CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3040|Reply: 9

Jahatnya.... Gadis Dibakar Hidup-Hidup Kerana Tolak Lamaran

[Copy link]
Post time 20-11-2017 03:28 PM | Show all posts |Read mode



BANYAK betul lelaki gila. Terbaru berlaku kepada seorang gadis. Dia dibakar hingga meninggal dunia selepas menolak lamaran seorang lelaki yang juga rakan sekelasnya. Manakala ibu dan adik perempuannya kini bertarung nyawa di hospital.
Mangsa, Induja Mugam, 22, merupakan pelajar bidang kejuruteraan dari Chennai. Selama ini dia diminati oleh rakan sekelasnya, Akash, yang sebaya dengannya.

Pada satu hari, Induja berada di rumah bersama ibunya, Renuka Mugam, 44, dan adiknya, Nivedha Mugam, 21, apabila loceng pintu berbunyi.

Memandangkan hari sudah malam iaitu sekitar 9 malam, Injuja tidak membuka pintu namun Akash memanggilnya dari luar dengan alasan mahu bercakap dengannya.

Induja enggan membuka pintu pada awalnya namun akhirnya dia bersetuju, Sebaik sahaja dia membuka pintu, Akash telah mencurahkan petrol ke badannya lalu menyalakan api.

Ibu dan adiknya cuba membantu manakala Akash melarikan diri selepas itu. Mereka dikejarkan ke hospital oleh jiran namun Induja disahkan meninggal dunia.

Manakala ibu dan adiknya mengalami luka terbakar 49 dan 23 peratus.

Menurut doktor, Renuka dan Nivedha kini berada dalam keadaan kritikal. Sementara bapanya, Shan Mugam bekerja di Kanada. Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia terus menempah tiket penerbangan dan sebaik sampai, dia telah mengadakan upacara pengebumian anaknya.

Susulan itu juga, satu pasukan khas telah ditubuhkan oleh polis bagi mengesan Akash. Dia ditangkap keesokannya ketika mahu menaiki bas.

“Keluarga mangsa mendakwa Akash mencintai Induja dan telah menganggunya. Dia telah melamar gadis itu tetapi ditolak,’’ kata polis. – MYNEWSHUB.CC



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 03:47 PM | Show all posts
eeeeeeeeeeeeei Negara india ni mcm 2 hari tu rogal ni bunuh pulak.............
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:47 PM | Show all posts
tu lah banyak lagi tengok shinchan, cuba tengok filem tamil, banyak pengajaran moral value. hero kena tembak sepasukan polis pun boleh hidup sanggup bangkit dari kuburan semata mata demi cinta wechat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 04:45 PM | Show all posts
Teruk betul perangai mereka kat sana kalau tak kes rogol mesti nak membakar orang kerjanya.  Dah bertahun2 dari dulu sampai sekarang sama je kesnya terus berulang
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada 2 je negara yg pelik aku tgk mainland dgn india.. haiyooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
masa baca berita nh terbayang lak cerita tamil ganas2 sambill menjerittt...  deyyyyyyy one sule rende mune nale ama poci sambil kata merah menahan marah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2017 10:48 AM | Show all posts
Andyscenes replied at 20-11-2017 05:03 PM
Ada 2 je negara yg pelik aku tgk mainland dgn india.. haiyooo

indon jgn dilupa. kepelikang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:41 AM | Show all posts
haish... senangnya nak puaskan hati yg sakit
mental too much, yucks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2017 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 21-11-2017 10:48 AM
indon jgn dilupa. kepelikang.

Haha.  Yg tu jgn ckp la
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hisshh mcm la perempuan tu sorang kat kg tu..org india dgn pembakaran x lps
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.309109 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list