CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9084|Reply: 108

[Dunia] Pemuda Thailand jalani pembedahan palstik 'bertukar' seperti wajah model Korea,

[Copy link]
Post time 21-11-2017 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-11-2017 03:05 AM

Ibu Tak Kenal Anak 'Bertukar' Jadi Model Korea

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/11/21/ibu-tak-kenal-anak-bedah-plastik/

Diterbitkan: Selasa, 21 November 2017 9:40 AM

-foto Let Me In Thailand

SEORANG pekerja kilang dari Thailand mengejutkan ibunya dengan melakukan transformasi penuh selepas menjalani siri pembedahan plastik dalam program 'Let Me In Thailand', sebuah rancangan TV popular di Korea, edisi negara itu.

Noppajit Monlin, 22 tahun, sentiasa ingin mengubah wajah dan penampilannya, kerana rahangnya yang senget menyebabkan dia tidak dapat mengunyah dengan sempurna.

Malu dengan kekurangan dirinya, Monlin sering mengasingkan diri daripada rakan sekerjanya dan selalu makan sendirian pada waktu rehat.

-foto Let Me In Thailand

Dalam program bersiri 'makeover' musim ketiga yang disiarkan pada Ahad, Monlin dipilih untuk menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan.

Dalam usaha mendapatkan wajah yang dikehendaki, lelaki Thai itu menjalani pembedahan rahang, dahi dan kelopak mata.

Program itu juga menyaksikan dia diberikan suntikan botox kelenjar air liur, satu prosedur yang digunakan untuk memperbaiki lelehan yang berlebihan serta rawatan kulit untuk menghilangkan kecacatannya.



Selepas semua proses itu selesai, Monlin berjaya menjadi seorang lelaki baharu, dengan fizikalnya sama sekali berbeza dengan dirinya yang lama.

Selesai menjalani proses pemulihan selama tiga bulan, Monlin dijadualkan untuk bertemu ibunya untuk kali pertama di restoran kegemaran mereka.




Malangnya, ibunya tidak mengenali Monlin walaupun anak kandungnya itu berada dekat dengan mejanya.

"Saya sangat merinduinya, ini bukan lakonan," kata ibu Monlin sebelum menangis  di depan kamera menceritakan tentang anaknya.

Ketika Monlin bangun dan berjalan ke arah ibunya, wanita itu mula menagis teresak-esak apabila Monlin memperkenalkan dirinya yang baharu.

"Ibu masih ingat saya? Pandanglah saya," kata Monlin.

"Kamukah ini? Betulkah ini kamu?," tanya ibunya.



Jika anda melihat gambar sebelum dan selepas pembedahan, anda dapat memahami mengapa ibunya sukar mempercayai apa yang berlaku sehinggalah dia terpaksa mencari parut di tangan Monlin untuk mendapatkan pengesahan.

Dalam temubual program itu, Monlin berkata hidupnya telah berubah sepenuhnya terutama dalam suasana sosial.

"Ramai melihat saya sebagai individu yang berbeza. Saya rasa lebih baik. Sebelum ini, orang lihat wajah saya tak normal dan masyarakat tidak menerima saya, kini saya mempunyai lebih ramai kawan," katanya.




Walaupun kelihatan seperti seorang model Korea yang bergaya, Monlin berkata dia masih orang yang sama dan hatinya masih milik Tob, seorang wanita transgender yang ditemui di Facebook dan menjalinkan hubungan dengannya selama tiga tahun.

"Saya menjaganya, tetapi saya tidak takut dia tinggalkan saya. Kami percayai satu sama lain sejak awal perkenalan," kata Tob, 26, dalam program itu.



Tob berkata Monlin segera meminta nombor telefonnya, lima minit selepas mereka mula berhubung di Facebook. Tiga minggu kemudian, mereka tinggal bersama.

"Dia menjaga saya. Walaupun dia bukan seorang wanita sejati, tetapi dia sebenarnya hampir sama. Wanita ini adalah yang terbaik untuk saya," kata Monlin.

"Walaupun saya mempunyai kehidupan baru sekarang, hati saya tetap sama," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2017 11:01 AM | Show all posts
wahhhh..interesting
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
If pembedahan plastik mampo beri kualiti hidup yang lebih baik untuk umat manusia, why not?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:06 AM | Show all posts
Macam bapok je rupa
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:08 AM | Show all posts
kekasih transgender dia tu nampak lagi hensem n manly dari dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh tak pe ke muka tak sama mcm dlm pasport bila balik thailand tu? Lain la kalu renew pasport nnti amek gmbar muka baru.
Lgi satu tak ade nye org nak hina ejek2 sbb dagu senget sampai mkn sorg2. Nak2 umo da belia mcm ni.
Org nak ejek2 sbb ade makwe bapok tu logik jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2017 11:15 AM | Show all posts
yang paling sweet kekasih transgendernya yang boleh bertahan dengan dia 3 tahun walaupun muka pecah rumah sebegitu dengan air liur meleleh.

tak mudah nak cari orang sebaik transgender tu walaupun golongan begini sentiasa dihencap ummah holier than thou...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:16 AM | Show all posts
cis aqua jugak dia pilih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2017 11:18 AM | Show all posts
Makan hati ler orang2 yang megutuk masa muka dia buruk dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:19 AM | Show all posts
Bagus partner heols terima je Monlin ni seadanya dulu. Harus ramai jealous dengan heols sekarang ada bf handsome.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:41 AM | Show all posts
wonder nape artis malaysia ubah muka tak lawa macam artis korea..

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya aku tgk makan sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:06 PM | Show all posts
dah jd helok sikit muka pecah tu, still nk menguyit.. phuiii kotornya
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Handsome wajah baru dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 21-11-2017 11:13 AM
Eh tak pe ke muka tak sama mcm dlm pasport bila balik thailand tu? Lain la kalu renew pasport nnti a ...

Hahaa betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah khuens... Jaw dia senget.
Bila dah betulkan nampak besar transformasi dia.

Bab Paras Rupa ponen tu mak teh pilih untuk berdiam diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2017 12:12 PM | Show all posts
honeybucuk replied at 21-11-2017 11:41 AM
wonder nape artis malaysia ubah muka tak lawa macam artis korea..

kan... ujung2 jd mcm mak lampir... nenek kebayan.... dagu runcing
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Npe bapok jugak yg ko pilih dikk
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap2 ari mesti ada benang baru pasal geng kunyit...konon nampak sedih makan tepi longkang
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hasil kerja korean plastic surgeons mmg menakjubkan...apasal la mek semah tu tak pegi dptkan khidmat diorg...kalau tgk muka mek semah skrg mcm hasil kerja surgeon cap ayam je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.067945 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list