CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2107|Reply: 5

EDISI MMP: 4 orang wanita Malaysia di culik oleh kerajaan Korea Utara pada 1978

[Copy link]
Post time 25-11-2017 12:39 AM | Show all posts |Read mode
4 orang wanita Malaysia di culik oleh kerajaan Korea Utara pada 1978



Tahukah anda pada tahun 2005 kerajaan telah arahkan satu siasatan di jalankan mengenai 4 orang wanita yang di culik oleh kerajaan Korea Utara pada 1978.

kes empat wanita rakyat Malaysia yang hilang pada 1978 dan dipercayai diculik di perairan Singapura.

Empat wanita Malaysia yang hilang Yeng Yoke Fun, Yap Me Leng (kedua-duanya berusia 22 tahun ketika itu), Seetoh Tai Thim dan Margaret Ong Guat Choo (kedua-duanya berumur 19 tahun pada masa itu) hilang di Singapura 27 tahun lalu dan dipercayai diculik ketika bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) bersama beratus-ratus wanita lain yang mengalami nasib yang sama di Singapura, Thailand, Macau dan Jepun. Tujuan penculikan pelbagai. Sama ada sebagai perempuan simpanan, jurulatih kepada sekolah perisik, dan juga sebagai pelakon filem propaganda KORUT.


Kes itu menjadi tumpuan apabila Jenkins, yang berpaling tadah ke Korea Utara pada tahun 1950an semasa Perang Korea dan mengahwini seorang daripada wanita Jepun, ini memberitahu seorang wartawan Jepun yang menyiasat kes itu bahawa beliau ternampak Yeng beberapa kali di taman hiburan tempat beliau bekerja selama 50 tahun.

Kewujudan keempat-empat wanita Malaysia yang malang ini bukan sahaja tidak dibenarkan kembali ke Malaysia, malahan tindakan menculik mereka juga tidak diakui oleh kerajaan KORUT yang KARUT.

Bayangkan berpuluh tahun tidak dibenarkan kembali ke tanah air, tidak dapat melihat muka ibu dan ayah buat kali terakhir, diseksa, dipaksa berkahwin dengan calon yang ditentukan penculik, hanya dibenarkan berhubung kelamin sekali dalam setahun mengikut budi bicara pemenjara (berdasarkan kata-kata pemohon suaka dari Korea Utara). Bukankah itu hak asasi manusia?

Hanya beberapa individu sahaja yang bernasib baik. Seorang wanita Romania dibenarkan pulang, manakala beberapa warga Jepun juga dibenarkan pulang.

Sehingga ke hari ini, kerajaan Korut yang karut tidak mahu mengakui bahawa mereka telah menculik keempat-empat individu ini walaupun jelas ada saksi kepada kewujudan mereka di negara tersebut.

Inikah negara yang kita selama ini buat baik dan benarkan masuk ke negara kita atas rasa percaya kemudian melakukan pembunuhan warga mereka sendiri dan lepas itu dengan tak malu menuduh kita tidak berperikemanusiaan.

- Malaysia Military Power

Sumber:
https://malaysiamilitarypower.bl ... -di-culik-oleh.html

Sumber Rujukan:
http://www.sukuukai.jp/English/Victims2.html#1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
terima kaseh atas perkongsian
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah lindungi malaysia dr kejahatan korea utara. Amiinnn.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 02:04 AM | Show all posts
bagus topik ini
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu info ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 02:08 PM | Show all posts
apa lah nasib mereka sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.069850 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list