CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1731|Reply: 11

rencana YADIM - Tiga Amalan yg Terus Mengalir

[Copy link]
Post time 18-11-2017 06:30 PM | Show all posts |Read mode


http://www.yadim.com.my/v2/?p=31028

Oleh ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR
Dr Abdul Hayei Abdul Sukor adalah bekas Dekan dan Pensyarah di Fakulti Usuluddin, Akademik Pengajian Islam,Universiti Malaya (UM)
Rasulullah saw bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ ، إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
Terjemahannya: Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber: Sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim, bilangan (3092) daripada Abu Hurairah).




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2017 06:32 PM | Show all posts
Ulasan Hadis

Ganjaran sesuatu amal kebajikan akan terputus sebaik sahaja seseorang itu meninggal dunia. Hanya tiga jenis amalan yang dijamin pahalanya mengalir sekalipun tali hayat terputus. Tiga jenis amalan yang dimaksudkan ialah:

Pertama:

Sedekah Jariah, ertinya sedekah yang pahalanya berterusan hingga selepas mati, seperti amalan membina masjid, membina perigi awam, membina jalan raya, mewakaf kitab suci al-Quran, membina perpustakaan awam dan sebagainya.

Maksud sedekah yang tidak akan mengalir pahalanya selepas mati ialah sedekah yang jangka manfaatnya tidak panjang seperti memberi makan kepada fakir miskin dan amalan-amalan yang jangka hayatnya singkat dan terbatas kepada orang-orang tertentu dan masa-masa yang tertentu sahaja.

Jangka hayat seseorang sangatlah singkat berbanding usia dakwah yang berterusan hingga kiamat. Seseorang insan tidak seharusnya berfikir mengikut tempurung zaman yang selesai dengan kematiannya, sebaliknya hendaklah berfikir usia dakwah yang jauh melangkau ke hadapan berbanding usia manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2017 06:33 PM | Show all posts
Kedua:

Ilmu yang dimanfaatkan selepas kematian.  Ilmu juga menduduki tempat teratas dalam senarai amalan yang mengalir pahalanya selepas mati.  Kepentingan ilmu-ilmu agama lebih jelas apabila dengan ilmu ini seseorang dapat membezakan di antara baik  dan buruk, di antara halal dan haram, di antara dosa dan pahala.  Antara amalan yang lebih bermanfaat di bidang ini ialah mengajar dan menyebarkan pengetahuan dalam bidang al-Quran, Hadis dan pengetahuan am berkaitan Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 06:56 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 18-11-2017 06:33 PM
Kedua:

Ilmu yang dimanfaatkan selepas kematian.  Ilmu juga menduduki tempat teratas dalam senarai ...

moga bermanfaat@CtMaryam123 @Pyakmola
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2017 07:05 PM | Show all posts
Ketiga:

Anak yang soleh, sama ada lelaki atau perempuan yang berdoa dan berbuat kebajikan kemudian menghadiahkan pahalanya jika ada, kepada kedua ibu bapanya, dengan syarat mereka juga beragama Islam. Amal-amal kebajikan yang dilakukan anak tidak memberi faedah jika ibu bapa mereka bukan Muslim, malah tidak diharuskan anak-anak berdoa kepada ibu mereka yang masih kafir.

Mengulas hadis ini, Imam Nawawi RA berpendapat, seseorang digalakkan berkahwin dengan niat mendapatkan anak yang soleh. Ini kerana anak yang soleh tidak mungkin dihasilkan tanpa perkahwinan yang sah.

Atas kesedaran ini jugalah Nabi Allah Zakaria AS memohon kepada Allah seorang anak lelaki dalam usianya yang cukup tua tambahan pula dengan isterinya yang mandul agar harapannya itu menjadi kenyataan supaya nanti akan mewarisi tugas-tugasnya sebagai Nabi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2017 07:06 PM | Show all posts
Pengajaran Hadis:

  •     Seseorang dikehendaki melakukan amal-amal yang mendatangkan pahala yang terus mengalir kepadanya selepas meninggal dunia.

  •     Ilmu di dalam Islam mempunyai kelebihan yang sangat besar manfaatnya sekalipun selepas meninggal dunia.

  •     Mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam sangat dikehendaki bagi mempastikan hidup mereka tidak tersasul dari jalan kebenaran dan tidak lupa mendoakan ibu bapanya.Kelebihan orang berilmu berpanjangan dari dunia hingga akhirat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2017 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 18-11-2017 06:56 PM
moga bermanfaat@CtMaryam123 @Pyakmola

@puteribaya alhamdulillah... tengkiu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 18-11-2017 06:56 PM
moga bermanfaat@CtMaryam123 @Pyakmola

@puteribaya klu aku bg tau ko masa bila aku buka & baca ni mesti ko terharu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 18-11-2017 06:56 PM
moga bermanfaat@CtMaryam123 @Pyakmola

Alhamdulillah.tq baya @puteribaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 08:47 PM | Show all posts
CtMaryam123 replied at 18-11-2017 07:45 PM
@puteribaya alhamdulillah... tengkiu

sama2 dpt manfaatnya..x lah i asik bg lawak2 semalam kan..heheeh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 08:48 PM | Show all posts
CtMaryam123 replied at 18-11-2017 07:47 PM
@puteribaya klu aku bg tau ko masa bila aku buka & baca ni mesti ko terharu

lepas solat maghrib ya..alhamdulillah..i luv u
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 08:49 PM | Show all posts
Pyakmola replied at 18-11-2017 08:35 PM
Alhamdulillah.tq baya @puteribaya

sama sisthur..sharing is caring
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.072243 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list