CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44483|Reply: 191

[tvN] Prison Playbook / Wise Prison Life - Jung Kyung Ho, Park Hae Soo, Jung Hae

  [Copy link]
Post time 23-11-2017 01:45 PM | Show all posts |Read mode
5 Sebab Kenapa Kena Tonton tvN Prison Playbook
by        daus    ·                            Published November 23, 2017              · Updated November 23, 2017   

                                    
Slot cenel kebel tvN minggu ini bakal diisi oleh drama terbaru berjudul “Prison Playbook” atau nama lainnya dipanggil sebagai Wise Prison Life atau Smart Prison Living berkisarkan tentang kehidupan sekumpulan banduan di dalam penjara dan interaksi mereka dengan warden dan pengawal sekuriti. Drama tvN ini ditayangkan semenjak semalam pada setiap hari Rabu dan Khamis. Berdasarkan episod pertama ditayangkan semalam, tvN Prison Playbook berjaya memungut ratings sebanyak 4.6% seluruh negara dan 6.9% di Seoul, satu permulaan amat bagus untuk drama cenel kebel. Berikut disertakan 5 sebab kenapa drama ini mesti ditonton oleh peminat kdrama:

1. Kehidupan di dalam penjara mungkin lebih baik dari luar

Daripada nama tajuk drama ini sendiri , “Prison Playbook” bermaksud jurnal kehidupan seseorang yang melalui kehidupan sebagai banduan di dalam penjara. Ia dinukilkan oleh hero drama ini, Kim Je Hyeok (Park Hae Soo) yakni seorang bintang handalan besbol yang dituduh menyebabkan langgar lari (kemalangan) lalu dijatuhkan hukuman penjara selama beberapa tahun. Drama ini akan menyelongkar bagaimana seseorang yang berada di kemuncak kerjayanya, terus jatuh menjunam popularitinya apabila didakwa oleh mahkamah lalu terpaksa menyesuaikan dirinya di dalam penjara yang dikerumuni pelbagai manusia daripada latar belakang berbeza. Beliau didatangi banduan dan warden daripada kalangan peminat besbol. Drama ini akan membuka perspektif lebih baik tentang kehidupan di dalam penjara dan bakal mengubah stigma negatif masyarakat tentang mereka yang tinggal di dalam penjara.

2. Hasil tangan pengarah siri Reply 1997, Reply 1994 dan Reply 1988

Drama ini mendapat sentuhan pengarah hebat Shin Won Ho, yakni PD bertanggungjawab mengarahkan tiga drama hit siri Reply terbitan tvN. Pengarah yang tercalon Best Director 5th CARI Kdrama Awards dan memenangi Best Director Paeksang menerusi tvN Reply 1988 ini, mahir dalam menterjemahkan lakon layar sesuatu drama yang tampak mudah diluarannya menjadi sesuatu yang bermakna dan penuh dengan nilai-nilai positif di samping unsur-unsur kelucuan dan juga paparan emosi tak terjangka dimasukkan bagi membuatkan penonton terasa di penghujungnya. Berdasarkan pemerhatian awal, drama ini bergenrekan “Black Comedy” yakni sesuatu sindiran pedas yang mungkin kelakar tetapi pada masa sama mendidik masyarakat untuk mengambil berat tentangnya. Genre sebegini pernah dimainkan dalam drama arahan PD Ahn Pan Seok menerusi SBS Heard It Through Grapevine.

3. Seakan-akan mengingatkan korang pada filem terbaik sepanjang zaman, The Shawshank Redemption
Bagi sesiapa pernah menonton filem epik “The Shawshank Redemption” nukilan novelis popular, Stephen King pasti teringat-ingat akan bagaimana seorang terpaksa menjalani hukuman penjara bertahun-tahun atas kesalahan yang tak dilakukannya, dan bagaimana persahabatannya dengan banduan senior telah mengubah perspektif hidupnya untuk mencari kehidupan lebih baik di dalam penjara. Beliau menubuhkan perpustakaan sendiri di dalam penjara dan menggalakkan banduan-banduan lain untuk turut serta membaca. Satu hari, beliau berjaya meloloskan diri dan membalas jasa sahabat karibnya yang baru saja dibebaskan, untuk tidak terus berputus asa dan bersama-sama menjayakan rancangan mereka. Satu filem yang penuh nilai-nilai moral ini hasil lakonan Morgan Freeman dan Tim Robbins telah dinobatkan antara filem terbaik sepanjang zaman. Jadi, bagaimana tvN Prison Playbook mungkin mirip dengan filem epik ini?

Walaupun tidak diceritakan secara lanjut sinopsis sebenar, tvN Prison Playbook menceritakan serba sedikit tentang interaksi bekas pemain besbol kebangsaan dengan peminat-peminatnya di dalam penjara yang terdiri daripada kalangan banduan dan warden. tvN Prison Playbook mungkin akan membentangkan cerita tentang keazaman Kim Je Yeok untuk membentuk pasukan besbol sentuhannya sendiri, sesuatu yang agak sukar dilakukan sebagai pemain besbol kebangsaan selama ini. Di sini pentingnya “team-work” atau kerja berkumpulan yang membawa kepada sukses.

4. “Bromance” yang sangat meluas

Pasti anda yang mungkin terbayang “bromance” terjalin antara Kim Je Yeok dan Lee Joon Yo (Jung Kyung Ho), warden yang juga peminat besbol.  Tidak lupa juga Janbaljang (Kang Seung Yeon) , Jaebol (Lee Kyu Hyung) , Jeombaki (Choi Sung Won) dan Yoodaewi (Jung Hae In) yang merupakan banduan dipilih bersama-sama Kim Je Yeok. Yang menariknya hanya seorang pelakon wanita saja iaitu Krystal Jung membawa watak sebagai pelajar perubatan tradisional bernama Ji Ho, seterusnya menjadikan keseluruhan drama ini didominasi hampir 100% lelaki.

5. Drama susulan Jung Hae In dan Shin Jae Ha

Siapa yang tak kenal Jung Hae In sebagai polis berpangkat leftenan bernama Woo Tak dan adik Lee Jong Suk dalam drama SBS While You Are Sleeping yang baru saja habis disiarkan minggu lepas. Drama ini merupakan hasil kerja terbaru mereka. Jung Hae In yang kian popular sejak membintangi drama SBS While You Are Sleeping sehingga menduduki tempat ke-3 dalam carta KMANIA top 10 Star dianjurkan pertama kali oleh portal Kmania , akan menjadi banduan bernama Yoodaewi.
Apa lagi, jom tonton drama ini. Tak usah menunggu buah yang masih belum gugur. Saksikan sedutan episod pertama di bawah.





https://kmania.info/2017/11/23/5-sebab-kenapa-kena-tonton-tvn-prison-playbook/

@atira  @idakamaruddin  @spankee_fili  @wima  @Syik_Gojet  @naqibnasuha  @masdiana-ana  @ismaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 02:01 PM | Show all posts
lemah betul aku tgk nama krystal ...adoi.. ada 2 ahli FX yg iols x suka sulli dan krystal.. tapi iols akan tgk pasal wo tak ada berlakon...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 03:48 PM | Show all posts
woo tak
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 04:27 PM | Show all posts
check in..mau tgk wootak jugak

uols kalau layan online di henpon kt website mana..
opis iols dh sekat web2 download n youtube ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by thafly at 23-11-2017 08:33 PM

Ade Jung Kyungho & Haein
Yg plg utama sekali ade anak bongsu fly Kang Seungyoon yoonieeeee harapnya ok la dia dlm ni huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 09:46 PM | Show all posts
Edited by santubung at 23-11-2017 10:02 PM
masdiana-ana replied at 23-11-2017 02:01 PM
lemah betul aku tgk nama krystal ...adoi.. ada 2 ahli FX yg iols x suka sulli dan krystal.. tap ...


Krystal mesti kejung lagi mcm citer bride of habeuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2017 10:11 PM | Show all posts
santubung replied at 23-11-2017 09:46 PM
Krystal mesti kejung lagi mcm citer bride of habeuk

bukan dlm drama jer muka dia kejung reality show fx pun ada masa muka dia memang kejung...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kang Seungyoon punye profile description

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 08:13 PM | Show all posts
dah start ke cite nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
lonso replied at 25-11-2017 08:13 PM
dah start ke cite nih

Dah start..tp xde subs lg..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 02:08 PM | Show all posts
kissasian lambat update..nk tengok
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 04:16 PM | Show all posts
sub baru ada.. tp aku bzz lak tak dpt layan agi
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 09:55 AM | Show all posts
wah nk lyn drama ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 04:50 PM | Show all posts
benang ni sendu jer..xde yg layan ke..hehehehe
iols br tgk ep 2..best citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 08:05 PM | Show all posts
fly baru sempat tgk ep1..br intro pasal Park Haesoo punya watak je..1ep sejam stgh so agak lame gak la..xleh nk marathon 2 ep serentak nnt jem otak
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 02:49 PM | Show all posts
best ke cite ni? masih berkira-kira mahu tengok ke tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2017 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka sgt cerita ni... Tp disebabkan netflix ambil lesen, seksa tggu sub nak kuar... Dr segi casting, storyline, ost blh buat kita gelak n nangis... Btw, abaikan je la krystal tu.. scene dia x lama pon each ep...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 09:12 PM | Show all posts
Sendu je kan benang ni. Tp this one is highly recommended.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru sempat tgk setakat ep 2. perghh best giler uols citer ni..
bbyk citer lain aku drop mcm two cops tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 10:51 AM | Show all posts
serius cerita ni best!
setiap epsd ade ja scene yg buat aku gelak
release tension tgok cerita ni
malam td da abes tgok smpai epsd 8

dr segi jalan cerita, teknikal semua superb!
cume part krystal jung berlakon..alahai..kejungnye!

xsabar nak tggu abes nk review sebb semua watak memg best dan dikembangkan dgn baik
highly recommendation!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.372609 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list