CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4253|Reply: 58

[Tempatan] Ikan mahal weh! RM15 sekilo

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 10:41 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Harga ikan dikatakan semakin melonjak sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pembeli khususnya bagi mereka yang menetap di ibu kota.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Chow Kit mendapati ikan kembung dijual pada harga RM11 hingga RM15 sekilogram manakala selar dan sardin pula masing-masing berharga RM10 dan RM8 sekilogram.

Seorang pesara, Asbolah Sabri, 62, berkata, harga ikan pada masa kini dilihat tidak menentu dan keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah yang menetap di bandar.

“Bila harga ikan tidak menentu begini, ia sudah pasti memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah yang semakin tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.

“Jika dulu kembung hanya RM10, sekarang harganya semakin meningkat dan tidak menentu. Ada masa RM11, ada masa mencecah sehingga RM15,” katanya.

Di samping itu, Asbolah berkata, ikan sardin pada masa ini juga turut mengalami perubahan ketara di mana harganya mencecah RM8 sekilogram berbanding dahulu hanya sekitar RM4.

Selain faktor cuaca, Asbolah berkata, kenaikan harga ikan tidak menentu sejak kebelakangan ini berkemungkinan berpunca daripada tindakan orang tengah atau pemborong yang cuba menaikkan harga secara sesuka hati bagi mengaut keuntungan lebih.

“Nelayan dan penjual ikan tidak patut disalahkan kerana orang tengah yang bertindak menaikkan harga sesuka hati.

“Jadi kerajaan dan pihak berwajib perlu mengambil tindakan dengan memantau orang tengah ini agar mereka tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga ikan,” katanya.

Selain ikan, Asbolah berkata, harga santan turut mengalami kenaikan di mana harganya pada masa ini adalah sekitar RM7 sekilogram berbanding RM6 sebelum ini.

“Peniaga memberi alasan bahawa harga santan terpaksa dinaikkan berikutan daripada bekalan kelapa semakin sukar didapati. Sebab itu mereka terpaksa menaikkan harga,” katanya.

Dalam pada itu, Malik Yaakob, 58, memaklumkan harga ikan kembung sebelum ini pernah mencecah sehingga RM20 dan keadaan itu amat mengejutkan  pembeli.

Menurut Malik, walaupun harga ikan tidak menentu pembeli tidak mempunyai pilihan lain memandangkan ia merupakan keperluan utama di rumah.

“Selalunya saya akan ke pasar tiga kali seminggu dan saya dapat lihat harga ikan seperti kembung sejak kebelakangan ini akan berubah-ubah.

“Harga ayam kalau lihat tak banyak sangat perbezaannya berbanding ikan,” katanya.

Malik berkata, dia perlu memperuntukkan sekitar RM20 setiap kali ingin membeli ikan di pasar berkenaan.

Selain itu, seorang ahli perniagaan, Zori Hamid, 46 berkata, keluarga besar semestinya akan terbeban dengan kenaikan harga ikan ini kerana turut memberi kesan kepada perbelanjaan harian mereka.

“Bagi saya, bukan saja ikan yang perlu dikawal, tapi ayam juga perlu dikawal. Bagi keluarga yang besar, mereka mesti tidak mampu untuk membeli ikan setiap hari,” katanya.

Peniaga terpaksa naikkan harga

Dalam pada itu, seorang peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli memaklumkan bahawa harga ikan di sini meningkat berikutan daripada kekurangan bekalan ekoran perubahan cuaca sejak kebelakangan ini.

Selain itu, Ramli berkata, ikan-ikan yang dijual di pasar segar juga lebih mahal berikutan mempunyai gred dan kesegaran yang lebih baik.

“Jika dibandingkan harga ikan di sini dengan pasar raya sudah semestinya berbeza kerana ikan di sini lebih segar.

“Dan apa yang saya dapat lihat, sejak harga ikan naik, orang ramai lebih memilih untuk membeli ikan sardin kerana harganya lebih murah,” katanya.

Ramli berkata, pihaknya tidak dapat melakukan sebarang tindakan berkaitan  kenaikan tersebut memandangkan pembekal yang menaikkan harganya dengan alasan perubahan musim pada masa kini.

“Kita tak dapat buat apa- apa tentang kenaikan harga ini memandangkan pembekal yang menetapkannya,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 10:47 AM | Show all posts
kat tempat aku kalau pegi time pasar dh nak katup murah..bole dpt 5-6 ikan selar/kembong/caru..tapi lebih pilih2 org..awal pagi mahal jugak.

tapi hidup ni adalah berdasarkan pilihan..nak yg murah tau mahal kena pandai2 lah mengatur perbelanjaan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:50 AM | Show all posts
musim hujan mmg laa mahal
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:50 AM | Show all posts
sbb keadaan cuaca sekrang ni tu psal mahal
stop la dulu mkn ikan...
nsib la kita org x makan ikn sangat ada atau xde x kisah pun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ikan je mahal..semua pun makin mahal
Udang sederhana L selalu rm28kg..aritu beli naik  rm32kg.
Sotong putih lgi la jgn cite..naik sampai rm40kg
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:13 AM | Show all posts
serba serbi dah mahal skrg ni.. kena bijak berbelanja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2017 11:20 AM | Show all posts
bagaimana dengan harga babi ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:23 AM | Show all posts
semua dah mahal ...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 11:32 AM | Show all posts
dah beberapa bulan lah mahal. ni dah masuk musin hujan lagilah.. makan ayam jelah.. ikan selar kuning yg kecik tu pun  skrg dah RM13/kg
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:39 AM | Show all posts
its not yr salary that makes you rich, its how you spend it!!
taraaaa... ... macam mana nak kaya klu ikan sekilo pon da tahap makan KFC ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
x tau la nk ckp ape dh sekarang ni.sian kt org kg yg ramai anak.dulu ade jgk ikan bwh rm5 sekilo.kena rajin la mancing kat tali air..haritu  oder ikn pekasam.kwn a ckp org yg buat pekasam pon kata ikn kat tali air semua kecik2 pon org rembat jgk.warga asing pon ramai g mancing skrg ni hu hu.kits mmg suka mkn seafood..mahal pon terpaksa hadap sbb mkn x blh x de seafood
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul harga chow kit ni......dah berzaman harga sardin rm 16 sekilo. ..dan kembung rm20 sekilo. ...harga selar rm 19 -20 sekilo. ...tiap minggu memang beli ikan kucing.....jadi x pernah surut harga ni....kadang2 sardin X segar ja jatuh rm13 sekilo...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Setahu I. ....harga sayur melonjak naik ......beli ayam lagi murah dari beli sayur dan ikan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 09:07 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 24-11-2017 11:20 AM
bagaimana dengan harga babi ?

kalau babi lagi murah compare dengan harga yang lain, aku tak teragak-agak start makan babi jah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 09:13 PM | Show all posts
1990an-2000an, setakat ikan stok lama jenis mata pun dah naik merah macam selar kuning atau kembung takde orang pandang pun kalo beli setakat nak bagi makan kucing kat umah. Sekarang tak kisah la yang ikan lama dah mata naik merah pun orang berebut.

Ikan sardin fresh dulu mana ada orang nak beli ... tapi sekarang tu je la orang mampu.

Kalo ni machiem baik ternak tilapia belakang umah sendiri. Kot nak makan ikan sauk je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:10 PM | Show all posts
pasal musim tengkujuh kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim tengkujuh harga seafood mmg akan naik...bertabahlahh ye..ikan bilis pun mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sardin satu tin pun rm8
mmg mahal
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:11 PM | Show all posts
biasala...time hujan ngan time minyak diesel tgh naik....
memeng naik la rega ikan....
kalau tak caya...tya la BN
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 12:32 AM | Show all posts
jom tangkap


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.079525 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list