untuk dera suami. gunakan fizikal anda untuk kasih sayang.. sesungguhnya tapak kaki syurga ada bawah tapak kaki suami |
|
|
|
|
|
|
|
Suaminya keremping benar kah,hingga asyik kena smack upside down dgn bini? |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai, dah terbalik dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia tak tau ka somi dia tu 'champions of spanar'...cam joe labi tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
bkn kali pertama ... x kire lah laki tumbuk bini ke bini tumbuk laki ... kalo wat laporan tarik balik, hadap jerlah lepas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal duit jgn buat main. Sampai hilang waras sekejap |
|
|
|
|
|
|
|
You do the right thing........girl.
Ada laki......kerja bawak spanar kehulu kehilir.......duitpun tarak.
Kalau aku pompuanpun aku hangin.
Orang kasi hutang sudah "signal" bila mahu bayar.
Suruh kangkang hari2........tapi duit satu bulan satu kalipon susah.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahah!! dulu sebelum kahwin till jannah gitu. Bila dah kahwin dan reality bites baru ko tau langit tu tinggi ke rendah. Baru ko tau perkahwinan tu bukan mcm drama Korea. Mendapatlahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang2 sekali kita dgr news mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum kawen, susah camner pun, lautan api pun boleh direnangi...kentut pun wangi..
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat pula cerita p. ramlee.. meh meolls copy paste dialog ittew.
“Ceraikan aku!..Ceraikan aku!..Ceraikan aku.. Kau tak guna jadi jantan, jantan tak malu!..haa..haa..kau, kau!
“Apa yang engkau merepek bukan-bukan ni? Apa kurang aku kasi sama kau?”
“Ya, memang kurang. Asal aku minta kau marah, asal aku minta kau marah. Cuba kau tengok orang sebelah tu, nahh gelangnya (sambil menunjukkan jari ke paras lengannya). Aku semayang emas pun kau tak pernah belikan.”
“Siapa yang bersalah dalam soal ini? Siapa yang bersalah? Ini semua mak bapak kau yang salah. Waktu aku kahwin dengan kau, mak bapak kau minta sampai RM5,000. Aku tidak ada wang, aku pinjam sama banggali. Sekarang kita sudah anak tiga pun, hutang banggali masih belum habis bayar kau tahu? Ini mak bapak kau yang salah.
“Kalau mak bapak aku minta RM5,000 kenapa mak bapak kau terima?”
“Sebab kau berjanji mahu hidup semati dengan aku, itu sebab aku terima. Kalau aku tahu kau nak minta cerai begini, aku tak ingin bersama kau!” |

Harap suami dia smack down dia balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kena blaja seni pertahankan diri |
|
|
|
|
|
|
|
samasam90 replied at 18-11-2017 10:50 PM
teringat pula cerita p. ramlee.. meh meolls copy paste dialog ittew.
“Ceraikan aku!..Ceraikan ak ...
Bijak kan p.ramlee. Alm dah dpt menjangka itulah scenario permasalahan rumahtangga yg ada sejak dulu, kini dn seterusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
samasam90 replied at 18-11-2017 10:51 PM
teringat pula cerita p. ramlee.. meh meolls copy paste dialog ittew.
“Ceraikan aku!..Ceraikan ak ...
Betul jugak .. dialog cerita P.Ramlee nieh .. cerita bagus cover semua isu.. dalam masa same menghiburkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|