CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3337|Reply: 45

[Tempatan] Sultan Johor: Dulu petik duku, orang Pontian kini bawa Mercedes

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Sultan: Dulu petik duku, orang Pontian kini bawa Mercedes

https://www.malaysiakini.com/news/403183

Hari ini, 1:57 pm      Hari ini, 2:07 pm





Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menafikan Projek Forest City menggadaikan tanah Johor, tetapi berkata ia sebaliknya adalah pemangkin pembangunan pesat negeri itu.

Menurut baginda, projek itu juga bukan sahaja memberi banyak pendapatan kepada kerajaan negeri Johor, tetapi menyebabkan harga tanah di kawasan tersebut dan sekitar meningkat berbanding sebelum ini.

Sebagai contoh, Sultan Ibrahim menyebut daerah Pontian.


“Harga tanah berhampiran Forest City semua meningkat. Dulu orang Pontian petik duku saja.

“Sekarang orang Pontian sudah ada bawa Mercedes Benz. Maknanya, Pontian adalah satu daerah yang akan maju, pesat.

“Bila masa Johor gadai tanah? Gadai apa maknanya?” kata baginda yang dipetik akhbar Berita Harian, hari ini.

Menurut Sultan Ibrahim, projek berkenaan mempunyai lokasi zon antarabangsa bagi pembeli dari luar negara serta mengekalkan hak milik serta rizab tanah Melayu.

Pelabur antarabangsa dimaksudkan, kata baginda, bukan semata-mata dari negara China, tetapi sebaliknya 40 peratus adalah pelabur tempatan, termasuk pihak kerajaan sendiri yang turut mempunyai saham.




“Dengan adanya Forest City, maka Johor bertambah besar. Bukan ambil tanah pergi gadai.

“Tanah di negeri Johor ini ada zon, iaitu zon antarabangsa yang bermakna orang luar boleh beli. Status dia antarabangsa.

“Di Forest City, kita tak jual tanah, kita jual strata dan strata itu hak milik kekal tanah negeri Johor,” kata baginda.

Pelbagai pihak, khususnya pembangkang membidas projek Forest City dengan mendakwa kerajaan menjual kedaulatan kepada luar apabila menerima pelaburan daripada China.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara tokoh yang mengkritik projek Forest City.




Kata perdana menteri keempat Malaysia itu projek berkenaan berbahaya kepada kedaulatan negara dan reaksi diterimanya menunjukkan majoriti rakyat bersetuju dengan pandangan itu.

Dr Mahathir berkata banyak tanah dan kediaman di sekitar Johor Bahru akan dijual kepada warga asing sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah, termasuk keselamatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2017 03:59 PM | Show all posts
Anak2 orang Pontian, boleh confirm kan.....betul ke ramai dah ada Mercedes???
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
alasan tak munasabah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
apa nih kaitkan pemandu kereta mecedis dengan isu jual tanah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh dikatakan ramai. Tp diorang sume bisnismen. Kalau dlm 1 keluarga besar, adalah dlm 10 org ada merc.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 04:18 PM | Show all posts
EJALTI replied at 24-11-2017 03:59 PM
Anak2 orang Pontian, boleh confirm kan.....betul ke ramai dah ada Mercedes???

setahu akak kilang mercedes kat gurun kedah bukan kt pontian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2017 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
I dah tengok satellite image area forest city ni..
Nak tepek sini tak pandai... lagipun i taip ni kat iphone.
Forest city tu dok atas laut.. bukan atas tanah jdt.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 05:32 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-11-2017 04:18 PM
setahu akak kilang mercedes kat gurun kedah bukan kt pontian.

Di Pekan, Pahang la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 05:33 PM | Show all posts
mahathir dungu bukan tau apa makna gadai
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 06:08 PM | Show all posts
kaya sekejap je hasil jual tanah lebih2 kang ke dalam pulak aku nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 24-11-2017 09:14 AM
I dah tengok satellite image area forest city ni..
Nak tepek sini tak pandai... lagipun i taip ni k ...

Forest city ni tanah yang di tambak kat laut. Tanah tu boleh hold 700k warga china dan semua fasiliti.
Sedamgkan tegur 200 orang berjudi pun dah mengamuk berani serang polis lagikan 700k?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 24-11-2017 07:59 AM
Anak2 orang Pontian, boleh confirm kan.....betul ke ramai dah ada Mercedes???

Mmg.metalliti umat melayu suka ukur kekayaan dengn kereta ya? Bagi aku kalau boleh ambil lot kat forest city itu amat membanggakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 07:11 PM | Show all posts
berapa orang yg bawa mercedes tuu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
prftttttt, motif setakat bawa merc dah nak berbangga hasil jual tanah.. bukannya tetiap tahun tukar kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 24-11-2017 03:59 PM
Anak2 orang Pontian, boleh confirm kan.....betul ke ramai dah ada Mercedes???

Nak heran apa....

Teksi kat johor pun mercedes.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:24 PM | Show all posts
rmai betul bole muat situ
slps 20 tahun duduk nanti...anak2 diaorg jd warga mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 09:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 10:33 AM | Show all posts
takat mercedes dah murah skang

30k to 60k da dpt 2nd
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 10:40 AM | Show all posts
alahai macam tu pulak kiranya. mercedes seketul
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 10:42 AM | Show all posts
forest city kan laut yang ditambak .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.071677 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list