CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5306|Reply: 71

[Tempatan] CONFIRM: esok tiada pengumuman calon 6A UPSR, tiada apa2 majlis

  [Copy link]
Post time 22-11-2017 06:27 PM | Show all posts |Read mode
PELAPORAN Pentaksiran Sekolah Rendah yang akan diumumkan Khamis ini, bukan berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata, sebaliknya turut membabitkan tiga komponen lain dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Berbeza berbanding tahun sebelum ini, keputusan UPSR 2017 akan mengambil kira pentaksiran bilik darjah (PBD); pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (PPsi).

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, pelaporan itu tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruhan.

"Setiap murid adalah unik, kita cuba untuk 'memanusiakan' murid hingga mencapai tahap penguasaan yang minimum, jadi sudah tiba masanya untuk kita supaya tidak lagi menumpukan kepada kecemerlangan murid berdasarkan keputusan akademik, tetapi pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.

"Selain akademik, perkara lebih penting adalah pembangunan karektor, kemenjadian murid dan menyediakan persekitaran pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang menyeronokkan," katanya pada sesi taklimat kepada media berhubung pengumuman keputusan UPSR 2017 di Putrajaya, hari ini.

Amin berkata, kementerian percaya pembelajaran yang menyeronokkan juga membolehkan guru mengajar dalam keadaan tanpa tekanan, sekali gus mampu melahirkan murid lebih cemerlang.

Menurutnya, pada hari keputusan diumumkan guru akan memberi penerangan lanjut berhubung pencapaian anak mereka dalam akademik dan pentaksiran yang dilakukan sepanjang enam tahun di peringkat sekolah rendah.

Menerusi PBD, pentaksiran dilaksanakan semasa PdP dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.

Tujuan pentaksiran dibuat untuk pembelajaran, sebagai pembelajaran dan mengenai pembelajaran menggunakan pelbagai jenis instrumen.

Sementara, melalui PAJSK murid ditaksir melalui SEGAK- Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan; Indeks Jisim Badan (BMI)- bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan; Sukan-penyertaan sukan dan pencapaian sukan di sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

Murid juga ditaksir dalam Kokurikulum- penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform dalam persatuan, unit beruniform di peringkat sekolah, negeri, negara dan antarabangsa, manakala ekstrakurikulum- penyertaan secara sukarela dalam dan luar negara di sekolah serta di dalam dan luar negara.

Menerusi pentaksiran PPsi dibuat untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati untuk murid arus perdana, manakala Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas untuk mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi parents kena pergi ke?  ikutkan hati nak pergi... tapi kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.bagi aku ok je kalau ada majlis penghargaan utk students yg telah berusaha bersungguh sungguh dptkn stret As.Ia juga boleh jadi dorongan utk adik2 darjah 5,4 utk turut cemerlang dlm akademik di thn2 hadapan.
Bukan senang nak dpt stret As utk UPSR sekarang ni.bukan mcm zaman kita dulu2..berderet satu kelas semua A..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahala ...parents kena g ke?? Aku pun keje .. yg nak cutinya jumaat sbb ada graduation day katanya ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 06:45 PM | Show all posts
Aku suka SEGAK tu, kalau stunted growth, sekolah akan supply vitamin ke mcmne..bende2 mcm ni bagus untuk monitor pertumbuhan anak2, normal ke x. ketinggian normal perempuan adalah 148 cm xsilap, rendah pada tu, xnormal.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah esok kena gi skolah ank sign report card cam exam biasa.
Bagus jg buat camni
Kurang skit tekanan kat budak2 & parents
Anak aku biasa2 je
So result pun aku rasa biasa2 je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2017 07:12 PM | Show all posts
pumpkingirl replied at 22-11-2017 06:40 PM
Kesian.bagi aku ok je kalau ada majlis penghargaan utk students yg telah berusaha bersungguh sungguh ...

masalahnya klu anak tk dapat 5A, cth 1A je malu budak tu..nama dipanggil dan diumum depan orang dpt berapa A.nk bgtau pun bgtau family je la
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 07:26 PM | Show all posts
rasanya hari ni dah start anugerah cemerlang kat sesetengah sekolah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara lain ada ke majlis anugerah pelajar2 cemerlang yg dirai gilang gemilang mcm di Malaysia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 07:41 PM | Show all posts
esok pagi lepas subuh  cikgu incharge pergi ppd ambil result. kepada yang dpt 6A tahniah anda berusaha anda berjaya





































kepada dapat 2A tahniah kita geng
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 22-11-2017 06:45 PM
Aku suka SEGAK tu, kalau stunted growth, sekolah akan supply vitamin ke mcmne..bende2 mcm ni bagus u ...

sekolah anak saya bagi vitamin utk minda dan otak anak2 utk murid tahun 6 (salah satu persediaan UPSR).
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 07:43 PM | Show all posts
hancur la harapan parent nak bergambar atas pentas dgn anak sambil pegang kertas bertag 6A sebesar alam. Hancur la harapan parent sejak awal tahun dulu nak up kat segala medsoc. Kan? Kan? Kan?

Sesia la parent karang skrip ucapan2 penghargaan panjang berjela2 nak letak kt FB tuuuu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cintalara replied at 22-11-2017 07:43 PM
hancur la harapan parent nak bergambar atas pentas dgn anak sambil pegang kertas bertag 6A sebesar a ...

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 08:10 PM | Show all posts
sekarang ni darjah satu cemerlang pon dpt sijil, piala, pingat bagai..
aku dulu sek. rendah takdek sijil.. pelajar cemerlang dpt buku tak pon kotak pensel ngan pensel jek..
pastu hari sukan rendah takdek piala2 ni.. pingat pon ilek..
rumah yg menang dpt satu stack buku tulih..  bagi sama banyak kat tiap2 ahli rumah
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Meroyan lah acik acik kepam pemikiran kuno
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah semua murid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 22-11-2017 08:10 PM
sekarang ni darjah satu cemerlang pon dpt sijil, piala, pingat bagai..
aku dulu sek. rendah takdek  ...

Diorang ikut sekolah kokesen kot sekarang. Sekolah kokesen mereka akan bagi anugerah dalam segala benda untuk encourage dan bina jati diri bebudak
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 09:05 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-11-2017 07:41 PM
esok pagi lepas subuh  cikgu incharge pergi ppd ambil result. kepada yang dpt 6A tahniah anda berus ...

2A je ko?sedehnnyaa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 09:56 PM | Show all posts
esok umum
msti payah nk tido mak pak budak nk amik result esok

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni sekolah anak pun tak buat pencapaian prestasi cemerlang. Bagi anugerah utk top three students setiap kelas je. Ingatkan ada rezeki anak dapat pencapaian prestasi sebab dari nombor 73 dalam darjah dia jump nombor 6. Takpelah cuba lagi tahun depan. Adalah hikmahnya tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.417576 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list