|
Gara-gara terlalu inginkan bisep besar secara instant, seorang lelaki telah menyuntik beberapa liter minyak sintetik yang dikenali sebagai ‘synthol’.
Kirill Tereshin, 21, tidak mahu mengambil protein serta mengangkat besi kerana beranggapan ia mengambil masa yang lama untuk bisepnya kelihatan besar.
Hasil dari suntikan ‘synthol’, otot tangannya nampak pelik dan tidak sesuai dengan saiz anggota badannya yang lain.
Tak peduli tentang kesihatan diri dan juga kritikan orang ramai, Kirill tidak berhenti menyuntik synthol dan berharap akan memecahkan rekod bina badan satu hari nanti.
Ekoran dari tindakannya itu, Kirill demam dan suhu badannya cecah 40 darjah. Doktor telah memberinya amaran dan memberitahu suntikan synthol itu boleh mengakibatkan ketumbuhan minyak, ulser pada otot, jangkitan dan beberapa kesan-kesan lain.
sumber: http://pplawakinfo.blogspot.my/2 ... i-sanggup-buat.html
|
|