CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8398|Reply: 34

[Tempatan] Accident Bas Ekspres di Segamat

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by wadiunong at 24-11-2017 02:46 PM


Betul ke?? Dapat whatsapp pasal ni . ada kematian lebih kurang 18 orang kebanyakan budak2 sekolah teknik balik kampung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 02:27 PM | Show all posts
aduhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah masuk awani
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:33 PM | Show all posts
Allahuakbar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:35 PM | Show all posts
Edited by kentel at 24-11-2017 02:37 PM

SEBUAH bas membawa sekurang-kurangnya 20 pelajar Kolej Vokasional dan Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) terbabas selepas berlanggar dengan sebuah treler, dalam kejadian di Kilometer 8, Jalan Genuang, berhampiran Kampung Melayu Raya, Segamat.





Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:36 PM | Show all posts
Edited by kentel at 24-11-2017 02:39 PM

"Penumpang menjerit ketakutan"

SEGAMAT: Sekurang-kurangnya 20 pelajar Kolej Vokasional Segamat dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas selepas berlanggar dengan sebuah treler, di Kilometer 8, Jalan Genuang, berhampiran Kampung Melayu Raya, Segamat, kira-kira jam 4.20 petang tadi.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas dari arah Segamat ke Johor Bahru itu cuba mengelak sebuah treler dari arah bertentangan sebelum terbabas sebelum terbabas ke dalam parit di tepi kebun kelapa sawit.

Bas itu membawa 17 pelajar kolej dan 23 pelajar UiTM yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Johor Bahru sempena cuti sekolah dan cuti hujung minggu.

Selain itu pemandu bas berusia 41 tahun, isteri dan dua anak mereka serta pemandu serta kelindan treler itu turut cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Bandar Putra, Aizat Mamat, berkata operasi menyelamat di lokasi dijalankan sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.28 petang.

Katanya, semua pelajar itu berusia antara 16 hingga 20-an yang cedera dihantar mendapat rawatan di Hospital Segamat.

"Setibanya di lokasi kejadian, beberapa penumpang bas dan pemandu lori serta kelindannya berjaya keluar daripada kenderaan masing-masing sebelum menerima rawatan oleh pasukan paramedik manakala pelajar yang cedera ada yang sudah dihantar ke hospital.

Penumpang bas terbabit, Mohd Asri Mohamad, 17, pelajar Kolej Vokasional Segamat, berkata bas itu bergerak dari Terminal 1 Segamat kira-kira jam 4 petang dan hampir semua penumpang adalah pelajar kolej terbabit dan UiTM yang dalam perjalanan pulang ke kampung sempena cuti.

Katanya, beliau yang duduk di kerusi hadapan melihat dengan jelas kemalangan itu apabila pemandu cuba mengelak sebuah treler dari arah bertentangan sebelum terbabas ke tepi jalan dan bas itu terbalik.

"Semua penumpang menjerit ketakutan sebelum bas tiba-tiba terbabas ke tepi jalan di tepi kebun kelapa sawit dan terbalik," katanya ketika ditemui di Hospital Segamat.

Mohd Asri berkata, beliau yakin kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang berdasarkan laungan azan Asar di telefon bimbit rakannya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu dan setakat ini hasil siasatan awal mendapati bas itu bergesel dengan treler dari arah bertentangan menyebabkannya terbabas ke dalam parit di tepi jalan terbabit.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2017 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 24-11-2017 06:28 AM
Dah masuk awani

So, Betul la nih...

Innalillah....
Takziah kepada ahli keluarga yg terlibat.

TT, tolong update kalau ada citer terbaru. TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita penuh tepek la.. berdebau tgk bas terbalik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 02:38 PM | Show all posts
EJALTI replied at 24-11-2017 02:36 PM
So, Betul la nih...

Innalillah....

ade sis...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita tu takde mention kematian. Cedera saja kot semua
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:40 PM | Show all posts
ni berita semalam ke baru je jadi arini...? smlm pun ade bas terbabas kan tapi semua selamat. cedera je
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 24-11-2017 06:38 AM
ade sis...

Sis....kalau free, tolong tepek news kat thread nih. TQ.

Iols guna handset nih...susah sket nak tepek menepek artikel.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 24-11-2017 06:35 AM
SEBUAH bas membawa sekurang-kurangnya 20 pelajar Kolej Vokasional dan Universiti Teknologi MARA Mala ...

Ok2...TQ2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 24-11-2017 06:36 AM
"Penumpang menjerit ketakutan"

SEGAMAT: Sekurang-kurangnya 20 pelajar Kolej Vokasional Segamat da ...

TQ for tepeking the artikel...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:43 PM | Show all posts
kentel replied at 24-11-2017 02:36 PM
"enumpang menjerit ketakutan"

SEGAMAT: Sekurang-kurangnya 20 pelajar Kolej Vokasional Segamat da ...

laaa cite semalam...aku igt baru jadikkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:43 PM | Show all posts
breaking la sangatttttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 02:43 PM | Show all posts
yg bawak tereler tu ummah keling ker dek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2017 02:43 PM | Show all posts
kentel replied at 24-11-2017 02:36 PM
"Penumpang menjerit ketakutan"

SEGAMAT: Sekurang-kurangnya 20 pelajar Kolej Vokasional Segamat da ...



takde la yang meninggal ye? hanya injured je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2017 02:44 PM | Show all posts



kannn hahaha. ingatkan kejadian ari ni rupanya petang semalam

maap la ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 24-11-2017 06:43 AM
takde la yang meninggal ye? hanya injured je

Kalau tak ada yg meninggal, syukur alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.066964 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list