CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 601|Reply: 1

[Jenayah] Allah sayangkan BN pula

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 08:01 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelbagai perancangan kerajaan pusat akan gagal jika peruntukan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta kementerian lain tidak diluluskan Dewan Rakyat.

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) berkata, pelbagai bantuan pendidikan dan perubatan juga tidak dapat diagihkan jika perkara sama berlaku kepada Kementerian Pendidikan serta Kementerian Kesihatan.

“Saya ingin melahirkan kerisauan sebab sehari dua ini berlaku serangan untuk menggagalkan Bajet 2018.
“Kalau gagal, macam mana dengan bantuan persekolahan, makanan untuk sekolah asrama? Jika bajet ini gagal, ia akan menyebabkan kerajaan ‘lockdown’.

“Kalau di hospital, nak beri dan bekalkan ubat-ubatan semua tidak dapat,” katanya dalam sesi perbahasan RUU Perbekalan Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini.
Isnin lalu, RUU Perbekalan 2018 KPDNKK diluluskan dengan perbezaan 1 undi, iaitu 52 undi menyokong, 51 undi menentang dan 2 ahli Parlimen tidak mengundi.

Kekecohan berlaku selepas Datuk Seri Ronald Kiandee mengumumkan keputusan itu, di mana Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut), Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) menjerit “tipu” kepada timbalan speaker Dewan Rakyat.

Beberapa wakil rakyat BN didakwa lewat memasuki Dewan tetapi dibenarkan mengundi. Mereka termasuk Datuk Raime Unggi (BN-Tenom), Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah), Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera).

Zulkifly bersyukur RUU Perbekalan 2018 KPDNKK diluluskan dengan majoriti tipis.

“Alhamdulillah, Allah sayangkan kita (Barisan Nasional). ‘Ambush’ mereka ditolak dan tidak berjaya,” katanya.
Semalam, Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mendakwa berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi Isnin lalu kerana hasil semakan beliau mendapati undi menyokong dan menentang RUU Perbekalan 2018 KPDNKK adalah sama, iaitu 52 undi.

Hari ini, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mewakili Pakatan Harapan mengemukakan usul memohon Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyemak semula keputusan undian RUU Perbekalan 2018 KPDNKK.
“Undi 4 ahli Dewan Rakyat yang lewat hadir seharusnya ditolak dan pengiraan semula dilakukan untuk mengesahkan keputusan yang tepat dalam pengundian belah bahagi ini,” katanya pada sidang media di luar Dewan Rakyat hari ini.

Usul itu menyatakan keputusan speaker tidak boleh dipertimbangkan atau disemak semula, kecuali ada usul tersendiri dikemukakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 09:13 AM | Show all posts
Alhamdulillah...mereka hanya merancang, Allah yg menentukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.080044 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list