ye ke...tp nasib baik aku google balik sblm nak bgtau company tu yg diaorg tak boleh ambil pekerja bwh 18 thn... ni ala2 nak jadi warganegara yg bertanggungjawab la..
pekerja bwh 15 tahun mmg tak boleh ambil..15 tahun ke atas dah boleh keje..
Umur Minimum untuk Bekerja
Pengambilan kanak-kanak dan belia terletak di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda ( Pekerjaan) 1966. Akta 350 telah mentakrifkan kanak-kanak sebagai “orang yang belum mencapai umur 15 tahun" dan orang muda sebagai “ orang yang belum mencapai umur 18 tahun”. Umur minimum untuk seseorang bekerja adalah adalah 15 tahun dan ia adalah selaras dengan Konvensyen Umur Minimum 1973 (No. 138). Manakala, di bawah Akta 550 , hanya enam tahun pendidikan sekolah rendah sahaja yang diwajibkan . Sumber: Seksyen 1 Akta Kanak-kanak dan Orang Muda(Pekerjaan) 1966(Akta 350); Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996(Akta550).
|