View: 1278|Reply: 16
|
[Tempatan]
PENJELASAN: Sate memang laku tapi masa promosi diskaun 50% MRT sahaja
[Copy link]
|
|
KAJANG: Jalan Kelab di bandar Kajang lengang dan sunyi, sekali-sekala kenderaan melaluinya, seolah-olah bertentangan dengan apa yang dikatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Di sinilah letaknya sebuah restoran yang terkenal dengan sate, makanan yang kerap dikaitkan dengan Kajang.
Baru-baru ini, perdana menteri berkata jualan sate di Kajang melambung susulan pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) yang melalui kawasan itu.
Tetapi semasa kunjungan FMT, udara selepas hujan dipenuhi dengan bauan jalan raya yang basah dan aroma sate yang sedang dibakar di Restoran Sate Hj Samuri, pakar sate yang kini mempunyai puluhan cawangan di seluruh negara.
Keadaan di restoran yang tidak banyak pengunjung ini berbeza dengan keadaan sibuk ketika diskaun 50% ditawarkan kepada penumpang MRT.
Keadaan di restoran yang tidak banyak pengunjung ini berbeza dengan keadaan sibuk ketika diskaun 50% ditawarkan kepada penumpang MRT.
“Tidak ramai orang yang datang ke sini pada hari biasa, Isnin hingga Jumaat. Tapi ramai pelanggan yang datang ke sini pada waktu malam,” kata seorang pelayan restoran.
“Kami juga menerima ramai pelanggan pada hujung minggu terutama yang datang dengan keluarga.”
Tetapi, seorang lagi pekerja berkata restoran itu hanya sesak ketika MRT menawarkan diskaun sebanyak 50%, selepas ia dilancarkan pertengahan tahun ini. Diskaun tersebut berakhir pada 31 Ogos lalu.
Pekerja itu setuju yang bilangan pengunjung bertambah ramai selepas MRT dilancarkan. Bagaimanapun, ia hanya berlaku ketika tempoh diskaun 50% MRT.
“Semasa minggu pertama MRT dilancarkan dan ada diskaun sehingga 50% kepada pengguna, rata-rata yang datang adalah mereka yang turun di stesen Stadium Kajang dan melintas untuk makan di restoran.”
Menurutnya, jualan sate meningkat dan memberangsangkan semasa hujung minggu dan juga pada hari bekerja.
“Ramai yang akan beratur di kaunter dan ada juga barisan yang menunggu untuk giliran sehingga ke dalam restoran. Tingkat atas juga penuh.
“Tapi setelah diskaun MRT tamat, jualan di restoran kembali kepada asal. Sama saja seperti sebelum MRT ada,” katanya.
Kedua-dua pekerja itu bersetuju bercakap dengan FMT dengan syarat nama mereka tidak disiarkan.
Sate Hj Samuri adalah rangkaian restoran dengan 20 cawangan di seluruh negara, dengan lebih 500 pekerja, menawarkan pelbagai jenis sate.
Rabu lalu, Najib berkata pembinaan projek mega MRT memberi kelebihan kepada rakyat.
“Saya diberitahu mereka yang menjual sate di Kajang pun penjualan sate melambung lebih tinggi kerana adanya laluan MRT.
“Malah ramai yang datang jumpa saya menyesal mereka tiada laluan MRT. Mereka kata, bila MRT nak lalu di kawasan kami. Sebab mereka tahu kalau ada MRT penghuni kawasan senang, kurang kesesakan jalan malah nilai harta sama ada rumah, kondominium, semuanya bertambah lebih tinggi nilainya,” kata Najib. |
|
|
|
|
|
|
|
Sate makin mahal..secucuk sate pun almost singgit..better beli kepci terus..lagi kenyang.. |
|
|
|
|
|
|
|
satay station bapak mahal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Satay Hj Samuri mahal..la ni rm1.20 secucuk, tu yg daging biasa |
|
|
|
|
|
|
|
Kat memana pun, satay dah semakin mahal...
Dulu harga average satay kat kampung2 60 sen secucuk, skang dah naik ke 70 sen secucuk. Baik terus makan McD... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu sate rm30 sen sebatang.. lebih 10 thn yg lepas
thn 2017, melambung jd rm1.00 sebatang..
nak dpt balik harga lama tu, mmg mcm mustahil dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah tu. Zaman skang serba serbi mahal
Kalo 1 family middle income class ada 5-6 org anak, tambang mrt pegi balik,nak makan satay 8 org, minum2 bagai total je dah berapa
Sekali sekala bleh la
Kalo bujang tu lain citer la
Akak pun cikcur kt satay kajang ms tambang 50% tu. Saja nak merasa naik mrt.weols cikcur ke sana lps hbs keje dgn geng2 gossip weols |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang tak mahal sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu mcm ada niat naik mrt pegi mkn satay samuri... tapi gigih sgt la plak turun next station je. Skrg mana2 pon dah ada satay sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebulan sekali boleh la, hari2 makan kena kanser |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 18-11-2017 07:53 PM
Satay Hj Samuri mahal..la ni rm1.20 secucuk, tu yg daging biasa
Rsa beli 2,3 bln lepas hrga 98 sen secucuk...dh naik hrga lg ke? |
|
|
|
|
|
|
|
meolls terkejut.. purrrrrrrrrrcaya betei penulis dgn jibon. . |
|
|
|
|
|
|
|
Kt sini jauh tk jauhla ..ada rest sate kajang dan ikan bakar umbai. Nk merasa sate atai ikan bakar umbai? |
|
|
|
|
|
|
|
Sate station daging rm 2.80 secucuk |
|
|
|
|
|
|
|
Tq China, kalau tak ada bantuan china, kita tak ada LRT dan MRT utk pakai... |
|
|
|
|
|
|
|
Mrt hari kerja sama jah masa 50% diskaun dan sekarang, weekend tak pasti sebab lama tak naik masa weekend. Masa 50% discount yang ramai nya masa weekend |
|
|
|
|
|
|
| |
|