Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik kerana mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Abad ke-19 merupakan titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu kerana ketika itu Tanah Melayu mengalami perubahan politik, ekonomi dan juga sosial.
Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kemasukan ramai orang Cina, India dan juga beberapa kaum lain ke Tanah Melayu.
Menariknya, semua kaum hidup aman damai dan saling hormat-menghormati setiap pegangan agama serta adat budaya masing-masing.
Semalam, sebuah video yang dikongsikan di laman Facebook Don't Mess With Melaka telah menarik perhatian netizen. Apa yang uniknya, video tersebut memaparkan kaum Baba dan Nyonya di Melaka berbalas pantun ketika majlis perkahwinan.
Kredit video - Don't Mess With Melaka
Walaupun umum mengetahui kaum Baba dan Nyonya banyak mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian, namun rata-rata netizen merasa lebih kagum dan mendakwa ini merupakan kali pertama melihat kaum Baba dan Nyonya berbalas pantun ketika majlis perkahwinan.
|