CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 10

[Tempatan] Kes samun ejen insurance di Rawang: Inspektor, koperal direman

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-11-2017 03:35 AM

Inspektor, koperal direman

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/286812/inspektor-koperal-direman

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 1:37 AM

Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my



EMPAT individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun ke atas ejen insurans di Rawang.

Sumber berkata, suspek terdiri tiga polis dan aktivis NGO ditahan susulan aduan mangsa berhubung kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira 2 petang, 12 November.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 51 tahun berada di premis perniagaannya di Batu 17 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh.

“Pengadu kata dia dikunjungi tiga lelaki. Memperkenalkan diri sebagai polis. Suspek mendakwa kononnya polis mahu siasat mangsa susulan satu aduan berhubung syarikatnya.

“Dua daripada suspek kemudian arah pengadu tunjuk kad pengenalan dan duit yang disimpan di pejabatnya. Seorang lagi suspek menunggu di luar premis syarikat itu.

“Mangsa akur, menyerahkan kad pengenalan dan kira-kira RM4,000 kepada suspek. Mangsa kemudian diarahkan mengikut mereka ke balai polis,” katanya.

Jelasnya, mangsa kemudiannya meminta kebenaran untuk masuk semula ke pejabat untuk mengambil begnya sebelum mengikut suspek ke balai polis.

“Namun, ketika mangsa masuk ke pejabat kesemua suspek bertindak melarikan diri bersama kad pengenalan, telefon bimbit dan duitnya dengan menaiki kereta.

“Selepas mangsa membuat laporan, polis menahan empat suspek menerusi beberapa tangkapan berasingan sehingga semalam.
“Tiga anggota polis yang ditahan terdiri daripada Inspektor dan Koperal.

“Dua daripadanya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Seorang lagi di IPD Gombak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, suspek berusia antara 30 tahun dan 34 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.

“Tempoh reman semalam. Tapi, disambung sehingga Ahad ini. Dua anggota IPD Dang Wangi terbabit direman empat hari sehingga Sabtu ini.

“Seorang lagi suspek disambung reman lima sehingga Isnin depan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 12:59 PM | Show all posts
tak berbaloinya rompak takat rm4000..
bodoh betul bang polis..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:49 PM | Show all posts
laaa betul ke buat kerja bodo gini???
4k je kot
tak berbaloi la kena tangkap
ke ada cerita sebalik cerita ni???
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:53 PM | Show all posts
macam-macam hal.....

Malaysia masih aman
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 03:31 PM | Show all posts
kes abang polis lagi?kasi buang keje laaa...ko memang tak layak pegang jawatan dlm PDRM laa!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 03:34 PM | Show all posts
rompak dpt 4k...baik ko join geng perompak 8saat...dpt gak 150k
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2017 03:39 PM | Show all posts
Polis sepatutnya menjaga keamanan, keselamatan bukan buat perangai jilake merompak menyamun.
Tu pasal la org awam hilang hormat pada PDRM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 04:58 PM | Show all posts
Aktivis NGO yang mana tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2017 09:28 AM | Show all posts
dah kenapa bangang abadi sgt polis2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 10:10 AM | Show all posts
tunggu la siasatan selesai dulu sebelum nak maki. Mana tau laporan pelesu ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 08:17 AM | Show all posts
merompak macam budak sekolah jer..

rm4k..kena bahag lagi, dapat sorang berapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.061156 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list