CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13991|Reply: 96

CT Nana balas komen Tokram "menyanyi acuh tak acuh"

  [Copy link]
Post time 20-11-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Saya sentiasa all-out'

Nana ubah tiga cara berbeza sebelum buat pilihan akhir.

Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


PENYANYI Siti Nordiana atau Nana menafikan tidak serius ketika berduet dengan Lan Kristal menyanyikan lagu Naluri Cinta di konsert minggu keempat Gegar Vaganza 4 (GV4), semalam.

Malah Nana akui sudah ‘all-out’, bukan acuh tak acuh sebagaimana dikatakan pengkritik tetap, Datuk Ramli MS.

“Saya tidak kecil hati pun, dari dulu ketika di GV2 dah terima komen begitu dan anggap sekadar gurauan.


“Saya juga tidak pernah main-main atau sambil lewa dalam setiap persembahan.

“Biarpun tidak bertanding, saya tetap beri yang terbaik. Saya sudah beri sehabis baik,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Nana, ‘key’ awal lagu itu juga ditinggikan sedikit oleh Ramli atau Tok Ram untuk disesuaikan dengan suaranya.

“Untuk nada rendah, memang saya lemah kerana bentuk suara saya tidak sebesar penyanyi asal.

“Saya mahu beri kelainan dan ubah tiga cara berbeza sebelum membuat pilihan akhir.

“Tok Ram juga tegur nyanyian saya ketika latihan akhir. Dia mahu saya lebih bertenaga dan tukar sedikit pada permulaan lagu. Jika tidak, ia kedengaran sama dengan penyanyi asal,” katanya.

Nana juga akui perlu berhati-hati dan bijak mengawal cara nyanyian supaya harmoni suaranya dan Lan tidak terganggu.

Ramli ketika ditemui selepas konsert mengharapkan Nana tampil hebat sesuai dengan gelarannya sebagai juara GV2.

"Kalau dia peserta atau bintang tersingkir awal, saya tidak akan komen begitu tapi dia bekas juara. Keunggulan dan mutu perlu ada.

"Cuba lihat bagaimana Azharina mempersembahkan lagu duetnya bersama Hazami. Dia lakukan sehabis baik.

“Sebagai juara, Nana harus memikul tanggungjawab itu dengan baik," katanya.

Kata Ramli, dia tidak marah tetapi sekadar berkongsi fakta mengenai cara nyanyian Nana yang dilihat tiada kesungguhan.

“Selepas menilai cara nyanyiannya, ada nada tidak betul. Jika Nana bimbang persembahannya tenggelamkan Lan, dia perlu lakukan persembahan dengan baik sesuai gelarannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2017 @ 6:4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 07:15 PM | Show all posts
entahlah noks.. ai dengar macam ok aje
persembahan nana memamg macam tu serba sederhana je tak extravagant over the top macam azharina.. persembahan nana lebih pada kawalan vokal yang baik.. pada pendapat ai yang buta seni ni lah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokram tu mmg.
Dr dl lg slu komen mcm2 dkt nana ketayang kita..
Kalau azharina tu melangit..huhu yEla mmg azhrna best tp xyah la komen nana cmtu..nana tu selLu all out je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokram tu mmg.
Dr dl lg slu komen mcm2 dkt nana ketayang kita..
Kalau azharina tu melangit..huhu yEla mmg azhrna best tp xyah la komen nana cmtu..nana tu selLu all out je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
X faham juri GV ni.. dgn artis2 undangan sekali kena komen.. mcm artis undangan tu pulak yg bertanding.. awkward moment sgt bila artis duet pun kena hadap juri2 lepas abes nyanyi, biasa competition lain, dah abes nyanyi blah je belakang pentas.. bongok betol produksi Gv ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 20-11-2017 11:15 AM
entahlah noks.. ai dengar macam ok aje
persembahan nana memamg macam tu serba sederhana je tak extr ...

rasanya nana tak pernah pula buat show over the top giittuh ala2 azharina.. dia kan selalu buat sesedap rasa tapi memang sedap macam chef hotel 5 bintang kekdahnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2017 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah yelah azharina jelah power tapi tetap sendu jugak. Banyak banyak peserta gv ni last last nana jugak yang mantain lain semua kembali senduuu haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa ade sikit problem nyanyian nana di awal tp overall decent performance tak overshadow Lan. And harmony pun ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
X focus sgt masa nana nyanyi dgn lan but masa afm dulu yg duet dgn amir tu mmg nampak nana x bersungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi memang azharina terbaik ahh smlm. Tenggelam hazami. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok ram ni dari dulu mmg berbulu je dgn ct Nana..  cube kalau Farahdhiya, semua ok.. bias!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg aku, Azharina over. Nana ok.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je..lan nyanyi...yg psgn duet i tk fokus sgt...tp ye azzarina over the limit....sian kak mimi..nasib jd juara gak..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah minat Azharina. Bagi meols yg buta seni ni, suara dia tu membingitkan telinga & tak feel pun kalau dgr dia nyanyi. Dah la sebutan patah-patah. Mmg turn off terus.

Better lagi Nana. Meols enjoy je dgr lagu2 dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ignore jelaa tokram tu nana oii
Stkt retis jemputan xperlu juri komen poN sbnrnyee
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:26 PM | Show all posts
CT nana tak butthurt kenapa pulak kita yg melebih. Nana boleh aje terima teguran tokram. Dia paham lah tu apa maksud tokram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
haznor replied at 20-11-2017 08:23 PM
Tak pernah minat Azharina. Bagi meols yg buta seni ni, suara dia tu membingitkan telinga & tak feel  ...

Bagi aku azharina feel nyanyi mmg best. Nampak die paham dgn lirik n emosi lagu tu. kadang2 boleh over jugak. Nana pulak terlalu straight forward nyanyian die, mmg sing along tapi pada i x terkesan la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by beruangmuda at 20-11-2017 08:39 PM

Baik nana atau azharina dua2 meols tak minat. Tapi nana lagi ada aura. Azharina membosankan! Tgk sheols di pentas terbantut selera meols. Nana skrg makin lawo. Tapi lawo lagi farahdhiya.. sayang sheols tak menyerla
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka ar Azharina.. dgn nyanyi ada slang Sabah dia tu, dgn leher berlapis, dgn dagu botox, idung oter.. kosserlahhh.. tok ram suka la tu, amik lah wat bini no 2 kalau dh suka sgt
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:06 PM | Show all posts
Elok la kalau die x overshadow Lan.
Lan tu yang bertanding. Xkn jemputan nk lebih2.
Lg pun, ok je die nyanyi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.680870 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list