Zulikmal Amry chuols... sekolah tahfiz. Dah hafal 15 juzuk kaedahnya. huols rasa sekarang heols ingat lagi x?
Kalau anda merupakan penonton setia drama Mencintaimu Mr. Photographer yang diterajui oleh Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, pastinya ada kenal dengan watak Rahim sebagai pembantu Jemy di studio. Watak Rahim itu dilakonkan oleh Ikmal Amry yang mempunyai auranya tersendiri hingga mampu mencairkan hati para wanita.
Walaupun dikenali sebagi seorang pelakon, namun apa yang menarik tentang Ikmal ini adalah dia merupakan bekas pelajar sekolah tahfiz dan pernah menghafaz 15 juzuk al-Quran.
Selalunya kalau dilihat, pelajar lepasan sekolah tahfiz lebih cenderung memilih kerjaya yang lebih profesional seperti guru, pensyarah, pendakwah namun berbeza buat Ikmal. Ikmal berkata, pada awalnya dia memang memilih untuk menjadi seorang guru namun bila difikirkan semula dia merasakan bahawa karier sebagai seorang guru itu bukan betul-betul datang dari jiwanya.
|