CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 925|Reply: 8

[Jenayah] rezeki tuhan kepada kerajaan negeri: Banjir lumpur ancam perkampungan Orang Asli

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 08:48 AM | Show all posts |Read mode
bumiputera ASAL dibuli lagi...



TANAH runtuh dan banjir lumpur dilaporkan sering berlaku dan memberi ancaman kepada lebih 300 penduduk Orang Asli daripada 120 keluarga di Kampung Sang Wai, yang terletak di kawasan tanah tinggi Lojing di Gua Musang sejak tiga bulan lepas.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan Bidi Ronggeng berkata kejadian itu sering berlaku akhir-akhir ini sejak kawasan bukit yang terletak kira-kira 100 meter dari perkampungan mereka digondolkan oleh sebuah syarikat untuk dijadikan kawasan pertanian bagi penanaman sayur-sayuran.

Terbaru tanah runtuh berlaku tiga hari lepas dan aliran air Sungai Belatop juga terganggu kerana timbunan tanah, katanya ketika ditemui pemberita di perkampungan itu, hari ini.

Menurutnya selain Kampung Sang Wai, beberapa perkampungan Orang Asli lain di Lojing dan Pos Brooke turut terjejas akibat daripada kerja-kerja penerokaan hutan manakala penempatan rosak akibat banjir  lumpur seperti Kampung Jedip.

Sementara itu, seorang penduduk Orang Asli kampung itu, Kamarudin Uda, 43, berkata masyarakat Orang Asli sudah jemu membuat aduan kerana setiap laporan yang dibuat kepada kerajaan negeri Kelantan sebelum ini tidak disusuli sebarang tindakan lanjut.

"Saya minta tolong sekali lagi kepada semua pihak, harap dapat bersimpatilah dengan nasib masyarakat Orang Asli dan hentikanlah menggondol bukit ini," katanya.

Ketika ditemui, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas Ab Aziz Yusof berkata kerajaan negeri sewajarnya menghentikan sebarang kegiatan pembukaan tanah pertanian di Lojing kerana didapati aktiviti membersihkan kawasan hutan atas alasan membuka kawasan pertanian kini sudah tidak terkawal.

Beliau berkata kesan daripada kegiatan itu amat jelas apabila masyarakat Orang Asli menerima padahnya kerana perkampungan masyarakat itu hilang satu-satunya sumber air bersih selain kehilangan sumber pendapatan daripada hasil hutan.

"Saya sudah beberapa kali melaporkan perkara itu kepada pemimpin kerajaan negeri selepas meninjau sendiri keadaan yang berlaku tetapi saya kecewa kerana sehingga kini masih belum ada tindakan daripada pemimpin kerajaan negeri," katanya. – Bernama, 23 November, 2017.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu laaa buat oktoberfest lagik
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 09:39 AM | Show all posts
Apo nak diharapkan dongan spesis yang bungkos kapla mereka dongan tuala? Jadi padang pasir la alamat-nya satu negori..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:22 AM | Show all posts
kalau macam ni nak kira bencana amaran dari tuhan ka macam mana? negeri serambi mekah kan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai PIS: Banjir di Kelantan yg lepas tiada org mati
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 07:24 PM | Show all posts
tak mengapa org asli menderita sekali sekala kena banjir lumpur, yg penting lobai2 boleh teruskan  buat ibadah dgn bercucuk tanam..bertani satu ibadah katanyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2017 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Lobai walaun PASampah mmg xreti nak jaga alam sekitar. Habis semua di gondol dek tamak harta dunia. Lepastu tonggang ugama utk menghalalkan perbuatan hina mereka. Ujong2 tuhan bayar cash tiap2 tahun banjir sampaikan sister @famri7 kena bercucuk tanam ubi keledek utk kelangsungan hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 12:10 PM | Show all posts
Mr_Beruk replied at 24-11-2017 09:39 AM
Apo nak diharapkan dongan spesis yang bungkos kapla mereka dongan tuala? Jadi padang pasir la alamat ...

dah mereka kan claim depa tu serambi mekah..

dah mekah pun banjir..maka dia pun diberi "rahmat dan rezeki" oleh tuhan depa la ngan banjir sekali juga ada..

memang benar la mekah dan kelantanistan dirahmati allah dengan diberi "ujian" banjir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2017 08:06 AM | Show all posts
katowjo replied at 27-11-2017 12:10 PM
dah mereka kan claim depa tu serambi mekah..

dah mekah pun banjir..maka dia pun diberi "rahmat  ...

Botul tu. Ujian demi ujian melanda sojak spesis ni sa-makin ketagih mabok candu padang pasir.

Banjir tu sa-benar-nya penomena tahonan di negori berkecelaruan identiti ini.

Bila masok musim tengkujoh biasa-nya sana akan banjir.

Cuma bilamana sarbani berkerak memosnahkan dan merosakkan hotan dan bokit di hulu negori bagai nak rak, kosan-nya akan berganda.

Yang di hulu akan mengalir ke hilir. Apo yang dialami olih Orang Asli ni akan turot dirasai olih Orang Bokan Asli joga nanti.

Ujung-ujung jadi padang pasir.. baru-lah botul-botul jadi serambi arabia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069756 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list