CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1179|Reply: 28

[Tempatan] Tahap BI pelajar merosot. Kembalikan semula sekolah aliran Inggeris

  [Copy link]
Post time 20-11-2017 10:34 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Lapan daripada sepuluh rakyat Johor  mahu sekolah kerajaan medium Inggeris dan konsep 'Satu Sekolah Untuk Semua'  dikembali semula, jelas satu kaji selidik.

Menurut kaji selidik yang diterbitkan oleh Institut Iseas-Yusof Ishak di Singapura yang bertajuk "Tinjauan Johor 2017: Pandangan Tentang Identiti, Pendidikan dan Keluarga Diraja Johor", 82 peratus responden menyokong langkah membawa pulang sekolah bahasa Inggeris.

Kajian menunjukkan bahawa sokongan adalah kukuh dari segi segmen demografi, walaupun antara responden Melayu dan luar bandar yang pada masa lalu tidak menyokong dasar untuk mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Hanya 18 peratus daripada responden yang tidak bersetuju.Bagi konsep 'Satu Sekolah Untuk Semua', tinjauan menunjukkan bahawa terdapat sokongan yang kuat di kalangan responden Cina dan India.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dalam wawancara eksklusif dengan The Star sebelum ini memberitahu bahawa tahap bahasa Inggeris di kalangan rakyat semakin merosot dan perlu melakukan sesuatu.

Sultan Ibrahim merasakan bahawa ada keperluan untuk mempunyai satu sistem pendidikan aliran dan bukannya seperti tiga jenis sekolah yang ada sekarang  iaitu kebangsaan, Cina dan Tamil.

Kira-kira 2,011 responden dari pelbagai kumpulan peringkat umur melebihi 18 tahun mengambil bahagian dalam kaji selidik itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 11:01 AM | Show all posts
setuju sangat...samada satu aliran sekolah berbahasa inggeris atau jadikan semua aliran kedalam satu aliran sekolah..dimana ada pembelajaran bahasa inggeris, cina dan tamil...dan pelajaran 3 budaya juga patut di wajibkan. dan kurangkan sekolah2 kerajaan jadi mcm pejabat kerajaan serta pengaruh2 agama... sekolah patut neutral.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:08 AM | Show all posts
tak paham aku kejap isu bahasa ingeris kejab bahasa melay sebenarnya ko nak suruh umah kat malaysia nak cakap bahasa apa

lepas ni huhuhuhu je la

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:13 AM | Show all posts
malaysia antara 10 negara di dunia yg mengunakan bahasa english paling byk

tp tak mewah mana dan kedepan sgttt pon malaysia ni

jeeeelllaasss english language bukan lambang kemajuaan pon

10 negara pengguna english terbayk
tapi bukan 10 negara termaju
tak kelakar ker
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:23 AM | Show all posts
'if you do not have to nothing to say, you better be body silent' ..ayat budak2 wicet zaman skang
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:31 AM | Show all posts
Iseas yusof ishak ? Hahahahahaaaarrrrkptuih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2017 11:34 AM | Show all posts
shania88 replied at 20-11-2017 11:13 AM
malaysia antara 10 negara di dunia yg mengunakan bahasa english paling byk

tp tak mewah mana dan  ...

nak maju kena fokus pada sains tech jugak. bukan dengar cakap para lebai. sampai sudah tak maju pemikiran.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:35 AM | Show all posts
cairel_azlie replied at 20-11-2017 11:01 AM
setuju sangat...samada satu aliran sekolah berbahasa inggeris atau jadikan semua aliran kedalam satu ...

tepat sekali. patut dari zaman dulu ketiga2 bahasa utama ni perlu diwajibkan belajar dan lulus exam. baru kurang masalah integrasi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 11:36 AM | Show all posts
cairel_azlie replied at 20-11-2017 11:01 AM
setuju sangat...samada satu aliran sekolah berbahasa inggeris atau jadikan semua aliran kedalam satu ...

kurangkan sek agama kang nanti budak2 ramai kurang didikan agama...sampai bab feqah pon tak tau...bab tauhid pon tak tau....tafsir quran lg la
tu yang ramai mengelupur bila sebut bab anjing..babi...rasuah..zina...minum arak...tak amanah..rasis...jadi pengganas ..taliban...liberal...sebab tak hayati agama dgn betul
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:37 AM | Show all posts
mcm time hakak sekolah dulu2 english medium..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:38 AM | Show all posts
ketekodok replied at 20-11-2017 11:34 AM
nak maju kena fokus pada sains tech jugak. bukan dengar cakap para lebai. sampai sudah tak maju pe ...

sains tech kena seiring dgn ilmu agama...baru betul....kalau fokus pd sains tech semata2 tp hanyut pd agama tak guna..sama juga sebaliknya...tumpu pd agama tp sains tech tak tumpukan....jd lah mundur...

sebab tu muncul geng2 bumi bentuk datar....geng2 anti vaksin....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:38 AM | Show all posts
yusryimran replied at 20-11-2017 11:37 AM
mcm time hakak sekolah dulu2 english medium..

mesti akak speaking berabuk kan mcm atuk2 dan acik yg sekarg ni umur dlm 60~80 an..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:40 AM | Show all posts
wirazam replied at 20-11-2017 11:38 AM
mesti akak speaking berabuk kan mcm atuk2 dan acik yg sekarg ni umur dlm 60~80 an..

gituw lah nampaknya uols..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:40 AM | Show all posts
the_killer replied at 20-11-2017 11:38 AM
sains tech kena seiring dgn ilmu agama...baru betul....kalau fokus pd sains tech semata2 tp hanyut ...

memang jahanam dua dua puak flat earth dan anti vac ni. dah la bodoh, bebal pulak tu......
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:40 AM | Show all posts
dengan zaman news, n materials in english bersepah2 di internet...cari guna jari je pun still english dorang sucks keee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 11:43 AM | Show all posts
dulu masa PPSMI , kerajaan habiskan RM800 juta utk projek ni
kalau setiap 3-4 tahun tukar polisi tentu projek masyukk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 11:44 AM | Show all posts
ketekodok replied at 20-11-2017 11:40 AM
memang jahanam dua dua puak flat earth dan anti vac ni. dah la bodoh, bebal pulak tu......

agama islam dah cantik...umat islam kena maju bukan sahaja di dunia bahkan diakhirat...di dunia islam dah bg garis panduan bagaimana nak maju di dunia...cuma praktikal dan kehendak sesuatu umat je yang main peranan....

sebab tu Baginda masa perang pakai baju besi...kerana selaras dgn kemajuan perang pd waktu tu....nampak tak...bahasa inggeris penting...bahasa kebangsaan pon penting...bahasa lain2 tu leh jd bonus..mcm bahasa mandarin satu kelebihan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:45 AM | Show all posts
R2D2 replied at 20-11-2017 11:43 AM
dulu masa PPSMI , kerajaan habiskan RM800 juta utk projek ni
kalau setiap 3-4 tahun tukar polisi te ...

yang mangsa budak2....yang untung kroni...kroni tak kisah....yang teruk adalah pelajar...atau generasi akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:45 AM | Show all posts
Iseas yusof ishak is a joke
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 12:09 PM | Show all posts
the_killer replied at 20-11-2017 11:44 AM
agama islam dah cantik...umat islam kena maju bukan sahaja di dunia bahkan diakhirat...di dunia is ...

islam kalau zaman kegemilangan dulu sememangnya maju dari sains dan tech nya. macam macam perkembangan kajian, teori, penemuan sains. zaman itu orang boleh berdebat tanpa rasa takut. cuba zaman sekarang berhujah benda pelik pelik. tengok je la ape jadi, paling kurang kena cop kapir.....

back to topic, sy setuju memang pelajari bahasa itu penting....semua bahasa penting. lebih banyak bahasa kita mahir lebih mudah kita nak berjaya.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.505413 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list