CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 411|Reply: 3

[Tempatan] 3 polis dituduh rasuah

  [Copy link]
Post time 20-11-2017 11:34 AM | Show all posts |Read mode
3 polis dituduh rasuah

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/285509/3-polis-dituduh-rasuah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2017 @ 11:17 AM

Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Tiga anggota polis cuba melindungi wajah mereka daripada dirakam media ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen, hari ini.  FOTO Hairul Anuar Abd Rahim.

TIGA anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada orang awam.

Lans Koperal Azizan Mohamad, 30, Lans Koperal Muhammad Aiman Najmi Sahran, 26, dan Lans Koperal Abdul Manan Abdul Satar, 33, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga tertuduh yang bertugas di Cawangan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada seorang lelaki berusia 33 tahun sebagai dorongan untuk melepaskan lelaki itu dan seorang lagi lelaki berusia 35 tahun yang ditahan atas kesalahan memiliki dadah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah bank di Jalan Masai Jaya 1, Plentong, Johor Bahru pada 1 pagi, 9 Oktober 2016.
Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka bertiga didakwa menerima suapan wang tunai RM2,250 daripada orang sama sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan sama di Jalan Teratai 18, Taman Johor Jaya, Johor Bahru pada 4.50 pagi, 9 Oktober 2016.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mereka berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM Norsyarina Raizan menawarkan jaminan RM30,000 untuk setiap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan namun peguam yang mewakili tertuduh membantah.

Peguam Rosli Kamaruddin yang mewakili Azizan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sudah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 11 tahun dan masih bertugas sebagai penjawat awam.

"Tertuduh mempunyai seorang isteri dan dua anak yang masih kecil selain menanggung ibu bapanya di Tumpat, Kelantan," katanya.

Peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly yang mewakili dua lagi tertuduh pula berkata, dua anak guamnya hanya berpendapatan RM2,800 sebulan dengan masing-masing mempunyai seorang isteri dan seorang anak.

"Muhammad Aiman Najmi sudah digantung tugas selepas ditangkap SPRM dan sejak itu hanya bekerja sambilan dengan isterinya yang baru bersalin anak pertama. Tertuduh ketiga juga sudah digantung kerja," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap minggu pertama dalam sebulan sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 Januari 2018.

Selepas selesai prosiding, ketika semua tertuduh dibawa keluar dari mahkamah, seorang daripada tertuduh membuat isyarat lucah ke arah jurugambar dan juruvideo yang merakam wajahnya.

Tertuduh yang menutup wajahnya dengan baju yang dipakai turut menghambur kata-kata kesat kepada pihak media.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 11:39 AM | Show all posts
aku sentiasa moskil.

Mintak pencerahan.

Dlm kes mcm ni: adakah si mangsa rasuah dipinta akan terlepas dari kesalahan jenayah mereka tanpa melalui mahkamah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:54 AM | Show all posts
Interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:59 AM | Show all posts
aku macam tak percaya pulak kes polis tu amik rasuah, dulu, ada kes polis rampas dadah jutaan ringgit kat Johor, pastu polis tu dapat anugerah, lepas tu kena tangkap rasuah.....aku syak kena sabotaj, pengedar dadah ni bukan leh caya, majoriti mata sepet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.063644 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list