Edited by beloomberk at 1-12-2017 02:26 PM
Kapal selam Argentina, dengan nama San Juan terputus setakat ini sudah terputus hubungan selama 48 jam. – Gambar AFP, 18 November, 2017.
PASUKAN Tentera Laut Argentina melancarkan misi mengesan sebuah kapal selam miliknya yang dilaporkan hilang bersama 44 kru di selatan Atlantik. Jurucakap pasukan itu Enrique Balbi berkata kapal selam dikenali sebagai San Juan itu terputus hubungan selama 48 jam. "Kami tidak berjaya mengesan atau menerima visual atau komunikasi radar kapal selam itu," katanya. Kementerian Dalam Negeri menerusi satu kenyataan berkata Amerika Syarikat (AS), Britain dan Chile menawarkan sokongan logistik dan pertukaran maklumat dalam misi itu.
Kapal selam elektrik diesel TR-1700 itu sedang dalam perjalanan pulang ke pangkalannya di Mar del Plata, kira-kira 400km dari selatan Buenos Aires selepas menyertai misi rutin ke Ushuaia, berhampiran kawasan paling selatan di Amerika Selatan. Kali terakhir San Juan berkomunikasi dengan tentera laut ialah pada pagi Rabu lalu, kata Balbi. Kerajaan Argentina berkata mereka melancarkan misi pencarian di laut dan udara, yang membabitkan penggunaan sebuah kapal perang pemusnah dan kapal perang “corvettes”. – AFP, 18 November, 2017
|