View: 23361|Reply: 166
|
Kami bukan kayu tunggul.- Rody Kristal
[Copy link]
|
|
Edited by LaksamanaBentan at 23-11-2017 11:45 PM
Nampaknya penyertaan Lan Kristal di dalam rancangan Gegar Vaganza membuatkan kumpulan rock ini membuat keputusan untuk mencari penyanyi baru.
Semalam, Rody dari kumpulan Kristal yang merupakan pemain gitar kumpulan Kristal telah membuat pengumuman di Instagramnya untuk mencari penyanyi baru bagi merehatkan penyanyi asal kumpulan tersebut iaitu Lan yang kini sedang berjuang dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke empat.
Menurut Rody lagi, memang benar status tersebut ditulis olehnya setelah mendapat khidmat nasihat daripada orang-orang lama.
Tambah Rody lagi, lokasi dan tarikh audition tersebut akan diberitahu kemudian.
Ini pengumuman di Instagram tentang pencarian vokalis baru kumpulan Kristal:
“Kristal akan rehatkan Lan dan akan buat audition untuk mencari penyanyi baru.. Insyaallah pengumuman akan di buat..
Ibni pula tulis Rody di laman IG miliknya:
“Di atas nasihat orang-orang lama, kami Kumpulan Kristal akan merehatkan Lan dan akan buat audition mencari penyanyi baru.. insyaallah pengumuman akan di buat..
“Moga Lan berjaya dengan hajatnya nak jadi penyanyi solo.. tak kan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pulak .. insyaallah..
“Aku akan memperjuangkan @kristalband bersama @kechiqrangers dan @acapkristal moga terus berjaya dan harap korang terus menyokong perjuangan kristal!
Kemudian melalui portal Sinar Harian, Rody ada meluahkan rasa hatinya dengan keputusan Lan untuk menyertai Gegar Vaganza.
Yang membuatnya terguris hati, Lan tidak berbincang untuk menyertai Gegar Vaganza misum 4 dengan rakan-rakan band yang lain.
Ini penjelasan dari Rody:
“Kami akan bersidang dulu dengan pengasas/pengurus Kristal Pak Din. Mungkin juga akan jumpa Awie,”
Rody memberitahu bahawa kumpulan Kristal perlu mencari penyanyi baru kerana ada peminat yang menganggap kumpulan Kristal sudah tiada setelah melihat Lan muncul solo di Gegar Vaganza.
Ini luahan hati Rody:
“Sebenarnya senang je, satu band perlu berbincang. Masuk GV pun tak bincang. Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul.
“Ada kawan-kawan beritahu sebelum ni Lan record solo tapi malas percaya, sekali betul. Dia nak try benda baru, kita kena try benda baru juga la.
“Kalau rezeki die dalam solo, kita tak ada masalah. Cuma kena cari penyanyi barulah. Faham-faham je la nanti show nak kena ada penyanyi. Kalau tak maka terkontang-kanting kami,”
Ditanya bagaimana pendirian Kristal jika Lan masih terus menggunakan nama Lan Kristal, boleh atau tidak?
“Kalau dia dah kuat rasanya pakai Lan GV pun orang kenal,” itulah komen dari Rody.
Apapun diharapkan Lan dan ahli kumpulan Kristal dapat berbincang dengan baik-baik. Harapnya kumpulan Kristal terus berdiri teguh!
Kumpulan Kristal merupakan satu nama band yang amat popular dan terkenal dengan lagu seperti Seragam Hitam, Resam Pak Belalang, dan Delaila.
Pada tahun 1999, kumpulan Kristal ini ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody yang mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie.
Awie kemudian tertarik dengan kehebatan kumpulan ini setelah melihat sendiri Kristal membuat persembahan.
Satu tahun selepas itu, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk ‘Semut & Lebah’ dan popular menerusi lagu ‘Seragam Hitam’ & ‘Ku Membisu’.
Tahun 2002, kumpulan Kristal terus cemerlang dan semakin popular apabila sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu ‘Delaila’ & ‘Resam Pak Belalang’ menerusi album ‘Pak Belalang’.
Sumber: Sinar Harian
http://gempak.org/masuk-gv-pun-tak-bincang-jangan-buat-kami-macam-tunggul-luahan-rody-kristal-kepada-lan/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
patutnya GV tu amik jer satu band ni join program tu,
pasni leh lah group2 lain join, Elite, Candy, VE, May ker.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rody ni muka baby face betul zmn2 form1 dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Benda boleh bincang. Tak payah lah guna media nak luahkan. Member bukan sehari dua bro dah bertahun. Tak boleh ke panggil je lan tu duduk semeja. Nampak ada je lan tu tag rody kat gambar yang dia bergurau pasal elyana dengan isteri dia tu baru baru ni. Kira macam lan tak tahu pun lah rody kecik hati dengan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada semua pakat drop out sekolah menengah sampai dah bangka. Depa kecik hati jer kot |
|
|
|
|
|
|
|
Lan pun, sepatutnya heolls stay je dgn kristal, yg gigih nawww masuk GV tu dah kenape...mmg nampak la heolls mcm nk mendoniaaa sensorang...... |
|
|
|
|
|
|
|
Beta bermuram durja. Beta kenal Pak Din tu. Pak Din tu raja skate Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Ambik je Kecik ex hyper act dulu sedap gak suara |
|
|
|
|
|
|
|
Aweera ke. Kesian Aweera takde job |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak brapa gemor sgt kristal ni... sbb muzik dia rock kampung sangat.... tapi layan la jugok |
|
|
|
|
|
|
|
lampor replied at 24-11-2017 01:03 AM
Aku tak brapa gemor sgt kristal ni... sbb muzik dia rock kampung sangat.... tapi layan la jugok
Hahahahaha rock Langgar bas. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm klu tukar vokalis mesti da kurang menyengat...Lan mmg da sebati ngn kristal..bincang la elok2 |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg ni dah tua bangka tak reti bincang semeja elok2 mcm org lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Retis2 group ni mmg kena siap sedia pon.. Most ending vokalis jd solo... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan si rody ni juga pernah went solo rakam instrumental nasyid/selawat - ada album bagai - pasal i pernah nampak heols buskers kat klcc tu sambil jual album - also heols pun ada je join band iringan utk reality show lain - kenapa nak poyo eh |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya Lan tu takyah join GV pun takper, dia bukannya sendu tahap ke kuburan pun kan?
Yang Rody pun, bawa la Lan tu bincang elok-elok. Janganlah pung pang kat media, kawan tu weyh. Lepasni gaduh-gaduh kan dah tak best. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan Rody pun banyak ambik job solo ke? selalu je nampak, buat job bukan dgn Kristal pun. solo je. |
|
|
|
|
|
|
|
alah Rody, pengasas/pengurus kristal tu bapak ko kan?
dulu-dulu waktu korang keluar from bawah Awie, sebab so called pengasas Kristal tu gaduh dengan awie kan?
sorang-sorang anggota Kristal keluar, Ainol, Bob, Izal tu keluar sebab tak tahan dengan pengurusan Kristal kan? Lepas tu muzik taste nak kena ikut tekak kau n pengasas kan? Lan sorang je yang bertahan sebab friendship korang. Korang dari kecik berkawan kan?
jangan la dengki sangat dengan rezeki orang..aku faham kau rasa terpinggir, tapi look at positif side sudah... if nak cari vocalist baru pun sebab kecik hati, tak perlu nak kecoh camni sampai sakitkan hati kawan-kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
aweera bukan ade group jugak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan dah ada group ke aweera tuu
yg dengan ex wings si joe tuu
tp mcm kekuburan jugak
sekali tu jela penah tgk introduce band baru
|
|
|
|
|
|
|
| |
|