CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4509|Reply: 6

Bukan Cuti Sekolah Namanya Tanpa Berjalan, Jom Bawa Anak Ke 8 Taman Rekreasi Ini

[Copy link]
Post time 20-11-2017 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Cuti sekolah dah menjelang tiba ni. Anda dah ada lokasi untuk bawa keluarga mencuci mata? Tak perlu jauh-jauh, di Kuala Lumpur (KL) dan Selangor pun ada banyak taman awam untuk berjalan-jalan bersama anak-anak.


Kaki Sini menyenaraikan lapan taman awam di sekitar KL dan Selangor yang boleh anda kunjungi bersama keluarga ketika cuti sekolah nanti.




1. Taman Tasik Titiwangsa






Taman ini adalah tempat rekreasi kegemaran di KL. Banyak aktiviti air boleh dilakukan di sini seperti berkayak, waterball, pedal boat dan banyak lagi.


Serius seronok meluangkan masa bersama keluarga di Taman Tasik Titiwangsa. Anda sekeluarga boleh berkuda, berbasikal, bermain kasut roda dan banyak lagi. Anak kecil juga boleh berkejaran di taman permainan.


Alamat: 6, Lorong Titiwangsa, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




2. Taman Tasik Perdana






Taman ini juga dikenali sebagai Taman Botani Perdana. Apa saja yang best di sini?


Taman ini sesuai untuk mereka yang menggemari alam semula jadi kerana terdapat kolam ikan, taman bunga, dan ladang rusa selain menyediakan taman permainan.


Selain itu, tasik di taman ini juga menawarkan aktiviti air yang menarik. Malah, terdapat taman burung dan taman rama-rama di sekeliling taman ini yang boleh anda kunjungi.


Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




3. Taman Tasik Shah Alam






Banyak aktiviti riadah boleh dilakukan bersama keluarga di sini selain menikmati keindahan kubah Masjid Biru Shah Alam dari tasik.


Antara aktiviti boleh dilakukan termasuk pedal boat, berkanu, naik bot serta bermain di taman permainan bersama anak kecil. Yang dah besar nak naik buaian pun boleh juga, tapi nanti berebut pula dengan budak-budak.


Alamat: Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor




4. Taman KLCC






Jika anda tidak kisah dengan kesibukan kota dan dikelilingi orang ramai yang pelbagai ragam, bolehlah berkunjung ke taman yang luas ini.


Seperti biasa, taman permainan disediakan dengan pelbagai jenis permainan. Selain itu, pengunjung boleh mandi-manda di kolam disediakan.


Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur




5. Taman Rekreasi Bukit Jalil






Dikelilingi kehijauan mendamaikan, pengunjung pasti berasa segar ketika berjoging atau melakukan aktiviti bersenam di sini.


Sangat seronok beriadah sambil berswafoto di sini kerana pemandangannya menarik belaka dengan pelbagai replika  bangunan mulai dari rumah adat melayu sampailah bangunan replika kincir angin. Bolehlah nak 'acah-acah' berada di luar negara sekejap kan.


Alamat: Jalan 13/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




6. Taman Kepong Metropolitan





Antara taman rekreasi terbesar di KL, taman ini dilengkapi trek joging, trek berbasikal, taman permainan, padang bola sepak serta kawasan bersenam.


Lebih menarik, sebuah padang luas disediakan untuk pengunjung bermain layang-layang. Memang seronok bersantai di sini bersama keluarga.


Malah, anda boleh naik ke menara tinjau dan menikmati pemandangan dari atas selain menyewa basikal serta skuter untuk anak-anak bermain.


Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




7. Taman Pudu Ulu





Taman ini menyediakan sebuah kolam mandi kanak-kanak. Jangan risau, anak-anak anda selamat mandi-manda di kolam ini.


Taman yang dihiasi taman kebun menghijau ini sangat menenangkan dan kemasukannya adalah percuma.


Alamat: Jalan Pudu Hulu, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




8. Taman Lembah Kiara


Foto: Kaki Sini




Wah, sungguh cantik menghijau pemandangan di taman rekreasi ini! Sejuk mata memandang.


Selain menikmati pemandangan mendamaikan, anda boleh melakukan aktiviti santai mahupun mencabar seperti trek redah hutan.


Alamat: Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




Cuti sekolah nanti, luangkanlah masa bersama keluarga dengan beriadah. Jangan terperap sahaja di rumah, okey. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 01:46 PM | Show all posts
taman pudu ulu tu dah bertukar wajah ek? kalau tahu kaka bawa bikini berendam kt situ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:24 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-11-2017 01:46 PM
taman pudu ulu tu dah bertukar wajah ek? kalau tahu kaka bawa bikini berendam kt situ..

macamana nak berendam?
bukan dalam pun.
duduk bersila dalam kolam pun,
kepala lutut leh tersembul



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:43 PM | Show all posts
uori replied at 20-11-2017 03:24 PM
macamana nak berendam?
bukan dalam pun.
duduk bersila dalam kolam pun,

lah ye ke, baik berendam kat klcc tu dalam lagi. kt klcc tu ada tempat mandi lagi tak? haha.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 04:53 PM | Show all posts
Edited by tintin22 at 20-11-2017 05:25 PM

tmpt mandi kat klcc tu utk anak2 kecik blh la
mak pa budak tgk je
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 12:12 PM | Show all posts
wah! menarik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2017 01:52 PM | Show all posts
i suka pergi taman je. berjogging sama2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054339 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list