CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2829|Reply: 45

[Tempatan] Seperti dijangka, elak rumah terbiar: JDT cadang turun kadar hartanah warga asin

  [Copy link]
Post time 19-11-2017 05:32 PM | Show all posts |Read mode
ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri bercadang mengurangkan kadar minimum pemilikan hartanah RM1 juta yang ditetapkan terhadap warga asing kepada harga yang sesuai mengikut keluasan hartanah.

Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, cadangan itu bagaimanapun perlu dikaji terlebih dahulu dan laporan mengenainya dijangka siap pada awal tahun depan.

Menurutnya, langkah itu adalah bagi menarik minat pembeli rumah untuk warga asing sekali gus mengatasi masalah rumah tidak terjual di negeri itu, lapor Astro Awani.

“Kita sedang melihat dasar untuk warga asing yang ditetapkan tidak boleh kurang dari RM1 juta seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini juga jadi masalah (unit rumah tidak terjual).

“Bagaimanapun, selepas ini kita nak tengok mengikut keluasan tetapi ini masih dalam kajian. Mungkin 1,000 kaki persegi ditetapkan pada harga RM1 juta dan keluasan lebih kecil kita tengok berapa harga yang sesuai untuk pastikan rumah ini terjual,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai laporan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengesahkan wujud ketidakseimbangan antara permintaan dan penawaran pasaran hartanah negara susulan harga rumah lebih tinggi berbanding kemampuan isi rumah Malaysia.

Sebelum ini kerjaaan negeri mengumumkan kenaikan kadar bagi pemilikan hartanah warga asing pada harga minimum RM1 juta daripada RM500,000 berkuatkuasa 1 Mei 2014 sebagai usaha mengawal kenaikan harga hartanah di negeri ini.

Selain itu Md Jais berkata kerajaan juga sedang mencari pendekatan bersesuaian bagi membantu golongan pertengahan M40 yang sukar memiliki rumah termasuk dengan menawarkan insentif kepada pemaju.

Katanya, kerajaan negeri juga sedang memberi tumpuan kepada kumpulan M40 yang terperangkap antara harga rumah mampu milik yang berharga RM150,000 ke bawah yang mereka tidak layak serta harga selepas itu yang melebihi RM400,000.

“Kita juga mencari jalan bagaimana kita hendak beri insentif atau galakan kepada pemaju untuk membina rumah dengan harga antara RM200,000 hingga RM350,000 bagi membantu golongan ini,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam kim** punya law..
Beli rumah kedai tapi tak boleh jual pada non bumi padahal status kedai bukan lot bumi pun..
Lebih rela tenguk owner jadi bangkrup dari beri keizinan utk dijual
Apa punya undang2 la
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Johor tertinggi dlm hartanah tak terjual..selangor & kl pun kalah...harga ikut klang valley tp lupa pendapatan perkapita penduduk negeri tak sama dgn klang valley..skg ni harap org spore & prc je beli rumah x laku tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh myanyi lagu anak kecil main api ka belum ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 07:19 PM | Show all posts
demi tauke...apa pun boleh janji tauke senang hati...tak kira la tauke rumah ka tauke minyak ka
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bullshit .......,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2017 07:46 PM | Show all posts
Madel replied at 19-11-2017 05:38 PM
Cam kim** punya law..
Beli rumah kedai tapi tak boleh jual pada non bumi padahal status kedai bukan ...

dik kena pakai cheongsam baru boleh tukar non bumi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni elok disyaratkan kena minta perkenan Tuanku Sultan sebelum buat projek perumahan,  baik kerajaan atau swasta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
apa komen darah putih?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 19-11-2017 06:48 PM
Johor tertinggi dlm hartanah tak terjual..selangor & kl pun kalah...harga ikut klang valley tp lupa  ...

Kesan secara langsung dr sekatan transaksi luar negara kerajaan china dgn amaran kerajaan singapore berkenaan dgn pembelian hartanah d malaysia. Apa yg best kat johor sampai berlumba2 buat hartanah kat situ. KL atau penang boleh la paham sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 19-11-2017 06:48 PM
Johor tertinggi dlm hartanah tak terjual..selangor & kl pun kalah...harga ikut klang valley tp lupa  ...

Mmg mendapatlah... dah tentu2 lah dr segi scale pendapatan lembah klang sgt2 tinggi. Johor tah berapalah bezanya compare dgn sini... lagi harga hartanah sama mcm.sini... so terbengkalailah rumah2 di sana jd rumah hantu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-11-2017 11:46 AM
dik kena pakai cheongsam baru boleh tukar non bumi

Pagi tadi iols pergi jumpa land officer di kota iskandar sis..pasal rayuan penjualan rumah kedai iols la..sekali dgn iols nya puchaser.
Tapi hasilnya tetap nan hado eventho rumah kedai iols bukan bumi lot pun.mcm bodo je iols tadi karang cerita sebab2 iols nak jual itu kedai..alasan yg diberi 'bumi tidak boleh jual kepada non bumi' keputusan muktamad.
Jadah kimak dah kalau keputusan muktamad buat apa arrange appointment dgn iols n puchaser sial..buang masa tenaga minyak tol..
Lgi sakit hati bini pembeli tu tak dpt masuk jumpa officer dgn guard sbb pakai skrit atas lutut katanya..dasar jantan melayu haprak..padahal elok je amoi tu nya skirt bawah paras lutut..nasib iols ada spare seluar panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:36 PM | Show all posts
Madel replied at 19-11-2017 08:32 PM
Pagi tadi iols pergi jumpa land officer di kota iskandar sis..pasal rayuan penjualan rumah kedai i ...

standard lah dik kita ikan bilis kalau jerung cepat je turun kadar hartanah warga asing.


daripada bilis mai kita jadi jerung. kalau kaka tahu cara boleh jual nanti kaka roger.. tips kaka, ambil no.hp dua tiga orang kat kaunter whatsapp tanya2 khabar and riki.


biasa bila dah berbaik ada je cara tersebut.. sbb orang2 pejabat tanah ada mcm2 ilmu yang masyarakat tiada. benda ni ada budi bicara..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:44 PM | Show all posts
Dulu aku duk Selangor, skg pindah ke Johor.. Aku rasa rumah kat Selangor lagi murah......
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-11-2017 12:36 PM
standard lah dik kita ikan bilis kalau jerung cepat je turun kadar hartanah warga asing.

...

Alright..kalau ada lobang riki2 kan iols ye sis..penjual dah sewa 5bln kat kedai iols ni..dia mmg berminat nak beli kedai iols dari dulu..actually ni 2nd time iols dah buat rayuan..iols sudah penat naik turun pejabat loyer urus itu ini tapi hasilnya nan hado...iols pun dah tak larat nak bayar loan bank sis..huhu.
Last tadi sbb iols dah naik hantu..setepek juga la iols sound itu officer..iols ckp 'dah buat advertisment kat suratkabar melayu tapi tak ada sorg pun yg berminat, org melayu ni miskin tak ada duit nak beli rumah , yg berminat semua nya org cina' tuan nak kedai saya kena lelong then saya bangkrup, stress pastu terjun jambatan bunuh diri ke'..
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan aku dah cakap bina rumah mahal2 pastu konon2 panik, buat rules jual ke warga asing selesai masalah katanya apa jadahnya, malas aku nak berbual pasal J ni kang ke dalam pulak...aritu kes rasuah rumah J la kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:02 AM | Show all posts
iols yang dah 10 tahun stay kat JB i pun tak kuasa nak beli rumah kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:26 AM | Show all posts
Madel replied at 19-11-2017 08:47 PM
Alright..kalau ada lobang riki2 kan iols ye sis..penjual dah sewa 5bln kat kedai iols ni..dia mmg  ...

setahu aku status bumi yg tak bole jual kpd non bumi

sejak bila status non bumi tak bole jual kpd non bumi ni???

konfius jugak ni...

btul ckp brader sorg tu...amik je no hp staf2 kat situ

senang2 bole berwasap2

kalo cara lurus tak ley guna..terpaksa la guna cara bengkok2...hehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 19-11-2017 05:38 PM
Cam kim** punya law..
Beli rumah kedai tapi tak boleh jual pada non bumi padahal status kedai bukan ...

Masa kau beli dulu international lot ke?
Betul ke tak boleh sesuka hati jual ke non bumi?
I beli rumah international lot juga ni..
Sebab dah memang awal2 nak jual balik.
Beli lot bumi kemudian nak jual balik memang mengalir air mata la nak dapat buyer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.328457 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list