CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1877|Reply: 18

[Tempatan] Fungsi tambahan AES, kesan pemandu guna telefon bimbit

  [Copy link]
Post time 19-11-2017 05:09 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR 18 Nov.– Kementerian Pengangkutan akan mengkaji pemasangan teknologi baharu di setiap kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai langkah penguatkuasaan untuk mengesan kesalahan pemandu yang menggunakan te­lefon bimbit ketika memandu.


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, perkara itu dilihat penting dalam usaha membendung kesalahan tersebut yang kini menjadi antara penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya.

Katanya, pemasangan tek­nologi itu akan mening­katkan lagi fungsi kamera AES selain untuk mengesan kesalahan pemanduan me­lebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.

Jelas beliau, kementeriannya akan bekerjasama de­ngan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengkaji perkara tersebut termasuk cadangan-cadangan lain seperti meningkatkan ka­dar hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.

“Kementerian akan menilai untuk meningkatkan fungsi kamera AES untuk mengesan pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Kenapa masih ada pemandu yang berani menggunakan telefon bimbit semasa memandu adalah kerana mereka menyedari penguatkuasaan yang ada tidak cukup untuk mengesan kesalahan mereka. Oleh itu kamera AES dilihat mungkin boleh berperanan un­tuk mengatasi ma­salah ini,” katanya ketika dihubungi Ming­guan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Ketua Pe­ngarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid mencadang­kan agar hukuman bagi kesalahan menggunakan te­lefon bimbit ketika memandu perlu dipinda selari de­ngan perkemba­ngan pesat penggunaan peranti itu termasuk aplikasi popular seperti WhatsApp.

Tambah Ab. Aziz, Kementerian Pengangkutan me­nyarankan setiap pengguna mematuhi peraturan jalan raya untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain, tetapi akan sentiasa menilai keperluan untuk mempertingkat tahap penguatkuasaan selaras dengan perkembangan semasa.

Timbalan menteri itu mengakui penggunaan te­lefon bimbit yang semakin meluas menjadi antara cabaran baharu yang dihadapi oleh pihak berkuasa dan sehubungan itu kaedah-ka­edah terkini untuk membendung kesalahan tersebut akan diperhalusi.

“Mungkin terdapat kelemahan dari segi penguatkuasaan untuk mengesan kesalahan seperti ini (menggunakan telefon bimbit). Oleh itu kaedah pengesanan kesalahan juga perlu dipermo­denkan termasuk menggunakan kamera AES untuk mengesan pemandu yang menggunakan te­lefon bimbit semasa memandu,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 05:23 PM | Show all posts
eloklah..makin menjadi2 aku tengok puak nie guna henpon sampai dkt lane kanan sekali pon mau tgk hp..kalo ko mati sorang xper la
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis kalau tgh on waze mcm mana???
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon tambah fungsi detect pemandu slow tapi duduk lane kanan. Selalu sangat jumpa dah bagi hint masih buat tak tahu je..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 09:17 PM | Show all posts
Cassieopeia replied at 19-11-2017 08:38 PM
Mohon tambah fungsi detect pemandu slow tapi duduk lane kanan. Selalu sangat jumpa dah bagi hint mas ...

Hahahahah! Yang dok lane kanan tapi slow ni, tolong saman kan sekali!

Kalau agak2 nak carik rumah sewa, mohon ke tepi.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 19-11-2017 08:15 PM
Habis kalau tgh on waze mcm mana???

Dgr suara je lah Selena oiii.....
Akk guna waze tak de nk tgok tgok phone....tapi klu dia senyap je, jeling jeling jugakkk.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2017 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nhazlin replied at 19-11-2017 09:17 PM
Hahahahah! Yang dok lane kanan tapi slow ni, tolong saman kan sekali!

Kalau agak2 nak carik ru ...

Ha elok saman skali dekat hway plak nak slow motion makan angin buat apakan
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 11:16 PM | Show all posts
Cassieopeia replied at 19-11-2017 11:14 PM
Ha elok saman skali dekat hway plak nak slow motion makan angin buat apakan

Tau takpe! kang kalu hon, marah pulek!
Banyak2 lane, nak gak dok kanan mcm tak rasa bersalah tengok semua bertunda belakang dia. aptb!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-11-2017 10:36 PM
Dgr suara je lah Selena oiii.....
Akk guna waze tak de nk tgok tgok phone....tapi klu dia senyap  ...

Ok faham lah dgr suara je...tp kalau aes tu main tibai sama asal detect fon tgh dugunakan utk waze camne pulak kan??
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 07:37 AM | Show all posts
Setuju sesangat...saman gak org yang tengok hp kat traffic lite,  Menyampah tul..dah la hijau sekejap jer
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:54 AM | Show all posts
biasa bila dekat dgn AES semua kenderaan akan slow secara otomatik
lps lbh kurang 100 m atau kurang dr tu akan berdesup balik
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:33 AM | Show all posts


kalau camni ok?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:39 AM | Show all posts
Yang ni aku sokong sangat. Orang yang main handphone while driving ni memang hanat sangat perangai.

Sepatutnya masa traffic jam kereta banyak kena fokus pada pemanduan. Ni boleh sebelah tangan dok scroll IG FB bagai. Yang layan tgk video sambil driving pun ada. Whatsapp tak yah citer la. Tak boleh ke tunggu sampai office dulu pastu nak scroll segala IG FB apa semua lantakla. Ni tak menyempat-nyempat.

Aku kalau kereta depan slow lain macam aku dah boleh agak mesti tengah tgk phone. And sorry to say kebanyakan yang suka main handphone ni ialah perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 10:02 AM | Show all posts
cane nk setting camtu ek
setiap org yg tunduk sambil memegang sesuatu kamera akan snap kot
kalo yg jenis sangkut tepon kat cermin atau sunshade cane plak
snap gmbr tgh main tepon
skali sbnrnya tgh tengok remote control utk LCD
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 10:19 AM | Show all posts
keta ribu riban mampu,beli phone holder pun x mampu ke??
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:55 AM | Show all posts

bibik2 indon sgt yach gayanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 11:59 AM | Show all posts
Bukan ke AES la ni dah facing belakang kenderaan?
Mcm mana nak snap picture driver guna hp masa driving?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 04:23 PM | Show all posts
Ipo replied at 20-11-2017 11:59 AM
Bukan ke AES la ni dah facing belakang kenderaan?
Mcm mana nak snap picture driver guna hp masa dri ...

tu lah kan

adeh..ni pun baru kena saman
tp siyes xperasan dh over limit

kt myeg tu klu saman polis yg speed limit ade siap attached gmbr kete kt jln tu
yg aes bwh jpj ni xde plak die attached gmbr mcm polis

mcmn nk cek ye
tau dak




Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 25-5-2018 04:23 PM
tu lah kan

adeh..ni pun baru kena saman

Boleh minta jpj tunjuk kot masa nak bayar kat kaunter. Ntah la..kalau polis tu memang ada attached gambar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.200612 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list