CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5456|Reply: 29

[Tempatan] Mahkamah: Sultan Mizan kekal pemerintah sah Terengganu.

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah: Sultan Mizan kekal pemerintah sah Terengganu

https://www.malaysiakini.com/news/403191

Hari ini, 2:35 pm      Hari ini, 4:24 pm



Mahkamah Persekutuan memutuskan Sultan Mizan Zainal Abidin kekal sebagai sultan Terengganu yang sah.

Panel diketuai Ketua Hakim Tun Md Raus Sharif menolak permohonan penangguhan oleh Tengku Sulaiman Tengku Abdul Halim, cucunda sulung Tengku Ali Sultan Sulaiman, untuk mencabar Dewan Pangkuan Diraja Terengganu dan kerajaan Terengganu.

Hakim-hakim lain termasuk Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Ramly Ali.

Tengku Ali ialah Sultan Terengganu yang mentadbir dari 26 September 1942 hingga 5 November 1945.

Bagaimanapun, Tengku Ali dijatuhkan oleh penjajah British dan digantikan dengan bapa saudaranya, Tengku Ismail Nasiruddin Shah Sultan Zainal Abidin III, yang kemudian menjadi sultan.

Tengku Sulaiman mendakwa beliau adalah cucu sulung Tengku Ali dan bapanya pula anak sulung Tengku Ali.

Tengku Sulaiman oleh itu mendakwa mempunyai hak ke atas takhta Terengganu dan memohon pengisytiharan untuk dinobatkan sebagai raja yang baru.

Tengku Sulaiman juga menamakan anggota-anggota Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, Isa @ Ghazali Endut, Tengku Ibrahim Tengku Hussain, Syed Omar Abdul Kadir Al Idrus dan Sheikh Harun Sheikh Ismail serta kerajaan Terengganu sebagai respondent-responden.

Dalam penghujahan di Mahkamah Persekutuan, peguam Tengku Sulaiman, T Mura Raju berkata kes anak guamnya berbeza dengan kes Tengku Ali yang difailkan pada 90-an.

Dalam kes itu, Tengku Ali menuntut bayaran pencen daripada kerajaan negeri sebagai bekas pemerintah Terengganu.

“Kes sebelum ini tidak memutuskan tentang isu peralihan kuasa,” kata Mura Raju.

Bagaimanapun Cecil Abraham yang mewakili Dewan Pangkuan Diraja Terengganu memberitahu panel hakim bahawa penghakiman kes Tengku Ali menyebut berkaitan isu peralihan kuasa dan diputuskan bahawa ia tidak tak boleh diadili (non-justiciable).

Justeru, kata peguam itu, prinsip res judicata adalah terpakai.

“Undang-undang berkaitan peralihan kuasa (kerabat diraja) sudah mantap dan tidak boleh diadili oleh mahkamah,” kata Md Raus Sharif.

Panel hakim turut mengarahkan Tengku Sulaiman membayar kos keseluruhan RM30,000 kepada responden-responden.

Mahkamah Rayuan pada 31 Julai lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Terengganu untuk mengetepikan permohonan Tengku Sulaiman atas dasar res judicata dan tidak boleh diadili.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayahanda my fren pewaris sebenar...anak arwah Tengku Ali..tp dia lepaskan hak back in 90s sbb malas nak berebut kuasa dan lbh selesa jd pembesar di raja Pahang..

My fren kata..sedih kalo diingat perjuangan arwah nenda je dulu..dan perjuangan sedara maranya nak kembalikan tahta pada yg berhak..

Bior la dia xjadi Princess ..asalkan bahagia..
My fren kata kalo bukan pewaris sebenar..diorg xblh jejak Istana Maziah..blh muntah darah katanya..

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 09:36 PM | Show all posts
Zaman Raja2 Melayu dulu, setakat berperang saudara berebut takhta tu perkara biasa lah. Beruntung lah zaman sekarang settle direct tanpa perlu bersengketa secara bersenjata.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh kesahnya...

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi raja pun kalau rakyat tak sokong mcm mana kaum kerabat bergaduh berebut tahta rakyat mangsanya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 24-11-2017 10:00 PM
Jadi raja pun kalau rakyat tak sokong mcm mana kaum kerabat bergaduh berebut tahta rakyat mangsany ...

Pm rakyat tak sokong pon boleh je aman2 memerintah. Undi popular pon kalah. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
raja anti penjajah diguling..diangkat raja pro penjajah..liciknya british
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
alah.jikalao ikot hukom,keluarga soltan mizan jadi soltan pun kerna drama orang ingeris.jawab lah diakhirat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 12:08 AM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 24-11-2017 09:31 PM
Ayahanda my fren pewaris sebenar...anak arwah Tengku Ali..tp dia lepaskan hak back in 90s sbb malas  ...

keluarga belah sedara akak xblh masuk daerah kota tinggi masuk je muntah darah. bila akak study2 ni semua berkaitan sumpahan. dan sumpahan itu terikat kemungkinan jin. jin hidup beribu tahun. dia dah try masuk kota tinggi kena dah.

keluarga akak pula xboleh masuk butik apple rasa membazir. kalau masuk butik huawei, samsung tu kira affordable.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 25-11-2017 12:08 AM
keluarga belah sedara akak xblh masuk daerah kota tinggi masuk je muntah darah. bila akak study2 n ...

buah pingang kan ada dua....  kira cukup la untuk iphone x 256gb
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 12:36 AM | Show all posts
Clan204 replied at 25-11-2017 12:30 AM
buah pingang kan ada dua....  kira cukup la untuk iphone x 256gb

orang bodo je jual buah pinggang demi iphone. standard kebodohan unlimited data plan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
robotech replied at 24-11-2017 01:36 PM
Zaman Raja2 Melayu dulu, setakat berperang saudara berebut takhta tu perkara biasa lah. Beruntung la ...

takde pun berebut takhta robot oi.. ne pun sewaktu 1940++..  tengku ali digulingkan pun sebab menentang penjajah.. tengku ali tu datuk tengku sulaiman.. berjuang utk rakyatnya.. raja lain? fill in the blank la dek..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
adik laki laki tiri sultan mizan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 03:49 AM From the mobile phone | Show all posts
putra sultan mizan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 07:19 AM | Show all posts
robotech replied at 24-11-2017 09:36 PM
Zaman Raja2 Melayu dulu, setakat berperang saudara berebut takhta tu perkara biasa lah. Beruntung la ...


sejarah cmpur tngan british pun sebab pembesar2 melayuu berebut kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 08:33 AM | Show all posts
Salam semua,

Apa yang menarik di dalam kes ini ialah penggunaan khidmat peguam keling oleh raja raja Melayu  Terengganu- T Mura Raju dan Tan Sri Dato Cecil Ibrahim.

Ini membuat kita tertanya tanya samada pepatah Melayu yang terkenal di seluruh  alam Melayu itu terpakai di Terengganu.

Pepatah itu berbunyi:

" Dan jika bertemu oleh mu ular dan keling maka pukul lah oleh mu keling itu dahulu (yakni dengan kayu). Kemudian barulah kamu memukol ular itu  kerana begitu adalah lebih afdol (yakni baik) untuk mu!"

Wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 11:38 AM | Show all posts
samasam90 replied at 25-11-2017 03:28 AM
takde pun berebut takhta robot oi.. ne pun sewaktu 1940++..  tengku ali digulingkan pun sebab mene ...

So, the point being? Sedangkan khilafah Ar-Rashiddin pun menjelang zaman Khalifah Ali Ibn Abi Talib ada pergeseran dengan Muawiyah.

Monarki ni biasalah, tak kisah Sultan ke, Raja ke, Maharaja ke, Ratu ke, Maharani ke even Khalifah konpem ada perebutan takhta. Sapa layak sapa ada hak sangat la subjektif.

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
best ke jadi sultan?

takda fungsi pn. ..menghabiskan duit rakyat ja
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 04:34 PM | Show all posts

tulah kan.baru tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
MissMamamia75 replied at 24-11-2017 09:31 PM
Ayahanda my fren pewaris sebenar...anak arwah Tengku Ali..tp dia lepaskan hak back in 90s sbb malas  ...

Sultan Mizan duduk istana mana?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.227743 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list