CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 5

[Tempatan] Kemasukan pelaburan China ancam Melayu, pribumi

  [Copy link]
Post time 19-11-2017 10:17 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Perkasa bimbang kemasukan besar-besaran pelaburan dari China akan mengancam hak orang Melayu dan pribumi di negara ini.
Ini kerana, kata Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh, projek mega yang dijalankan menggunakan dana China langsung tidak menguntungkan rakyat, khasnya golongan pribumi.

Beliau berkata, pihaknya juga khuatir perpaduan nasional semakin goyah dan rapuh seperti telur di hujung tanduk, susulan kemasukan pelaburan dari China.
Katanya, keadaan diburukkan dengan tindakan kerajaan meluluskan pembinaan 10 sekolah jenis kebangsaan Cina yang akan “mendalamkan” lagi jurang perkauman.

“Bimbang akan masa depan Islam dan Melayu di bumi yang telah didiami sejak 63,000 tahun lalu.
“Bimbang akan kata-kata Hang Tuah bahawa ‘tak akan Melayu hilang di dunia’, akan hanya tinggal sebagai mitos dan sejarah,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Khas Tahunan Sayap Perkasa Ke-4 hari ini.

Menurut laporan Bernama, setakat November 2016, dagangan dua hala Malaysia dan China mencecah RM170.6 bilion sepanjang tahun lalu, meningkat 1.3% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Pada 26 Oktober lalu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, keputusan membina 10 sekolah rendah Cina baharu dan memindahkan 6 sekolah sedia ada bertujuan memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina.
Daripada 10 sekolah baharu itu, 5 akan dibina di Johor, manakala selebihnya di Selangor.

Sirajuddin berkata, masyarakat Melayu juga tidak lari daripada masalah dalaman serius seperti pemimpin politik yang tidak bersemangat Melayu.
“Tidak nampak pun corak-corak pahlawan Melayu seperti Datuk Harun (Idris), Tun Dr Ismail (Abdul Rahman), (Tan Sri Syed) Jaafar Albar dan sebagainya.

“Kedua, masyarakat Melayu sendiri tidak bersemangat atau berjiwa Melayu. Kajian saya menunjukkan tidak sampai pun 30% Melayu yang berjiwa dan semangat Melayu.

“Ketiga, jika ada sekalipun, tak lebih dari bercakap di kedai-kedai kopi, berbahas dalam WhatsApp dan secara maya dan bual kosong sahaja,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 11:07 AM | Show all posts
ini sirajuddin salleh lagi sekor ketua perkasa yang lupa makan ubat lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh melayu kalau ada duit berjuta bukannya buka kilang tapi beli tanah beli emas. Nisbah kilang org cina dgn org melayu 10000 : 1
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:49 AM | Show all posts
Demmm baca tajuk jadi pelacuran pulak
Adeh pagi2 ni mabuk mamai plak
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Perompak ketuanan melayu hanya tau iri hati dan merompak.

Cuba ko pi rompak negara china la
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
fuuyoohh...usa pun beli train buatan china, pasal teknologi yg paling canggih di dunia.

Jgn lupa MRT dan LRT malaysia juga made in china
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.243856 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list