CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 9

[Jenayah] jual agama lagi, 35 bakal haji VIP diperdaya

  [Copy link]
Post time 22-11-2017 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Seramai 35 bakal haji berstatus orang kenamaan (VIP) termasuk Datuk dan Datin mengalami kerugian RM1.6 juta didakwa akibat ditipu oleh Syarikat Haji Harun Seh Umrah & Tours Sdn. Bhd. yang kononnya menyediakan perkhidmatan pakej Haji VIP ke Mekah, Arab Saudi pada Ogos lalu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kesemua mereka telah membelanjakan antara RM50,000 hingga RM200,000 untuk mendapatkan perkhidmatan syarikat itu yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

“Siasatan kami mendapati syarikat itu tidak mempunyai Lesen Khas Pengurusan Umrah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta tiada kelulusan Pengelola Jemaah Haji,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat PPIM, Kuala Lumpur semalam.

Nadzim juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu mekanisme kawalan haji dan umrah bagi mengelakkan penipuan seperti itu berulang lagi.

Sementara itu, seorang mangsa, Datin Seri Norlin Ismail, 44, berkata, beliau dan suaminya turut terpedaya dengan janji syarikat tersebut yang mahu membawa mereka mengerjakan haji ke Mekah.

Bagaimanapun, katanya, mereka gagal menunaikan haji apabila syarikat itu hanya membelikan tiket penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu tetapi tiada sambungan penerbangan ke Jeddah.

Menurutnya, beliau sudah membayar wang sebanyak RM55,000 manakala suaminya yang bergelar Datuk enggan membuat bayaran selagi tidak mendapat visa dan tiket penerbangan.

“Kami turut cuba mendapatkan penjelasan daripada syarikat itu melalui telefon tetapi pemiliknya enggan memberi sebarang maklum balas,” dakwa wanita berkenaan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ini. Kuar tibi tiga semalam.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 08:28 AM | Show all posts
bijak datuk tu...tapi bininya pulak kureng bijak
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Datuk tu pandai, tpi nape x nasihat bini? Atau bini derhaka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak simpati sangat klu orang yang sepatutnya bijak kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak simpati sangat klu orang yang sepatutnya bijak kena tipu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2017 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Business agama ni paling best... cas ikut suka pun boleh.... untuk Allah kan x kan nak berkira....

Kalau screw up kata ja ujian...

Mudah kan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 01:34 PM | Show all posts
nak pergi haji pun kena tipu..

xrasa berdosa ke makan duit hasil tipu org ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2017 01:41 PM | Show all posts
lolita737 replied at 22-11-2017 01:34 PM
nak pergi haji pun kena tipu..

xrasa berdosa ke makan duit hasil tipu org ni..

apa itu dosa?

wag lagi penting hokay
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.232045 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list