View: 2152|Reply: 34
|
[Tempatan]
Rumah senget itu istana kami
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Rumah yang menjadi tempat berlindung lapan beranak ini berada dalam keadaan senget dan hampir roboh, namun mereka tiada pilihan kerana itu satu-satunya tempat tinggal yang mereka ada.
Lebih malang, Siti Hawa Kancil, 42, berkata, bila-bila masa sahaja mereka akan kehilangan tempat tinggal kerana tapak rumah itu berada di atas tanah milik jiran yang prihatin dan berhati mulia menumpangkan mereka sekeluarga.
“Rumah ini dulu saya bayar sewa RM60 dengan tuan terdahulu, tapi sejak tahun lepas saya tidak mampu bayar dan kemudian dijual kepada pemilik sekarang.
“Sekarang saya tumpang tanah ini tanpa apa-apa bayaran dikenakan oleh jiran saya ini, tetapi bila-bila masa sahaja saya kena keluar dari sini kalau mereka mahu gunakan tanah ini pada masa depan,” katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Kedai Buloh, PCB, di sini.
Menurutnya, rumah satu bilik yang didiami itu juga senget dan menunggu masa untuk roboh kerana kayu dinding dan lantai yang sudah reput.
Siti Hawa merenung nasibnya sekeluarga.
“Anak-anak saya semua sudah biasa dan tahu mana kawasan lantai yang tidak boleh dipijak dan sudah mahir selok belok lubang di dalam rumah ini. Cuma, kadang-kadang nasib tidak menyebelahi kami dan kami terjerlus dalam rumah sendiri.
“Acap kali juga anak tanya sampai bila hendak tinggal di sini, tapi saya tidak ada pilihan kerana tak cukup duit untuk baiki rumah ini atau menyewa di tempat lain,” katanya sebak.
Hidap sakit kulit, suami pula kencing manis
Siti Hawa bekerja mengambil upah mewarnakan batik dengan pendapatan RM130 seminggu, manakala suaminya, Mohd Ghani Deraman, 51, pula berpendapatan tidak menentu hasil mengambil upah mengutip kelapa.
Farisya Linda Ilyana (kanan) menyapu ubat ke bahagian kulit tangan Siti Hawa yang gatal.
Katanya, dia menghidap penyakit kulit, sementara Mohd Ghani pula sudah dua tahun tidak dapat bekerja kerana menghidap kencing manis dan keadaan bertambah serius selepas dia terkena ekzos motosikal sejak seminggu lalu.
Mohd Ghani menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM200 sebulan.
“Suami saya kini berada di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menjalani rawatan dan akan membuang isi di bahagian betis kanan yang sudah mati akibat kejadian itu.
“Sekarang, dia dijaga oleh anak sulung, Mohd Khairul Sham, 21, yang bekerja kontrak kabel di Johor dan anak ketiga Nur Farisya Sabrina, 19, yang bekerja sebagai pembantu kantin sekolah di Pahang. Mereka pulang ke kampung untuk menjaga ayah mereka kerana tidak dapat berjalan dan perlu diusung jika ke tandas,” katanya.
Selain mereka, pasangan itu juga mempunyai empat lagi anak yang perlu disara iaitu Mohd Khairul Anuar Faiz Mohd, 20; Mohd Khairul Asraf, 17, sudah tidak bersekolah, Nur Farisya Linda Ilyana, 11, bersekolah di Sekolah Kedai Buloh 1 dan Nur Farisya Adila, 5, pula tadika.
“Anak-anak saya semua biasa makan budu dan menu harian kami ala kadar sahaja, hanya bila saya ada duit lebih, saya akan beli ayam untuk dimasak kepada anak-anak tapi jarang sangat boleh makan ayam.
“Saya bekerja biasa sahaja dan kadang kala ikat perut untuk beri makan anak-anak.
Saya juga gagal sediakan rumah yang selesa kepada anak-anak saya. Tandas di rumah ini juga rosak dan tidak mampu dibaiki. Kalau hendak buang air besar, kami akan ke tepi sungai atau menumpang jiran,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dh tahu hidup susah, tlg laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jgn beranak lagi. yg bongsu dh tadika, so jgn lagi tambah2 anak2 lps tu kata kesian tgk life anak2 yg tak serupa org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah senget nak roboh sebab gigih sangat bersenggama kot...smpai 8 anak ha...
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 23-11-2017 10:51 AM
kalau dh tahu hidup susah, tlg laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jgn beranak lagi. yg bongsu dh tadika, so jgn ...
Semlm Saya nangis tersedu2 say sgt hati. Ank yg dkt Auckland tu ckp dia buat keje cleaner. Nangis sgt.. dia jwb it's a good money. Habis keje terus bayar. Nzd60. Keje Tak sampai sejam. Hari ni dia part time di gudang LG di Manukau.. bkn dia Tak de duit. Jeni's jimat. Dulu sebelum sambung belajar Sana pun dia suka buat part time.. ambik upah mcm2 berkaitan Tak dgn topic.. sbb nak ckp pasal depa libang libu rasa.. rapat tul dia beranak.. Kan dah terkomen |
|
|
|
|
|
|
|
cantik rumah concept ni....pandai depa design...
|
|
|
|
|
|
|
|
Siti Hawa Kancil (nama original klasik Melayu)
vs
Farisya Linda Ilyana (nama urbanite Melayu) |
|
|
|
|
|
|
|
sejam dlm rm170 tukt malaysia, upah sapu ,sejam nk dpt rm10 pn susah
pada aku, ramai je student amik part time jadi buruh, keje cleaner, psl sana income besar
|
|
|
|
|
|
|
|
harap makcik ni tak buat anak seterusnya |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 23-11-2017 11:10 AM
sejam dlm rm170 tukt malaysia, upah sapu ,sejam nk dpt rm10 pn susah
pada aku, ramai je student a ...
Dulu sebelum pegi Sana pun dia buat mcm2 keje. Sbb dia tau kami ni susah, dia sedang summer break, summer school Tak mula lagi. Ni kerja ketiga dia buat. Last week di Albany. Tapi betullah keje maksimum 6 jam je. Sehari almost 100nzd. Cuma rasa sayu sgt entahlah.. sbb kami mmg ajar anak2 bersusah payah kut.. hanaya mak je yg faham.. bukan mithali.. haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 23-11-2017 03:06 AM
Siti Hawa Kancil (nama original klasik Melayu)
vs
baru nak tanya siapa farisya urban tu.. rupanya anak depa.. |
|
|
|
|
|
|
|
kena tangkap, lagi jimat dan lumayan, dok kat pusat tahanan imigresen sana
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohd Khairul Anuar Faiz Mohd, 20; Mohd Khairul Asraf, 17, sudah tidak bersekolah
Yang dua orang ni takde tolong2 ke? I assume since dah tak sekolah mesti ada buat kerja2 kampung ke apa ke kan. |
|
|
|
|
|
|
|
petit-saconnex replied at 23-11-2017 11:16 AM
kena tangkap, lagi jimat dan lumayan, dok kat pusat tahanan imigresen sana
Mmg dah mohon dgn uni utk part time, one off punya keje. Ada sort of career day. Employers buat kat uni n bebudak ni mohon siap2. Ada syarat semua. So legal Tak delah ketakutan haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau di kl TTDI warga Indonesia yang part-time kerja cuci rumah mereka boleh dapat rm70/80/90 untuk 6jam. Dalam satu hari mereka buat dua rumah. Ada setengah tu mereka tidak pernah ambil cuti. Kerja hari hari.
Melayu tak mau kerja seperti tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ade anak dah besar tak tolong ke............jenis mengharap sgt bantuan kut |
|
|
|
|
|
|
|
harta yang mereka wariskan pada anak-anak: kemiskinan...
ada anak jantan dua ekor umur 20 dengan 17 tu buat apa sampai anak yang kerja pulak kena balik jaga bapak..
kesimpulannya, memang jenis pemalas harap nak dibantu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap anak-anak yang dah besar tu dapat bantu mak ayah ya?
Jangan jadi biawak hidup. Jangan menambah beban mak ayah yang dah sedia susah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hakikat_hidup at 23-11-2017 11:42 AM
tak faham..motif miskin tapi buat anak ramai? lepas tu kate setiap ank tu rezeki tuhan (tuhan siapa lagi kan..)
duduk tumpang atas tanah org.. kpd tuan tanah fahamila org melayu kalau dah duduk tanah kau fre-free tu mmg susah ko nak mintak balik dah tanah tu
tgk kat KL bersepah setinggan duduk free2 xbyr ape2 bergenerasi (anak haruslah bersepah ramai) lps tu nak halau mintak pampasan.. babi tak??
mmg kasar tp tu la hakikat... miskin + anak ramai + me***u + is**m berpisah tiada, tolongla berusaha jadi kaya. Agama korg jugak yg suruh cari kekayaan dunia kan, kalau tak mampu jd kaye tolong fikir jgn nak beranak ramai dgn alasan tu rezeki dari tuhan.
Orang kaya yg konon sombong pun tau rancang anak tak ramai sbb kos..eh come on la org miskin get a life!! asyik nak mintak simoati org je
|
|
|
|
|
|
|
|
yelah kan umur 20 tu duk saje2 ke cmana ek.. sorg lg 17 thn pun dh x sekolah. at least dari duk saje2 tu elok lah kalau kije kat pasaraya pun rasanya ok dah..
Selain mereka, pasangan itu juga mempunyai empat lagi anak yang perlu disara iaitu Mohd Khairul Anuar Faiz Mohd, 20; Mohd Khairul Asraf, 17, sudah tidak bersekolah, Nur Farisya Linda Ilyana, 11, bersekolah di Sekolah Kedai Buloh 1 dan Nur Farisya Adila, 5, pula tadika.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|