CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2356|Reply: 27

[Tempatan] Malu orang Malaysia tak fasih bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 19-11-2017 10:29 AM | Show all posts |Read mode
AWAK tak tahu bahasa Melayu, makna awak tak layak menjadi warganegara Malaysia,” kata Tan Tiong Lai, 71, yang fasih bertutur bahasa Melayu dan mempunyai ramai kawan berbilang bangsa.

Tiong Lai berkata, sebagai seorang rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan latar belakang seharusnya mempunyai inisiatif untuk menguasai bahasa kebangsaan itu.

Menurutnya, sejak aktif dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pada 1985, dia sudah biasa dengan budaya masyarakat Melayu, bahkan mempunyai keluarga angkat berbangsa Melayu ketika menetap di Kampung Pengkalan Balak, Melaka.

“Saya anak sulung dari sembilan beradik. Orang susah, ayah pun kerja memandu teksi masa itu. Kerana itu, saya dihantar ke Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak seawal usia enam tahun.

“Walaupun saya Cina, saya tak kisah masuk sekolah Melayu kerana sudah biasa hidup berjiran dengan orang Melayu," katanya.


Jalur Gemilang berkibar di hadapan rumah Tiong Lai sebagai simbolik sayangkan negara.
Bekas Pengerusi KRT Taman Clonlee itu berkata, dia juga berpeluang belajar menulis jawi selama dua tahun di sekolah berkenaan sebelum berpindah ke sekolah aliran Inggeris.

Bagaimanapun, katanya, dia masih lemah dalam merangkaikan tulisan jawi, namun pengalaman belajar tulisan jawi masih segar dalam ingatannya.

“Tulisan jawi saya lemah sikit. Bila alif, ba, ta... tu senang.  Tapi bila nak rangkaikan, contoh macam makan... min, alif, kaf, nun, nak tulis tu tak dapat.  Nak eja sikit-sikit, bolehlah," kata ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Taman Clonlee, Tampin.

Semua kaum ibarat adik-beradik

Tiong Lai yang merupakan pesara juruteknik makmal Hospital Tampin berkata, dalam hatinya soal perpaduan berbilang kaum sangat penting.

“Tak kira bangsa. Kita Cina, Melayu, India ni adik-beradik. Sebab kita serumah, ibarat sekampung punya orang.

"Saya masih ingat masa saya kerja di Klinik Kesihatan di Janda Baik, Bentong. Waktu itu Awal Muharam, ketua kampung ajak saya pergi surau. Saya seronok dapat bergaul dengan orang Islam di sana. Mereka juga terharu bila tengok saya makan bersila, makan sambal. Apa yang mereka masak saya jamah, mereka terkejut," katanya.

Menurutnya, kenangan sekitar tahun 1971 itu sangat manis dan dia secara peribadinya berasa sedih kerana suasana harmoni ketika ini tidak lagi seperti dahulu.

“Tak macam dulu-dulu, masa saya remaja duduk di kampung. Kita macam anak beranak, boleh ada bapa angkat, mak angkat Melayu. Dulu budi bahasa, budi pekerti orang Melayu top of the list. Tapi sekarang kebanyakan sudah terpesong.


Tiong Lai (duduk empat, kanan) bersama ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) semasa menyertai KRT sekitar 2014.
Sungguh pun dia berbangsa Cina, katanya, dia hidup berpandukan peraturan hidup orang Islam.

"Semasa saya umur 40 tahun, saya selalu pergi ke Masjid Negeri di Seremban untuk berjumpa dengan imam di situ. Saya minta dia bercerita pengalamannya kerana saya nak tahu budaya satu-satu bangsa.

"Ramai orang Melayu sayangkan saya, menyebabkan saya sayang dengan agama Islam.

Walaupun kini dia sudah berusia emas, Tiong Lai berkata, semangatnya untuk terus memperjuangkan perpaduan antara kaum masih tebal.

Dia berkahwin dengan Yau Swee Eng, 64, seorang keturunan peranakan baba dan nyonya.

"Jadi, budaya masyarakat Melayu tu memang sudah sebati dalam kehidupan kami anak beranak. Malah, di rumah kami boleh bertutur dalam bahasa peranakan, bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.

"Empat orang anak-anak saya pun saya pastikan mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih.  Ada antara mereka sudah bekerja menjadi guru sekarang ini," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Family aku dulu suka wayang baba dan nyonya. Contoh wayang menyesal by peranakan baba n nyonya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 12:43 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 19-11-2017 12:41 PM
Family aku dulu suka wayang baba dan nyonya. Contoh wayang menyesal by peranakan baba n nyonya

saja tanya dimane manuskrip melayu yang bukan tulisan jawi,,tulisan jawi itu diasaskan oleh indon dengan inkripsi kuno jawi tertue di sumatra
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dotte replied at 19-11-2017 12:43 PM
saja tanya dimane manuskrip melayu yang bukan tulisan jawi,,tulisan jawi itu diasaskan oleh indon  ...

@EJALTI tlg jawab pls
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dotte replied at 19-11-2017 04:43 AM
saja tanya dimane manuskrip melayu yang bukan tulisan jawi,,tulisan jawi itu diasaskan oleh indon  ...

PancaSIAL indogneSIAL garuduburku...

Indon jongos sampah sial lahanat bangsat keparat ummah tolol goblok gagal total keturunan babu pelacur henjutan Belanda...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sengaja ja panggil kaka ejalti memang mendapat lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2017 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 19-11-2017 02:32 PM
Sengaja ja panggil kaka ejalti memang mendapat lah

Wirid harian dia tu hari2 mengisi ruang bebenang forum..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang asli peribumi sabah sarawak terutamanya golongan tua x tahu berbahasa melayu camne lak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 19-11-2017 02:36 PM
Wirid harian dia tu hari2 mengisi ruang bebenang forum..

Sekali kaka ejalti muncul habis semua kena tapau     
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 02:44 PM | Show all posts
ni nk tepon bantuan kt operator pn ckp english

dh pilih bhasa melayu pn ckp english

igt aku langgan tenet kt oversea ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
it's never rain in california....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 03:16 PM | Show all posts
Syabbass suster @EJALTI
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 03:18 PM | Show all posts

kate negare melayu tapi nape ummah urbannye takpandai cakap bahase kebangsaan sendiri ??
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 03:21 PM | Show all posts
LaksamanaBentan replied at 19-11-2017 02:39 PM
Orang asli peribumi sabah sarawak terutamanya golongan tua x tahu berbahasa melayu camne lak?

diorg x tahu bahasa melayu tp berbahasa ibunda diorg. bukan bahasa penjajah atau pendatang. jd masih boleh diterima. kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 03:23 PM | Show all posts
dotte replied at 18-11-2017 07:18 PM
kate negare melayu tapi nape ummah urbannye takpandai cakap bahase kebangsaan sendiri ??

Kutuk hendhon bangsa hina dina. Ketawakan hendhon makan rendang babhi hutan, hahahahahahahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 03:28 PM | Show all posts
coughfadzacoughlofacough
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 03:29 PM | Show all posts
Sangat setuju
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
LaksamanaBentan replied at 19-11-2017 02:39 PM
Orang asli peribumi sabah sarawak terutamanya golongan tua x tahu berbahasa melayu camne lak?

Generasi lama memang macam tu. Kita kira generasi sekarang yang membentuk malaysia sekarang ni. Kalau ikutkan untuk penguasaan bahasa kebangsaan bagi sabah sarawak dikira dalam tempoh 20 tahun lepas merdeka, semenanjung 10 maaf kalau fakta kurang tepat dah tak berapa ingat
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dotte replied at 19-11-2017 07:18 AM
kate negare melayu tapi nape ummah urbannye takpandai cakap bahase kebangsaan sendiri ??

PancaSIAL indogneSIAL garuduburku...

Indon jongos sampah sial lahanat bangsat keparat ummah tolol goblok gagal total keturunan babu pelacur henjutan Belanda...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
LaksamanaBentan replied at 19-11-2017 02:39 PM
Orang asli peribumi sabah sarawak terutamanya golongan tua x tahu berbahasa melayu camne lak?

kecualikan depa yg tak sekolah...yg 'sekolah' sampai U tu tapi tak reti bahasa kebangsaan negaranya sendiri tak kira bangsa apa pon...tu yg kita nk 'cerita'.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.072404 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list