CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6612|Reply: 65

[Dunia] Ibu Bapa Terkejut Banyak Organ Dalaman Anak 'Lesap'

  [Copy link]
Post time 22-11-2017 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Ibu Bapa Terkejut Banyak Organ Dalaman Anak 'Lesap'

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/11/22/organ-dalaman-hilang/

Diterbitkan: Rabu, 22 November 2017 9:11 AM

Pichet (kiri) dan Sukanya Tanyakan menunjukkan sijil kematian anak lelaki mereka. -fotoCoconuts

SEORANG pelajar Sekolah Persediaan Akademik Angkatan Tentera ditemui mati dengan beberapa organ dalamannya hilang dan ibu bapanya kini menuntut penjelasan pihak sekolah.

Pakapong Tagang, 18, meninggal dunia pada 17 Oktober. Dia adalah pelajar tahun pertama di sekolah berprestij tersebut.

Ibu bapanya, Pichet dan Sukanya Tanyakan, memberitahu media pada Isnin bahawa mereka tidak diberi butiran lain mengenai kematian anak mereka.


Paparan skrin dari Amarin TV menunjukkan Pakapong Tagang (tengah) bersama ibu bapanya.

Sijil kematian yang dikemukakan kepada pasangan itu, yang merupakan pelumba profesional nampak mencurigakan dan hanya menyatakan bahawa pelajar berkenaan mati akibat serangan jantung.

Disebabkan timbul rasa curiga, pasangan tersebut melakukan autopsi secara rahsia di Chonburi selepas mayat anak mereka dibebaskan untuk upacara pengebumian.

Walaupun upacara tersebut dijadualkan pada 24 Oktober, pasangan itu membawa keluar mayat anaknya ke hospital tanpa diketahui sesiapa, dengan peti mati mayat dibiarkan kosong di kuil.


Autopsi mendedahkan bahawa jantung, perut, pundi kencing dan otak pelajar lelaki itu hilang dan tengkoraknya disumbat dengan kertas tisu.

Tulang rusuknya juga patah, begitu juga dua tulang leher dan terdapat lebam dalaman di perut dan belakangnya.

Doktor berkata kesan lebam dan tulang rusuk yang patah tidak mungkin berlaku semasa CPR dilakukan tetapi mungkin dipukul sebelum kematiannya.

Ibu bapa mangsa menuntut jawapan mengenai apa yang berlaku kepada anak mereka dan meminta organ-organ yang hilang dikembalikan.

Mereka memberitahu media bahawa anak memberitahu disebabkan disiplinnya teruk di sekolah, dia telah dihukum begitu teruk. -coconuts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
hahahahahaha sukanya tanyakan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
btw, teringat filem thai yg dok  bunuh pelajar, guna organ dalaman nak tingkatkan sihir..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Astagaaaa dah kenapa sampai begitu sekali kejadian tubuh heol! Didera sampai mati, ok, boleh terima, tapi yang gigih sampai organ dalaman dikorek dikeluarkan tu hapa kes??!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:13 AM | Show all posts
samasam90 replied at 22-11-2017 10:07 AM
hahahahahaha sukanya tanyakan

klu thai sebutan nya...

Su-kan-ya Tan-ya-kan...

klu kita baca su-ka-nya ta-nya-kan...

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:18 AM | Show all posts
dah mati baru kena curi organnya
atau
dibunuh untuk dapatkan organnya?
atau
alang alang dah bunuh sampai mati, baik curi organnya
atau
budak ni nampak sihat je, kita ambil organnya tanpa niat nak bunuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Krg hajo betul buat ank org camtu
Siap buat duit dgn organ dalaman dia
Sedihnya aku kalau org buat kat kita camni

Sukanya Tanyakan tu nampak muda plak yg pic peluk ank tu...cam kakak dgn adik je
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:26 AM | Show all posts
Semoga si mati mendapat keadilan suatu hari nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Zalim..harap keluarga si mati dapat pembelaan yg adil utk kes anaknya ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:32 AM | Show all posts
Boleh pulak letak tisu dalam tengkorak si mangsa. Kot ye pun disiplin teruk, tak kan sampai macam ni sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:32 AM | Show all posts
Betul tu harap kebenaran terbongkar juga akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:38 AM | Show all posts
apa ke gila org skg ni. mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:42 AM | Show all posts
Sukanya Tanyakan


maafkan iols. terbaca Suka Tanya..

dh kenapa plk organ hilang.. ke curi then jual secara syp2?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:47 AM | Show all posts
organ2 tu diambik lepas dia mati kut. sekolah tu mesti hantar mayat budak tu kat hospital dulu kan tuk buat post mortem. bukan pihak sekolah bagi terus mayat tu kat parents dia org. dan parents dia sbb curiga .. bawak mayat anak dia ke hospital lain secara curi2 .. tuk buat another post mortem. jadi ..  ni antara pihak sekolah dan hospital yang pertama la kena jawab persoalan parents tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:48 AM | Show all posts
samasam90 replied at 22-11-2017 10:07 AM
hahahahahaha sukanya tanyakan

Sebutannya Su-kan-ya Tan-ya-kan

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:52 AM | Show all posts
#JusticeForPakapong  .......................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 10:53 AM | Show all posts
chazey replied at 22-11-2017 10:12 AM
Astagaaaa dah kenapa sampai begitu sekali kejadian tubuh heol! Didera sampai mati, ok, boleh terima, ...

bedah siasat kot sis...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Parents dia ni pun kena la check kot2 anak dia prnh buat ikrar derma organ
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Amek organ dalaman untuk tutup bukti dia dibunuh. pendarahan dalam otak dan lain2
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:02 AM | Show all posts
ke anak dia ada sign nak derma organ?
apa pun, harap mereka dapat tuntut keadilan atas kematian anak mereka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.079483 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list