CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 830|Reply: 3

[Tempatan] berak tak cebok lepas tu hidang makanan:27 premis makanan kotor di Seremban diar

  [Copy link]
Post time 20-11-2017 12:59 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan 27 premis makanan di daerah Seremban yang didapati kotor ditutup dua minggu bermula Rabu lepas.

Pengarahnya Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan susulan operasi bersepadu premis makanan bersih yang dijalankan di 59 premis makanan kategori restoran di sekitar daerah Seremban pada hari tersebut.

"Arahan penutupan itu adalah di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Sebanyak 147 notis yang boleh dikompaun di bawah Seksyen 32B akta sama dikeluarkan bernilai RM32,400.

"Seramai 42 orang pegawai kesihatan daerah terlibat dalam operasi sembilan jam itu bermula pukul 9 pagi hari berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya sehingga September lepas, sebanyak 5,675 premis makanan telah diperiksa dan 125 daripadanya diperintah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Beliau berkata, 1,527 notis Seksyen 32B Akta Makanan 1983 yang boleh dikompaun bernilai RM299,650 telah dikeluarkan kepada pemilik dan pengendali makanan atas  pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Zainudin berkata, sepanjang tahun 2016 sebanyak 6,358 premis makanan diperiksa dan 124 daripadanya diperintah tutup. - Bernama

jijiknya kapir lahnat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 01:05 PM | Show all posts
xde gambar? share lah. supaya berselera sikit mek jemah menjamah nasik thari ni menyaksikan gmbr2 resto itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 01:15 PM | Show all posts
chinta89 replied at 20-11-2017 01:05 PM
xde gambar? share lah. supaya berselera sikit mek jemah menjamah nasik thari ni menyaksikan gmbr2 re ...

pihak berkuasa ni asyik segan nak reveal senarai restoran. jilake.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 02:58 PM | Show all posts
teringat beberapa waktu dulu..jumpa taik dalam fridge..ilmu itam apekah itu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051202 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list