CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1071|Reply: 9

[Tempatan] Tiada cadangan wujudkan monorel

  [Copy link]
Post time 22-11-2017 03:22 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan monorel di Kota Kinabalu tetapi masih berusaha mengatasi masalah kesesakan trafik di bandar raya itu.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata antara usaha yang dilakukan termasuk mewujudkan sistem Bas Rapid Transit (BRT).

"BRT yang dicadangkan ini akan menggunakan laluan khas dan dilaksanakan menerusi konsep 'Public Private Partnership' (PPP) dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM2 bilion.

"Projek ini membabitkan dua fasa dengan jajaran sepanjang 44 kilometer. Fasa 1 iaitu laluan pertama Kepayan-Kota Kinabalu-Inanam sejauh 15 kilometer akan dilaksanakan dahulu dengan kos RM1 bilion," katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Hiew King Cheu (BN-Luyang), sama ada kerajaan akan membina monorel Kota Kinabalu untuk mengurangkan kesesakan trafik dan menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur, berkata pihaknya juga sentiasa bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mencari kaedah terbaik mengatasi masalah tempat letak kereta di Bandaraya Kota Kinabalu.

Sementara itu, Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marahaban, berkata jumlah aset Saham Sabah Berhad (SAS) setakat 6 November sebanyak RM465.90 juta dengan nilai pasaran pada RM0.3815.

"Susulan krisis kewangan Asia yang bermula pada Julai 1997, saham Bursa Malaysia di Kuala Lumpur kehilangan separuh nilainya, SAS tidak terkecuali daripada impak krisis kewangan itu.

"Pada 1999, strategi penyusunan semula portfolio yang membabitkan penyekatan kerugian dibuat dengan mengurangkan pegangan saham syarikat yang prospek perniagaan yang terjejas oleh kemerosotan ekonomi akibat krisis kewangan itu.

"Strategi itu diambil kerana menyedari kesan krisis itu mengambil masa untuk pulih," katanya menjawab soalan Datuk Wilfred Bumburing (Parti Cinta Sabah-Tamparuli), mengenai jumlah aset SAS terkini serta nilai unit pasaran saham.

Katanya, sejak 2008, selepas pelaksanaan Skim Penambahbaikan Nilai Aset Bersih Kerajaan Negeri, sejumlah RM305.97 juta atau RM0.2485 seunit agihan pendapatan diisytiharkan.

"Jika diambil kira sejak 1994, sejumlah RM577.03 juta atau RM0.8517 seunit agihan pendapatan dibayar," katanya.

Menjawab soalan tambahan Wilfred, mengenai rancangan SAS untuk meningkatkan saham itu, sama ada menyarankan penyertaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melabur, Ramlee berkata, saranan wakil rakyat itu agar GLC seperti Sawit Kinabalu melabur dalam SAS diyakini mampu membantu melonjakkan nilai saham.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
masalah stesen bas pun belum selesai, gegeh nak buat bas rapid.. nak kayakan kroni ke acahne ne?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 03:35 PM | Show all posts
aku cakap buat tram dalam bandar....utk masuk KK buat monorel.....betul.... selesai masalah... gua cakap lu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 03:38 PM | Show all posts
jahanamlah kalu buat monorel sbb org sabah peghak2
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat je monorel  sabah kaya kot. buat petisyen dalam fb utk rakyat sabah yg ddk kk sape nak monorel  confirm org sabah nak punya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 04:01 PM | Show all posts
fuyo............. monorel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2017 04:29 PM | Show all posts
nak buat monorel acah acah mcm ****%*&*% melaka lupakan lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:07 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 22-11-2017 04:29 PM
nak buat monorel acah acah mcm ****%*&*% melaka lupakan lah

LRT dahla. Monorail bagai kenapa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuyoo nak buat monorel bagai?? Tak boleh! tak banyak melayu, wat pe.. asyik asyik indon pinoy je naik mono tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 03:24 PM | Show all posts
nak merasa jalan atas rail ker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066239 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list