CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1198|Reply: 7

[Tempatan] Dua penjenayah tanpa senjata melesapkan tiga guni wang (dianggarkan RM150 ribu)

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 03:25 PM | Show all posts |Read mode
8 saat, lesap tiga guni duit

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/286988/8-saat-lesap-tiga-guni-duit

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 2:45 PM

Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my


Unit Anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menjalankan siasatan bagi mencari bukti serta cap jari penjenayah pada van keselamatan yang  dirompak.  FOTO Mohd Azam Shah Yaacob.

DUA penjenayah tanpa senjata mengambil masa kurang lapan saat melarikan tiga guni wang dianggarkan berjumlah RM150,000 dari sebuah van keselamatan dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Taman Sri Serdang, Serdang, Selangor, 10.30 pagi tadi.

Sumber polis berkata, ketika kejadian empat pengawal keselamatan sedang bertugas untuk mengambil duit dari bank berkenaan.

Katanya, dua pengawal berada dalam bank bagi urusan pemindahan duit manakala dua lagi pengawal berada dalam van.

"Menerusi siasatan awal, terdapat dua pengawal berada dalam van iaitu satu di bahagian pemandu, manakala seorang lagi di belakang yang menjadi tempat simpanan guni duit itu.

"Rakaman CCTV di tempat kejadian menunjukkan dua penjenayah yang memakai topi keledar menghampiri van dan terus membuka pintu tepi van.

"Sebaik membuka pintu, penjenayah terus melarikan tiga guni beg duit kurang daripada lapan saat menggunakan sebuah motosikal Yamaha 125Z," katanya.

Menurut sumber itu lagi, polis sedang menyiasat kemungkinan terdapat unsur subahat dalam kalangan pengawal berikutan penjenayah membuka pintu van dengan mudah selain tiada senjata digunakan seolah-olah ia dirancang terlebih dulu.

Katanya, buat masa ini polis menahan keempat-empat pengawal bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

“Lazimnya, van keselamatan hanya boleh dibuka menggunakan kunci keselamatan utama ataupun dibuka oleh orang yang berada di dalam van.

"Jadi, kita tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur subahat antara empat pengawal terbabit," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias mengesahkan kejadian dan memaklumkan pihaknya melakukan Op Tutup bagi mengesan dua penjenayah terbabit.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 03:37 PM | Show all posts
sikitnya amik.. tak berbaloi kalau kantoi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 04:01 PM | Show all posts
berita lama ke baru, rasanya hari tu pun ada naik 125
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 05:00 PM | Show all posts
maybank ni...  uiks...  aku nak tanya laki aku sat la...  ada tak dengar kecoh2...  dah la aku selalu ke maybank ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuainya pengawal.
Kena betul2 siasat ni.
Teringat kes pengawal keselamatan kena tembak dgn kawan sekerja sendiri pasal merompak duit.
Kesian betul.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 09:05 AM | Show all posts
Edited by chinta89 at 26-11-2017 09:07 AM

siasat btl2.. sesuatu sgt ni.

kalau deols tak subahat, unsur kecuaian la sgt ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2017 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
lain kali bnk kena pkai syiling.. tgk camner penyangak tu pikul syiling rm150k....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 12:19 PM | Show all posts
ptt laa ade roadblock kat toll grnad saga arituh...

tp piilih muto jer.. muto aku... tahan pun x...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060545 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list