CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1836|Reply: 10

Tak cukur bulu ketiak, kaki setahun kerana ingin beri inspirasi jaga kecantikan

[Copy link]
Post time 23-11-2017 10:07 AM | Show all posts |Read mode




Seorang blogger kecergasan telah mendedahkan rahsianya yang sudah setahun tidak mencukur bulu pada bahagian ketiak dan kaki hanya kerana ingin memberi inspirasi buat orang lain tentang pentingnya menjaga kecantikan semula jadi.

Morgan Mikenas telah memuat naik video yang dikongsi di laman instagramnya dengan tajuk “Why I Don’t Shave”.

Gadis ini juga turut mendedahkan kisah silamnya ketika dibuli oleh budak lelaki di dalam kelas gymnasium sewaktu di sekolah. Ketika itu, usia anak muda ini hanya sekitar 11 atau 12 tahun dan dia berlari pulang ke rumah dalam keadaan menangis teresak-esak meminta ibunya mengajar bagaimana cara untuk bercukur.

  

Namun begitu, pada tahun lepas dia telah mengambil keputusan untuk tidak mahu bercukur terutamanya di bahagian ketiak dan kaki.

Dalam video yang disiarkan di saluran YouTube itu juga, dia menjelaskan bahawa salah satu sebab dia tidak mahu bercukur adalah kerana aktiviti itu sangat meremehkan dan memerlukan masa yang banyak untuk diluangkan.
“Ia memerlukan saya untuk mengambil masa yang lama ketika di bilik mandi bagi melakukan aktiviti bercukur tersebut. Kemudian, saya harus memcuci rambut dan seterusnya membersihkan anggota badan yang lain,”

“Selepas saya tidak lagi melakukan aktiviti bercukur, saya menyedari bahawa ianya menjadi lebih baik dan lembut,” jelas Morgan lagi.

  

  

Gadis ini juga menambah, dia tidak selesa apabila bercukur kerana kerap berasa gatal dan bekas cukur itu seakan-akan tajam dan membuatkannya tambah tidak mahu lagi bercukur.

Bukan ingin mempengaruhi orang lain supaya tidak bercukur, Morgan juga menasihatkan supaya korang lakukan apa sahaja yang membuatkan korang rasa selesa.

  

Menurut pengalamannya lagi, dia pernah bekerja di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak dan ketika ingin membawa kanak-kanak tersebut berenang di kolam renang, seorang budak telah menegurnya dengan berkata, “Hey, awak kelihatan seperti lelaki.”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 10:48 AM | Show all posts
jejak kasih gorilla
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:12 AM | Show all posts
Ia memerlukan saya untuk mengambil masa yang lama ketika di bilik mandi bagi melakukan aktiviti bercukur tersebut. Kemudian, saya harus memcuci rambut dan seterusnya membersihkan anggota badan yang lain,”


bangang punya alasan.... dah tu lps ni x pyh berus gg, cuci muka, mandi, etc.. semua semua benda mmg memakan masa la bangang!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 dah tak cukur bulus tiak dengan kaki tu..kening pun jangan trim or cabut sama yach yach yach
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka da lawa. Tgk kaki trus xde nafsu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 04:20 PM | Show all posts
spesis omputih ni kalau tak cukur bulu memang macam gorila.....tapi kalau pompuan melayu aku rasa tak adalah bulu kakinya sampai macam tu, ni dah standard lelaki dah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2017 10:13 AM | Show all posts
eh? kenapa bulu kaki sampai peha? kenapa panjang bulu dia macam lelaki? ke memang macam tu? i tanya betul2 bukan menganjing, sebab i memang tak tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:52 AM | Show all posts
tapi cukur bulu ketiak tu utk kebersihan...selera ke angkat lengan pastu bau ketiak masham...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 11:36 AM | Show all posts
minguk replied at 24-11-2017 02:13 AM
eh? kenapa bulu kaki sampai peha? kenapa panjang bulu dia macam lelaki? ke memang macam tu? i tanya  ...

Maybe sebab dulu2 sheols shave sampai peha. So bila tumbuh balik jadi kasar, panjang and tak halus. Ni I rasa la. Kalau sheols memang berbulu lebat mesti la satu badan penuh bulu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 12:07 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 24-11-2017 11:36 AM
Maybe sebab dulu2 sheols shave sampai peha. So bila tumbuh balik jadi kasar, panjang and tak halus ...

owh, kalau shave bulu akan jadi panjang.... okay seriously i memang baru tahu sebab family i jenis tak berbulu..
tetiba i rasa takut tengok bulu dia.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulu pubik kalau tak cukur gak memang selekeh la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.106598 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list