CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 1

[Tempatan] Pesawat C130, Nuri sedang dinaik taraf

[Copy link]
Post time 19-11-2017 10:27 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Usaha menaik taraf pesawat Charlie C130 dan helikopter Nuri merangkumi kesesuaian penggunaan peralatan lebih canggih sedang dilakukan bagi memastikan aset ketenteraan itu selamat digunakan pada setiap masa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Bajet 2018 dibentang kerajaan pada 27 Oktober lalu turut menyediakan peruntukan bagi usaha itu termasuk meningkatkan keupayaan pesawat terbabit dengan penggunaan teknologi terkini.

Beliau berkata, adalah tidak adil untuk mengaitkan satu insiden yang berlaku ke atas pesawat jenis itu, memaksa kerajaan menghentikan keseluruhan pengoperasian.

"Saya harap semua pihak memahami. Kita sedang lakukan 'uprgading' (usaha naik taraf). Isu ini tidak sama sekali diambil mudah oleh kami di Kementerian Pertahanan dan pegawai kita di TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia).

"Dalam Bajet 2018, memang ada peruntukan khusus diberi untuk tujuan menaik taraf pesawat berkenaan," katanya pada sidang media selepas meninjau Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas insiden pesawat angkut Charlie C130 milik TUDM yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan, semalam selepas menghadapi masalah kekaki pesawat 'landing gear'.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, Malaysia sama sekali tidak pernah mengalah dan tidak akan berhenti membuat pelbagai usaha, termasuk membentuk kesepakatan dengan negara lain seperti Arab Saudi bagi menyekat pengaruh kumpulan militan Daesh.

"Tiada negara yang tidak terkecuali menjadi sasaran Daesh ini. Kita lihat negara negara maju (juga menjadi sasaran). Kita tidak boleh hidup dalam ketakutan, kita mesti menunjukkan keberanian.

"Ini tidak menyekat saya untuk berperang dengan Daesh habis-habisan. Militan ini akan berjaya (membina pengaruh) di negara tertentu, apabila negara itu tidak melakukan sesuatu terhadap mereka," katanya.

Justeru, katanya adalah tidak wajar Malaysia menjadi negara yang dilihat bersendirian dalam memerangi pengaruh Daesh ini, yang ketika ini sudah mula memasuki negara Asean.

"Kalau kita tidak boleh memihak kepada negara Arab Saudi, tak boleh memihak kepada China, lebih baik kita jadi Korea Utara," katanya.

Menyentuh Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0, beliau yang juga Naib Presiden UMNO, berkata penganjuran ini bertujuan memberi input kepada semua jurucakap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) nanti.

Dalam sesi konvensyen kali ini juga, katanya turut memberi tumpuan kepada empat bidang kritikal iaitu agama, politik, ekonomi dan pendidikan, dengan setiap bidang ini memerlukan transformasi dan anjakan paradigmanya tersendiri.

"Semua pandangan ini akan dimasukkan dalam usul. Jurucakap juga sudah dikenalpasti di peringkat negeri dan hari ini mereka hadir bagi mendapatkan 'mood' PAU itu sendiri," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 10:29 AM | Show all posts
mmg patut  upgrade pon...lame sgt model ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.171250 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list