CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11096|Reply: 112

[Tempatan] Akibat Jiran Yang Tidak Bertimbang Rasa

  [Copy link]
Post time 23-11-2017 08:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 23-11-2017 11:41 PM




REALITI hidup berjiran, tidak semuanya indah. Kadang-kadang buat ‘sakit hati’ saja apabila dapat jiran yang tidak bertimbang rasa.

Contohnya, sesuka hati mereka parkir kenderaan di kawasan rumah orang lain, sehingga ia menyusahkan tuan rumah yang ingin keluar masuk.

Itulah nasib yang dihadapi oleh seorang pengguna Facebook, Amar Hadi, apabila mendapat jiran yang langsung tidak reti bertolak ansur lagi bebal.

“Pening nak menghadap jiran seperti ini. Ada sesiapa boleh beri pendapat macam mana nak selesaikan masalah ini?

“Di perkarangan depan rumah saya, jiran letak kereta dia. Memang dia dah lama duduk di kawasan ini dan saya pula baru setahun.

“Apabila ditegur, dia kata dah berpuluh tahun dia parking di situ, tak ada orang bising pun,” tulisnya menerusi akaun Facebook pada 17 November lalu.

Menurut Amar, dia tak mahu mengeruhkan lagi keadaan namun ingin menyelesaikan secara baik dengan jirannya itu, namun individu itu dikatakan langsung tidak beri kerjasama.

Dia yang menetap di Ipoh, Perak tidak mahu memanjangkan hal ini sehingga membabitkan polis tetapi amat berharap jika jirannya memahami situasinya dan tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.

“Takkan nak suruh polis tegur? Agak-agaklah parking pun. Susah ada jiran seperti ini. Kalau lebih sikit, saya tak kisah tapi sekarang semakin melampau-lampau.



“Sebelum ini pernah mengamuk dan jiran tak buat lagi. Dia alihkan pasu bunga dia di depan. Dah macam apa depan rumah, macam taman bunga. Sekarang dia mengulangi semula perbuatannya.

“Itu yang parking rapat-rapat dan dia pergi langgar pula kereta saya dengan sengaja. Tetapi tak nak mengaku dan tak mahu meminta maaf. Sebaliknya saya pula yang meminta maaf,” ujarnya.

Amar juga kesal dengan sikap jirannya yang langsung tidak menegur perbuatan saudara mara dan rakan-rakannya yang datang kemudian selamba meletakkan kereta mereka di depan rumah Amar.

“Kadang-kadang, kawan-kawan dan saudara mara dia datang, suka sangat parking depan rumah saya. Bila dah tahu saya start enjin kereta, bukannya tak dengar, siap tanya, ‘Nak keluar ke dik?’ Aduh!



“Sebelum ini juga dia pernah buat kenduri. Tak ajak tak kisahlah, tapi masalahnya saudara mara dia semua parking depan rumah saya,” katanya.

Menurut Amar, jika diikutkan hatinya sudah lama mahu diambil tindakan sendiri tetapi tidak mahu menjadikan hal itu dan mahu mengambil tindakan mengikut cara yang betul.

“Saya faham kereta dia besar. Nak ditegur, nanti sentap pula orang tua itu. Nanti saya juga yang dikatanya kurang ajar.

“Kalau ikutkan hati, memang saya nak ambil tindakan tetapi saya tidak mahu berbuat demikian kerana negara kita ada undang-undang.

“Sebenarnya kereta dia boleh lepas kalau dia lalu di depan rumah dia. Sekarang tak lepas disebabkan pokok bunga dia di kiri kanan depan rumahnya sampai ke bahagian luar.

“Itu yang menyebabkan dia kena ke belakang untuk memberi dia ruang jalan keluar masuk. Dan perkara ini juga menyusahkan saya,” katanya yang tiada niat mahu tularkan perkara itu di media sosial, sebaliknya hanya mahu bertanya pendapat rakan-rakan sahaja.

Sementara itu, netizen menasihatkan Amar membuat aduan mengenai masalah itu kepada pihak berkuasa tempatan, agar kereta jirannya itu ditarik dan dikenakan kompaun atas kesalahan parkir di tempat yang menghalang laluan keluar masuk penghuni rumah.

Bagaimanapun, Amar masih mempertimbangkan tindakan itu kerana bimbang perkara itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm.. benda baru jadi kat aku gak. Jiran depan park kete block gate. Bangun2 je dah menyirap

Woi apek! Cuba aku park block gate umah ko plak sok bleh??? Dah tau nak tumpang tu alih ar siap2 sblm org nk kuar.. jibai btol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2017 08:28 AM | Show all posts
sinalegna replied at 23-11-2017 08:27 AM
Hmm.. benda baru jadi kat aku gak. Jiran depan park kete block gate. Bangun2 je dah menyirap
...

kau tukar kereta kau jadi hilux dulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
seb baik lah jiran aku sejenis bertimbang rasa.. bila minta alih senyum je dedua.. walaupun bila bertembung kat luar, ala2 tak kenal gittuh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 09:07 AM | Show all posts
Ugut jer nak potong itu pokok. Kalo dia degil...potong terus. Banyak songeh kalo...engko songeh balik ler. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak rumah ane tambi.. kat umah aku ni ane kalau berbual punyalah kuat.. riuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2017 09:24 AM | Show all posts
rumah ane ke???. napa aku rase melayu??. sbb kalau pengadu kata kenduri x ajak tu lebih kpd sebangsa jer...,,yang gantung2 tu macam lampu jer..

tapi mapeley umah kat sini pun sama jaa..x memasal aku yg tersagat kete sendiri ngan tiang umag..lahanat punya keling..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
parking je keta depan rumah macam dia buat tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 09:37 AM | Show all posts
Dah engko taknak keruhkan lagi keadaan, bersabar jer la dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:04 AM | Show all posts
nyampah aku dengan manusia gini..
tak nak bertindak atas alasan tak nak gaduh bla bla bla..
kalau takut nak pertahankan hak sendiri, dok diam-diam telan je..
jangan komplen masuk fb bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:05 AM | Show all posts
letak bangku kayu kt situ..jenis bangku panjang mcm kt kantin
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:05 AM | Show all posts
bangsa sekor ni jenis takleh dibawak bincang guna je cara staright forward. letak signage JANGAN PARKING DISINI!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:06 AM | Show all posts
Ini la masalahnya kalau berjiran dgn orang beroyak monyet....

Giler selfish...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:07 AM | Show all posts
cantik pulak binga2 orkid dia..patutnya org suka tanam bunga ni jenis toleransi..ini mintak maki

rajin plak aku komen sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:08 AM | Show all posts
Report kepada majlis perbandaran. Kemudian report kepada pihak polis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:09 AM | Show all posts
i feel u bro
aku ngadap jiran cilaka gini tiap2 ari
ane ni gaduh adik beradik..masing2 parking lintang sampai tutup pagar rumah aku
mmg selalu aku jerit laa...dia buat xtau
kadang aku tendang keta dia...tp xde kesan...
so...aku doa ada keta mana2 terlajak langgar keta dia biar kemek teruk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 10:10 AM | Show all posts
Bertabah ler dik dpt jiran gitu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
dia renovate rumah sampai xde parking depan ke?
aku sakit ati kalau renovate sampai xde porch pastu kete dua tiga biji tumpang depan rumaj orang
baek ko banglo aje bangang
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pprt nya perangai kau dek
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Duduk rumah teres pon sakit hati. Jiran b#$% macam ni. Aku punya parking pon orang ambik. Padehal ada no rumah situ. Bayar mahal2, sedap2 je ko nak parking situ. Aku report je terus. Takde nak cari2. Bayor la pada management nak bukak kunci.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.090508 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list