|
Kebanyakan sekolah pada dasarnya sama. Ada bas sekolah, bilik darjah, sesi pengajaran dan pembelajaran, dan kantin.
Namun, memetik Bright Side, terdapat beberapa sekolah di dunia ini yang mungkin anda tak pernah terfikir akan kewujudannya. Jom tengok sekolah apa yang pelik sangat tu!
1. Sekolah Renang Filipina
Tak seperti sekolah renang lain, di sini anda akan diajar cara untuk berenang seperti Ariel atau Poseidon sejati! Bolehlah nak acah-acah jadi putera dan puteri duyung kan?
Kalau anda sukakan keindahan dongeng kehidupan laut tapi takutkan air, anda boleh 'berubah' menjadi duyung selama 30 minit untuk sesi fotografi.
Foto: Philippine Mermaid Swimming Academy
2. Sekolah Zoo San Antonio - Amerika Syarikat (AS)
Matlamat sekolah ini adalah untuk mengajar kanak-kanak melindungi dan menghargai alam semula jadi.
Selain sesi pembelajaran, kanak-kanak akan menghabiskan sekurang-kurangnya setengah hari di sini untuk bermain dan mengenali dunia haiwan.
3. River Plate - Buenos Aires
Foto: Flickr
Di Argentina, terdapat sebuah sekolah di salah satu stadium bola sepak paling popular di negara itu. Biasanya, sesi pembelajaran dilakukan ketika perlawanan berlangsung dan kanak-kanak boleh menonton melalui tingkap.
Uisy, mesti susah nak tumpu perhatian pada pelajaran!
4. 'Tadika Hutan' - Eropah
Lupakan bilik darjah yang membosankan, sebaliknya di prasekolah ini kanak-kanak akan bermain di persekitaran semula jadi.
Jangan sangka mereka hanya bermain sahaja sehari suntuk. Walaupun banyak meluangkan masa dalam persekitaran luaran yang hijau, mereka akan diajar mata pelajaran seni, komunikasi serta matematik. Menarik, bukan?
5. Kolej 'Perkhidmatan Pengebumian' Gupton-Jones - Atlanta
Mesti anda pelik dengan kewujudan sekolah ini, kan? Di sini, penuntut diajar segala kemahiran praktikal diperlukan dan etika ketika menguruskan kematian.
6. Sekolah Penjinak Ular - India
Foto: Flickr
Suku kaum Vadi di India mengajar anak mereka menjadi penjinak ular seawal usia dua tahun.
Budak perempuan diajar cara bermain dan menjaga ular, sementara budak lelaki diajar untuk menjinakkan ular.
7. Sekolah Mencari Jodoh - Jepun
Foto: Flickr
Memandangkan tahap kerjaya yang melampau serta perkembangan dan penggunaan laman sosial mencari jodoh yang tinggi menyukarkan wanita bertemu jodoh mereka, Jepun menyediakan sekolah ini untuk mengajar penuntutnya macam mana nak mencari suami dan memulakan keluarga.
8. Sekolah Santa Claus - Michigan
Nak jadi macam Santa Claus yang menghiburkan kanak-kanak di seluruh dunia? Sekolah Charles W. Howard Santa Claus merupakan sekolah tertua ditubuhkan pada 1937. Ia juga dikenali sebagai Harvard untuk Santa.
Sekolah ini sangat sesuai untuk anda belajar bertutur, tersenyum, ketawa, berpakaian serta berkelakuan seperti seorang Santa Claus sejati!
Foto: Santa Claus School
Jadi, sekolah mana yang paling anda suka? Ada tak antara sekolah berikut yang buat anda terasa nak sertai mereka? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|