CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8744|Reply: 110

[Tempatan] Anak Melayu pertama sapu 8A bagi UPSR di sekolah Cina

  [Copy link]
Post time 25-11-2017 12:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-11-2017 05:00 PM

Sapu 8A di sekolah Cina

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/287136/sapu-8a-di-sekolah-cina-metrotv

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 12:17 AM

Asrizal Aris
asrizal.aris@hmetro.com.my


Muhammad Zaki Mahdi Chamam menunjukkan slip keputusan UPSR

MEMINATI Bahasa Cina ketika di tadika nampaknya tepat buat Muhammad Zaki Mahdi Chamam apabila meraih 8A bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Paling ‘win’ apabila Zaki anak Melayu pertama meraih semua A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Selain subjek teras yang diajar di kebanyakan sekolah, Zaki turut meraih A bagi Bahasa Cina (Penulisan) dan A bagi Bahasa Cina (Pemahaman).

Biarpun dibesarkan tanpa sebarang panduan ibu bapanya yang tidak tahu bertutur Mandarin, Zaki tetap ingin menguasai bahasa itu yang dianggapnya cabaran luar biasa.

Zaki berkata, meskipun berbahasa Melayu dan Inggeris di rumah, ia tidak menghalang dia dan kembarnya, Muhammad Aqil Mahdi, 12, untuk menguasai Mandarin.

“Cabaran paling besar buat kami menghadapi peperiksaan UPSR adalah apabila ibu bapa tidak dapat untuk membantu kami. Kami kena belajar sendiri.


NURHIDAYU (kiri) melihat keputusan UPSR yang diperoleh Muhammad Zaki (tengah) dan Muhammad Aqil.

“Tetapi atas usaha bersungguh-sungguh dan menghadiri kelas tambahan, kami mampu menguasainya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Ampang.

Katanya, dia sering mengulangkaji Bahasa Cina bersama abang kembar dan rakannya serta lebih cenderong bertindak sebagai ‘tutor’.

“Saya suka mengajar kerana itu lebih banyak membantu saya untuk mengingati apa yang dipelajari.

“Selain itu, ibu bapa mendidik saya supaya jangan sombong dan kongsi ilmu yang kita ada.

“Ibu adalah idola saya. Saya mahu menjadi seperti dia untuk belajar di luar negara.

“Saya harap suatu hari nanti kerajaan boleh bantu saya untuk menyambung pengajian di luar dan mengharumkan nama negara,” katanya.

Ibunya, Nurhidayu Kamaludin, 38, berkata, dia dan suami, Chamam Zulkarnen, 41, tidak pernah memaksa kedua-dua anak mereka mempelajari Bahasa Cina.

“Malah, kami beberapa kali bertanya sama ada mereka mahu bertukar sekolah atau tidak.

“Ketika mereka di tahun satu dan dua, banyak kali saya tanya sama ada mereka mahu berpindah ke sekolah biasa.

“Namun, kedua-duanya mahu terus belajar di sekolah Cina walaupun pelbagai cabaran dihadapi.

“Biarpun kadangkala ‘terpinggir’ di sekolah dan pernah dibuli pada awal kemasukan, mereka kuat untuk buktikan mereka boleh berjaya.

“Alhamdulillah, keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) membuktikan kedua-duanya cemerlang,” katanya.

Menurutnya, kejayaan Zaki sekaligus menjadi inspirasi kepada murid Melayu lain di SJKC dan membuktikan murid yang aktif dengan kokurikulum juga boleh meraih keputusan terbaik.

Difahamkan, lima daripada 185 murid tahun enam di SJKC Chung Hwa memperoleh 8A dan dianggarkan 15 peratus daripada keseluruhan murid adalah Melayu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 02:02 AM | Show all posts
Edited by pyropura at 25-11-2017 02:03 AM

hmmm sekolah cina yer, dapat 8A pun akan jadi penjual dvd harom jugak, itu kata bro @Defcon2 dan atuk @memeque20 lah,
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
hmmm. . acahne lak dgn mia sara yg menumpukan sepenuh masa nya utk menghadapi peperiksaan UPSR? x sedih ke takde majlis gilang gemilang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah .bangga sama anak ini
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 25-11-2017 02:02 AM
hmmm sekolah cina yer, dapat 8A pun akan jadi penjual dvd harom jugak, itu kata bro @Defcon2 dan atu ...

Sepupu aku pe4nah belajar di sekolah cina tapi elok je jadi doktor. Parent dia dh hasil 2 doktor dan satu akauntan. Haha melayu tu. Melayu boleh hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 08:07 AM | Show all posts
jarum halus agenda cina dap

yg ikhlas,
cacai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2017 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling 'win'.....

Bangangnya ayat wartawan.....ingat tulis kat forum Cari ke.....

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 25-11-2017 08:21 AM
Paling 'win'.....

Bangangnya ayat wartawan.....ingat tulis kat forum Cari ke.....

Tu lah. Low class punya wartawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dek...
Bukan senang nak survive mula2 kat sekolah cina ni..Mula2 masuk adat la kena pulau..
Iols pun dah lalu..Tapi skang ni kawan yang pulau dulu la bff iols
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah dah kuasai mandarin.. congrats adik
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 09:43 AM | Show all posts
UPSR is nothing.
Srsly nothing.

Yes its good for you, but later on its still a nothing.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah anak aku pun sorg pelajar melayu dpt 8A dan top ten best student .. asyik2 dia je naik pentas ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Taniah, keep this on, wish you all the best in the future.
Inilah pelajar harapan negara, bukan produk Sekolah Kebangsaan yg kerap produces mat rempit dan terrorist saja

Taniah sekali lagi, 前途无量
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 10:31 AM | Show all posts
aku lebih suka klu kerajaan menyelitkan bahasa cina & tamil sebhg dari subjek di sek keb...

biar semua org faham semua bahasa utama di msia... tk lah bodo sgt bila melayu masuk kedai cina.. @ india..

perasaan saling hormat lebih baik akan timbul krn kurang la bab tipu menipu ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 10:43 AM | Show all posts
Kat Johor, tak heran, ramai je antar anak ke sekolah Cina.
Bahkan doktor-doktor pakar Melayu kat Spital Tun Aminah,  semua speaking Manderin.
Jadi senanglah Cina Forest City nanti nak masuk spital.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kivio replied at 25-11-2017 09:43 AM
UPSR is nothing.
Srsly nothing.


Ada ig sekilas lalu kt explore ai
Engkusulwani
Dia up upsr,pmr,spm- straight A siot. Neloopak pun kalah. Muka ctik.nelopak pun kalah. Tp end up model muslimah sajork. Bukan saja upsr is nothing tp akhirny pilihan hidup yg petg. Ai bukan kondem dia jd model je, tp sayan kpbdaianny x dpt mmbntu utk negara. Tp myb goal setiap org bbeza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 04:32 PM | Show all posts
Edited by precious_chicas at 25-11-2017 04:33 PM

terbaeklah adik! hakak ni speaking mandarin je pandai, menulis amatlah tak reti sekali
gunakanlah kelebihan yg ada untuk jadi insan berguna pada diri, keluarga dan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.tak sebut pulak kembarnya dapat berapa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembar dia dapat keputusan apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.094051 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list