View: 5326|Reply: 93
|
[Tempatan]
Pelajar Malaysia Cipta Robot Penanam Rumput Gandum Raih Pingat Emas
[Copy link]
|
|
Edited by spiderman80 at 21-11-2017 10:04 PM
PASUKAN The Green Amazing dari SJKC Jalan Davidson, Bangsar menunjukkan pingat emas pertandingan World Robot Olympiad (WRO) 2017 di Costa Rica, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, baru-baru ini. BERNAMA
SEPANG 19 Nov. – Robot penanam rumput gandum ciptaan peserta Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Robotik Dunia 2017 yang berlangsung di San Jose, Costa Rica pada 10 hingga 12 November lalu.
Robot ciptaan kumpulan The Green Amazing dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Bangsar, Kuala Lumpur itu berjaya mengalahkan peserta dari 49 negara lain dalam kategori Terbuka Sekolah Rendah.
Ketua pasukan The Green Amazing, Loh Huey Xin, 11, berkata, robot yang direka oleh kumpulannya yang dinamakan The Green Amazing itu mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan dengan kos perbelanjaan kurang daripada RM1,000.
“Robot ini berfungsi untuk menanam rumput gandum bagi haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Robot ini menitikberatkan aspek persekitaran, sosial dan juga ekonomi ketika berfungsi.
“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepada kami untuk menyiapkan robot ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini baru-baru ini.
Menurut Huey Xin, kumpulan The Green Amazing yang dibim*bing oleh gurunya, Jane Ng Ai Vern itu turut diwakili oleh Chloe Mak Yu Ying, 10 dan Tan Ji Tao, 11.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan, Rozainum Ahmad berkata, selain emas, Malaysia juga berjaya membawa pulang dua pingat perak melalui pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua, Miri, Sarawak.
“Pingat perak kontinjen Malaysia diraih menerusi kategori Regular Menengah Bawah dan Regular Menengah Atas. Kejayaan merangkul satu emas dan dua perak itu membolehkan Malaysia dinobatkan sebagai naib juara keseluruhan.
“Kejayaan ini cukup bermakna buat negara selepas para peserta mempamerkan kemahiran yang luar biasa dalam rekaan masing-masing. Kejayaan ini juga hasil sokongan dan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, swasta dan juga ibu bapa,” katanya.
Selain itu katanya, kejayaan berkenaan juga mencerminkan komitmen kementerian dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) de*ngan kerjasama erat pihak swasta untuk melahirkan generasi yang mampu bersaing di peringkat global.
“Semua robot yang dipertan*dingkan pada tahun ini direka khusus mengikut tema ‘robot untuk kelestarian’. Robot yang dibina perlu berkonsepkan untuk menjaga bumi dan membuat perubahan positif sambil menitikberatkan kepada persekitaran,” katanya.
sumber: http://www.utusan.com.my/berita/wila...#ixzz4yxKYsfH7
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Good job |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu dia yg hebat ni
klu bdk2 apala dorg tau sgt
serupa cm kes sekolah menengah kt mexico dlu, menang buat drone laut, sampai kalahkn sekolah terkenal . padahal sekolah tak ternama, tapi cikgu yg pimpin tu bekas engineer.mmgla
dibuatnya cikgu kemahiran hidup aja yg pimpin, mmg lingkupla projek. |
|
|
|
|
|
|
|
berita berikut lebih "HEBAT" ....:
"pelajar meLAYU darjah lima didapati positif syabu....."
"padan muka AKU".... |
|
|
|
|
|
|
|
pelajar melayu positif syabu ..... tak tau lah nak salahkan sapa lagi ...budak2 lg tu ..mmg respek kt cikgu dia ...dah la mantap ...aumm |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats dekkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm anak buah I, sign up for Creative Minds classes buat robot. Sbb tu I percaya je kalau bdk2 baya2 diorg blh invent something... |
|
|
|
|
|
|
|
...sehingga kini belum ada lg sapa2 kt planet bumi ni yg mampu mencipta alat tuk mengesan di mana mh370.....harap ada yg mampu melakukan nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tengokkan wajah dorg ni teringat ank2 murid genius me..
Me yakin je budak2 ni yg buat sendiri..
Tahniahhh |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 20-11-2017 09:39 PM
cikgu dia yg hebat ni
klu bdk2 apala dorg tau sgt
Walau cikgu bimbing, bebudak tu yang kena present sendiri idea/ciptaan depa kat judges. Markah oral presentation lain lagik dari markah end produk. Jadi kena bagi kredit kat bebudak yang gigih berlatih jua, bukan takat cikgu jah. |
|
|
|
|
|
|
|
Key word: SJKC
Ketuanan rasa tertekan |
|
|
|
|
|
|
|
sjks punya berita, tu yg dot smbutan achik perasan urban walau.... |
|
|
|
|
|
|
|
@pyropura tak ada manuskrip kuno yang membuktikan malon cipta robot ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pittjie at 21-11-2017 08:38 AM
err ... sekolah ni kat bangsar ke? Setahu aku SJK(C) Jalan Davidson tu depan Stadium Merdeka. Area tu masuk kawasan bangsar ke uols? Tak kan? My bff penah ngajar sinun.
eh sorry ... opposite stadium negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
yang dipelemkan tu ke bat? dia org budak high school ... masuk contest lawan budak2 U.
|
|
|
|
|
|
|
|
byk jer pelajar2 melayu cipta dari sek kebangsaan dpt anugerah mcm ni....sepatutnya kena bangga kerana mereka harumkan nama negara walaupun dari SKJC..janji bukan dari negara manuskrip kuno |
|
|
|
|
|
|
|
hebat dak2 cina ne.. baru2 ne g konvo pun, semua yg dapat first class pelajar cina sahaja.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|