CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 737|Reply: 8

[Tempatan] Cari penyakit, pelajar lelaki ditahan polis selepas disyaki memuat naik komen ug

  [Copy link]
Post time 20-11-2017 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 20-11-2017 04:04 AM

Cari penyakit

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/285403/cari-penyakit

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2017 @ 6:33 PM

Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my



PELAJAR lelaki ditahan polis selepas disyaki memuat naik komen ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, hari ini.

Suspek berusia 14 tahun itu dibawa bapanya jam 2.30 petang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching selepas menyedari anaknya dikesan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, bapa suspek membawa anaknya ke IPD Kuching bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

Menurutnya, suspek diburu selepas polis menerima laporan mengenai komen berunsur ugutan yang ditujukan kepada Ketua Menteri Sarawak baru-baru ini.

"Suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching manakala sebuah telefon bimbit miliknya yang digunakan untuk memuat naik komen berkenaan dirampas.

"Polis bagaimanapun sudah membebaskan suspek selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dev berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau berkata, polis menerima tujuh laporan polis daripada individu berhubung ugutan yang dilemparkan kepada Ketua Menteri Sarawak sehingga semalam.

"Orang ramai diminta lebih berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak memuat naik sebarang komen berunsur jenayah dan boleh menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan masyarakat," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2017 12:04 PM | Show all posts
Baru form 2 dah nak ugut2 bunuh orang...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bbnu sgat dek
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 12:53 PM | Show all posts
dik banyak tengok cerita shin chan kan? lain kali tengok cerita kl gangster baru matang sikit fikiran
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 01:21 PM | Show all posts
mcm mcm bebudak skrg ni........
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam betul dunia sekarang,
boleh terancam dengan ugutan budak 14tahun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2017 02:41 PM | Show all posts
ni la org cakap
cakap siang pandang-pandang
cakap malam dengar-dengar
komen ikut nafsu ke dalam la dikkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 02:50 PM | Show all posts
ini kes berat lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
PEPPERMAN replied at 20-11-2017 01:24 PM
Kejam betul dunia sekarang,
boleh terancam dengan ugutan budak 14tahun

Klu betul betul dia buat nanti kau kata polis sengal pulak....dah sah sah dia ugut tapi ignore je....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.671030 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list