CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1105|Reply: 16

[Tempatan] Pepatah 'air dicincang tidak akan putus' teruji di Melaka

[Copy link]
Post time 24-11-2017 10:38 AM | Show all posts |Read mode


LAPORAN KHAS | Bagi banyak kampung Melayu di Melaka, seperti di Kampung Tampoi, Umno sudah menjadi darah daging dalam kehidupan penduduknya.

Nor Azlan Abu Bakar, seorang penduduk yang berusia 30-an, mengenali Umno sepanjang hidupnya dan menjadi ahli Umno selama 13 tahun.

Bersama bapa saudaranya, yang merupakan ketua cawangan Umno Kampung Tampoi, mereka membentuk satu pasukan yang mantap di peringkat tempatan - seorang mewakili orang muda dan yang seorang lagi bagi orang lama.

Tetapi ketika Nor Azlan memutuskan untuk bergabung dengan parti serpihan Umno, BERSATU, tanggapan bahawa 'air dicincang tidak akan putus' teruji.

"Beliau (bapa saudara saya) sangat marah apabila saya meninggalkan parti, amat marah.

"Apabila saya dan rakan-rakan pergi rumah ke rumah untuk memperkenalkan BERSATU, saya menyapa bapa saudara saya.

"Saya diusir dan dimarahi bapa saudara saya sendiri," kata Nor Azlan.

Nor Azlan, yang kini ahli jawatankuasa BERSATU bahagian Tangga Batu, mengakui bahawa hubungan keluarga telah menjadi tegang akibat perpecahan politik itu.

Walaupun ada beberapa ahli keluarga yang menyisihkannya, Nor Azlan bersyukur kerana ibu bapanya tidak bersikap begitu.

Beliau mengakui bahawa mereka masih cenderung kepada Umno dan demikianlah halnya bagi banyak ahli keluarga yang lebih tua.

Tetapi Nor Azlan percaya bahawa dia berjaya meyakinkan ibu bapanya untuk tidak mengundi Umno pada pilihan raya umum akan datang.

"Mereka hanya tidak mahu menukar parti politik," katanya ketika ditemui di bilik operasi pilihan raya umum BERSATU Tangga Batu.

Nor Azlan berkata anggota keluarganya yang lebih muda telah beralih dari Umno kepada BERSATU, termasuk adik-beradiknya dan rakan-rakannya.

Bagaimanapun, BERSATU sedar bahawa usaha untuk merekrut anggota baru di kubu kuat Umno merupakan langkah pertama memberi cabaran serius terhadap Umno.

Kelompok utama sasaran adalah anggota Umno yang kini berada di atas pagar tetapi berpotensi ditarik ekoran rasa tidak puashati berkaitan isu-isu kehidupan semasa.

Anggota BERSATU, Hasrul Hassan melihat ini di kalangan ahli keluarganya, yang tradisinya menjadi penyokong kuat Umno, dan ada juga yang memegang jawatan dalam parti.

Sebagai contoh, saudara perempuan Hasrul adalah ketua Wanita Umno cawangan manakala saudara lelakinya adalah ketua pemuda Umno cawangan.

Saudara lelakinya (yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan) masih cenderung kepada Umno, tetapi ahli keluarganya yang lain, termasuk bapanya yang berusia 60-an, dilihanya berfikiran neutral.

Beliau berkata bapanya dapat melihat bahawa kos sara hidup telah meningkat, dan telah mula mempersoalkan apa yang baiknya GST dan pemotongan subsidi terhadap negara dan Melaka.

"Beliau (bapa saya) akan mempersoalkan, apakah kualiti hidup kita bertambah baik dengan GST. Seperti di Melaka, apakah yang dilakukan kerajaan untuk memperbaiki keadaan dengan wang GST?"

Hasrul berkata, walaupun ramai daripada generasi yang lebih tua adalah penyokong tegar Umno, terdapat juga nostalgia terhadap kepimpinan pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 80-an, dengan persepsi bahawa "keadaan lebih baik" pada masa pentadbirannya.

"Apabila kita bercakap di kalangan keluarga, kita mempersoalkan segala-galanya mengenai Najib, apa yang dilakukan perdana menteri, apa yang dilakukan oleh ketua menteri Melaka," katanya.

Satu lagi perkara yang BERSATU cuba manfaatkan adalah persepsi bahaw Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron tidak sebegitu aktif seperti pendahulunya Tan Sri Ali Rustam dalam menghadiri acara kemasyarakatan.

Walaupun Ali Rustam telah menimbul kontroversi dengan komennya "apa lagi Cina mau", beliau dilihat sebagai seorang ketua menteri yang mesra rakyat di kalangan masyarakat Melayu di pinggiran Melaka.

Bagaimanapun, Ali Rustam bertanding di Parlimen Bukit Katil - kerusi pinggir bandar dengan pengundi campuran - dan tidak di kerusi majoriti Melayu pada pilihan raya umum lepas dan tewas kepada calon PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Kampung-kampung yang dikunjungi Malaysiakini terletak di dalam kawasan Parlimen Tangga Batu dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, kedua-duanya tidak pernah mempunyai seorang wakil yang bukan daripada Umno.

Tiga lagi kerusi DUN dalam Tangga Batu ialah Sungai Udang dan Pantai Kundor yang dipegang oleh Umno dan Klebang yang dipegang oleh MCA. Semuanya adalah kerusi majoriti Melayu.

Idris adalah Ahli Parlimen Tangga Batu sebelum berpindah ke kerusi negeri Sungai Udang untuk mengambil alih jawatan ketua menteri dalam pilihan raya umum ke-13.

BERSATU dalam siri ceramahnya menggunakan mantan ketua menteri itu sebagai contoh perbezaan dengan Idris.

Dalam satu perhimpunan kecil BERSATU di Sungai Udang, hadirin memberi respons positif apabila Timbalan Ketua BERSATU Melaka, Rafiq Naizamohideen memuji Ali kerana sentiasa menghadiri sebarang acara utama dalam kehidupan pengundinya, seperti majlis perkahwinan, pengkebumian dan juga kelahiran.

Malah, katanya, pada malam sebelum bayi dilahirkan, Ali Rustam datang mengunjungi mereka, kerana dia tahu dia sibuk pada hari berikutnya.

Idris, dakwa beliau sebaliknya, dilihat jarang berbuat demikian.

Abu Bakar Husin, penduduk berusia 78 tahun di Krubong, berkata Ali sering melawat kawasan perumahannya.

Beliau juga ingat kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang telah melawat kampun itu sebelum ini.

Bagaimanapun, penyokong Umno tidak berdiam diri terhadap percubaan BERSATU untuk meraih sokongan.

Pada bulan November tahun lepas, aktivis Pakatan Harapan yang cuba mempromosikan ceramah di Tangga Batu berdepan dengan insiden kenderaan mereka dibakar.

Bagaimanapun, Rafiq mendakwa kejadian itu tidak disenangi penduduk tempatan yang sangat menghormati Dr Mahathir, dan ia menimbulkan rasa simpati terhadap BERSATU.

"Masyarakat di Kampung Krubong merasa sangat marah... Rasa simpati telah membantu meningkatkan sokongan kepada BERSATU," kata Rafiq.

Apabila Dr Mahathir melawat kampung pada 26 November tahun lepas, beberapa penduduk tempatan, termasuk Fazizah Dat, mendaftar sebagai ahli BERSATU.

Rafiq berkata, BERSATU menggunakan insiden itu dan ceramah sebagai landasan untuk mengembangkan pengaruhnya di kubu kuat Umno itu.
Parti itu juga telah mula menubuhkan jenteranya di semua daerah pengundian di Tangga Batu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 11:09 AM | Show all posts
Kesian orang melayu yang ba ngang2 sanggup putus kekeluargaan semata2 sebab fahaman politik.
Lagi2 geng keras kepala yang konon lagi banyak makan garam berbanding orang muda.
Hmm patut ramai kene darah tinggi sbb byk garam.
-_____-
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg silap besar cari gaduh dgn tdm...pengaruh dia sangat besar oooo...mmg my family sangat bersatu padu sekarang hundred percent lain dr umno dan pas...yg dukunya umno dah pro.betsatu...yg dulunya pas dah ke amanah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:31 AM | Show all posts
x kosa aihhh..sbb politik nak gaduh2 putus sedara
dpt apa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:32 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 24-11-2017 11:19 AM
mmg silap besar cari gaduh dgn tdm...pengaruh dia sangat besar oooo...mmg my family sangat bersatu p ...

dik dedak mana yang bagi banyak bagi tahu akak, akak sapu semua undi tetap rahsia
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 01:39 PM | Show all posts
nampak tak macam mana parti tu adalah parti untuk  anak beranak..
dari pak sedara anak sedara mak sedara sepapat sepusing sekencing semua ada jawatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2017 01:57 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 24-11-2017 11:19 AM
mmg silap besar cari gaduh dgn tdm...pengaruh dia sangat besar oooo...mmg my family sangat bersatu p ...

Macam lah TDM besor sangat pengaruh. Kalau betul besor sangat apsal kena tubuhkan parti serpihan UMNO macam Bersatu ... keahlian pun suam2 kuku dan tak mampu sanggah UMNO?

Ni nak tau besor tak besor pengaruh, zaman TDM jadik PM tahun 1988, perpecahan UMNO Team A vs Team B natijahnya UMNO diharamkan dan sepertiga ahli UMNO ikut Ku Li dengan restu DUA orang ex-PM, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein Onn menubuhkan Semangat 46. TDM terpaksa tubuhkan UMNO Baru dengan 2/3 ahli nak survive punya pasal.

Tahun 1998 / 1999, pengaruh besar DSAI menggegarkan satu negara dengan laungan Reformasi, sepertiga ahli UMNO keluar parti tubuhkan KeAdilan sekarang ni jadi PKR.

Sekarang ni pengaruh Tun besor mana sangat? Setakat yang kuar UMNO berapa kerat? Tak bergegar dan tak berpecah pun UMNO bawah Jibby kaki kepit tu walaupun pengaruh TDM 'konon' kuat.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
robotech replied at 24-11-2017 01:57 PM
Macam lah TDM besor sangat pengaruh. Kalau betul besor sangat apsal kena tubuhkan parti serpihan U ...

Tunggu pru nanti...then kita tau pengaruh dia mcm mana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-11-2017 11:32 AM
dik dedak mana yang bagi banyak bagi tahu akak, akak sapu semua undi tetap rahsia

Entahlah dik cili...family i mmg tak makan dedak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 04:25 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 24-11-2017 04:22 PM
Entahlah dik cili...family i mmg tak makan dedak...

maksud kaka cmni, org bagi kain batik kita sapu, org bg beras kita sapu, org bg duit minyak kita sapu, undi tetap rahsia.

duit dia org bg semua tu duit rakyat. kita rakyat malaysia bukan rakyat bangla. kalau nak kira kad keahlian umno, pkr, pas , masih hidup lagi dalam fail kaka.


dedak ke apa asal halal kita sapu je sis. botol sos kfc jgn pula kita sapu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-11-2017 04:25 PM
maksud kaka cmni, org bagi kain batik kita sapu, org bg beras kita sapu, org bg duit minyak kita s ...

oopsss bila cakap pasal kain batik dan pelikat ni...i ada terima 2 kali..2 raya dah dia hantaq kain pelikat dan beras pulut 2 kg...i sedekah kat org lain sbb terminologi sedekah.lah.dik cili ...cuti pjg ni pi.mana dik cili?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 04:32 PM | Show all posts
nasib baik ada yg bijak dlm kalangan yg bengap
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 02:19 AM | Show all posts
..aku ada sembang dengan beberapa penduduk Melaka, both melayu dan cina, hampir semua mereka kata Deris Harun sombong sikit, tak macam Ali Ketam yang suka tulung orang ...

...memuji Ali kerana sentiasa menghadiri sebarang acara utama dalam kehidupan pengundinya, seperti majlis perkahwinan, pengkebumian dan juga kelahiran.

Malah, katanya, pada malam sebelum bayi dilahirkan, Ali Rustam datang mengunjungi mereka, kerana dia tahu dia sibuk pada hari berikutnya.

Idris, dakwa beliau sebaliknya, dilihat jarang berbuat demikian.

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
politik politik tak sudah sudah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kampung idris harun, rumah sedara mara dia semua jadi besar2. keta2 jadi besar. Sedara mara yang bengap2 tak sekolah tinggi pun dah ada company. Dia tolak lobang tender kat sedara mara. Pada hal dulu rumah buruk2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesyuarat AGM dah buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik sembah je parti politik tu dek 50 kali sehari..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.075659 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list