CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1442|Reply: 10

[Tempatan] Pelajar sekolah Semenanjung lebih ramai tercicir daripada Sabah, Sarawak

  [Copy link]
Post time 22-11-2017 06:29 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Peratus keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah di Semenanjung Malaysia lebih tinggi berbanding Sabah, Sarawak dan Labuan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan mendedahkan kadar keciciran murid sekolah rendah di Semenanjung Malaysia direkodkan antara 0.26 hingga 0.74 peratus bagi 2014 hingga 2016.

Sementara kadar keciciran di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah antara 0.05 hingga 0.10 peratus.
Untuk tempoh sama bagi sekolah menengah pula, purata 1.09 hingga 3.59 peratus pelajar di Semenanjung Malaysia tecicir.

Bagaimanapun, Sabah, Sarawak dan Labuan mencatatkan keciciran murid antara 0.41 hingga 1.18 peratus.

Tegas Kamalanathan, kementeriannya kini memberi tumpuan terhadap peningkatan akses daripada peringkat prasekolah hingga menengah dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Melalui inisiatif itu, beliau berkata, pihaknya menyediakan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko bagi membendung masalah keciciran murid.

"Satu modul intervensi juga disediakan sebagai panduan kepada guru untuk menjalankan program intervensi bagi murid berisiko cicir, agar mereka kekal bersekolah sehingga tamat Tingkatan Lima.

"Garis panduan dan modul intervensi murid berisiko cicir itu sedang dirintis di tiga negeri, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kedah sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada 2018," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) yang meminta Kementerian Pendidikan menyatakan jumlah pelajar-pelajar yang keciciran daripada sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mengikut negeri bagi 3 tahun terakhir serta langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut yang telah diambil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mak bapak org semenanjung mencokik dadah.....mana lah anak anak tak tercicir...

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 06:50 PM | Show all posts
lebih ramai nak jd tokei kosmetik la. la ni viral umur 18 dh kawen dan kaya tu, lg la depa terinspired
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 22-11-2017 06:44 PM
Dah mak bapak org semenanjung mencokik dadah.....mana lah anak anak tak tercicir...

Mak bapak orang sabah sarawak pun sama jugak la bodoh. Siap rogol cucu sendiri pulak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
KUCHING: Kedudukan Sarawak di ranking ke-13 berdasarkan purata kelulusan keseluruhan pelajar dalam peperiksaan awam adalah sesuatu yang membimbangkan kerajaan negeri, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

Beliau berkata ranking ke-13 itu perlu segera diperbaiki agar Sarawak tidak terus ketinggalan dalam bidang pendidikan berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya apa yang lebih merisaukan ialah purata kelulusan yang sangat rendah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, iaitu hanya 23 peratus berbanding sasaran kebangsaan sebanyak 60 peratus.

"Kita berharap untuk memperbaiki ranking kita untuk sekurang-kurangnya berada di kedudukan kesepuluh," katanya pada sidang media selepas mengadakan dialog bersama-sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak mengenai cadangan penyatuan sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan enrolmen yang rendah di sini, hari ini.

Katanya, usaha untuk memperbaiki pencapaian kelulusan dalam kalangan pelajar Sarawak terutama dalam mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat perlu bagi membolehkan pelajar dari negeri ini bersaing dengan pelajar dari negeri lain di peringkat universiti.

Menurut Manyin, antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada kemerosotan itu termasuk kemudahan infrastruktur pendidikan yang daif, kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran, kekurangan guru pakar untuk mata pelajaran khusus serta suasana pembelajaran yang kurang kompetitif.

Sehubungan itu, katanya perjumpaan beliau bersama ADUN Barisan Nasional hari ini adalah untuk membincangkan cara bagaimana untuk mengatasi masalah berkenaan sehingga menyebabkan kemerosotan prestasi pelajar.

"Perbincangan kita pada hari ini lebih menjurus kepada usaha untuk menyatukan sekolah-sekolah yang enrolmen pelajarnya rendah kerana dengan cara begini barulah kita dapat meminta supaya Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran menyediakan infrastruktur pendidikan yang lebih baik, sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi serta membekalkan tenaga pengajar yang pakar atau khusus untuk mata pelajaran tertentu seperti Sains dan Matematik," katanya.

Menurut Manyin. di Sarawak kini terdapat 1,454 buah sekolah, iaitu 190 sekolah menengah dan bakinya sekolah rendah, dan daripada jumlah itu 1,020 buah diklasifikasikan sebagai sekolah daif oleh Jabatan Pelajaran dan 415 buah diklasifikasikan sebagai daif kritikal.

Katanya, terdapat 651 sekolah di Sarawak mempunyai enrolmen pelajar yang hanya seramai 150 orang atau kurang daripada itu, manakala terdapat 1,004 buah sekolah yang terdapat kurang daripada 30 orang murid atau pelajar.

"Kami meminta supaya ADUN dan pihak ibu bapa menyokong usaha untuk menyatukan sekolah-sekolah berkenaan (yang rendah enrolmen) dan kita juga mahu mereka memahami tujuan kita melakukan sedemikian semata-mata untuk kebaikan pelajar dan meningkat prestasi pelajar," katanya.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 indon yg ada ic biru tapi tak sekolah mcm budak2 bakar tahfiz pun menyumbang pada statistik.. dah masanya tak bagi status bumiputera pada indon.  Treat mcm bangsa lain.. yg dah bagi tu redha je lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2017 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sebab tercicir tu apa ye? kat sabah sarawak ne, tercicir pun sebab pendalaman kan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
deltoid replied at 23-11-2017 07:26 AM
Mak bapak orang sabah sarawak pun sama jugak la bodoh. Siap rogol cucu sendiri pulak lagi


Kau kata aku bodohhhh ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
deltoid replied at 23-11-2017 07:26 AM
Mak bapak orang sabah sarawak pun sama jugak la bodoh. Siap rogol cucu sendiri pulak lagi

Tapi belom hada kes rogol liwat anak sindri kat tanah suci Makkah masa pi umroh kaaaaaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 07:14 AM | Show all posts
chazey replied at 23-11-2017 04:49 PM
Tapi belom hada kes rogol liwat anak sindri kat tanah suci Makkah masa pi umroh kaaaaaan

Macam nyanyok saja engko punya reply
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 02:40 PM | Show all posts
Keciciran di sini maksudnya student yg dah register tapi drop out kan?

Student Sabahan dan Sarawakian mungkin kurang yg drop out dari segi ini tapi ramai yg tak mendaftar / register langsung sebab sekolah jauh dari kampung dan kemiskinan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.616115 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list